Masakan - Mee/Sup

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, sudah beberapa hari ros tak mengemaskini blog jmc, ros kurang sihat sejak malam tadi, hari ni baru rasa segar sikit, menu kueh teaw kung fu ni ros buat minggu lepas, di sebabkan kat jepun ni mane nak dapat kueh teaw, jadinya ros tukarkan pada kishimen, mee lebar dan nipis se akan-akan kueh teaw juga, dan bahan-bahan sayuran tu ros guna ape yang ade di dalam peti ais, rasanya kuah jadi, cuma mungkin kalau guna kueh teaw lagi sedap, sebab kishimen agak tebal sedikit, ape pun terima kasih pada hanis di myresipi.com atas perkongsian resepi kueh tiaw kungfu yang sedap dan mudah nak buat ni, izinkan ros panjangkan resepinye di sini pula ya.

Kueh Teaw KungFu
Sumber resepi: Hanis @ Myresipi.com
Telah dicuba oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan ( 1 orang )

kueh teow ( ros guna kishimen)
2 biji telur
lada hitam / lada putih
mix seafood ( ros guna udang dan sotong)
lobak merah
1 1\2  sudu besar tepung jagung
1 cawan air
sayur-sayur ( ros guna, brokoli, kobis dan lobak merah, sedikit satsuma age ( fishcake) dan putik jagung
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
sos tiram

Cara-cara


1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.

2. masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas.

3. tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.

4. balikkan supaya kedua-dua belah masak.

5. masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.

[untuk kuah]

1. tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.

2. biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

sedap makan kuah nye tu pekat....rasa yang keluar dari udang dan sotong membuatkan kuah ni terasa manisnya

Nota: Ros letak banyak sikit serbuk lada hitam, dan ros tak letak hirisan cili padi, sebab takut terover pedas. Menu lengkap dengan segala khasiat dan vitamin.

Share

 

Comments  

 
0 #3 Subeeri 2013-04-17 14:02
Assalammualaiku m WBT, foto-foto yang diambil amat baik, dan sungguh menyelerakan. Boleh kongsi cara foto diambil. Misalnya setting: aperture, ISO, WB dsb. terima kasih.
Quote
 
 
+1 #2 arisya 2013-04-02 21:01
Quote
 
 
0 #1 deetha 2013-03-22 10:11
salam Ros,
datang nak minta sarapan kwetiaw
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh