Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Mee/Sup

Mee Sup Bebola Daging

Masakan - Mee/Sup

Inilah rupa mee sup yang serba kekurangan, takde pegedil, tak letak fish ball or fishcake mahupun chikua, daging tu ros bahagi dua, satu bahagian ros potong kasar dan satu lagi tu ros jadikan bebola daging, akhir sekali ros hanya toppingkan dengan hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan tauge je, punyelah nak senang dan cepat, nasib baik cik abang tu tak komplen, dia kata sedap je..: ), resepi pun biasa je, cuma ros gunakan rempah sup Faiza bagi menambahkan lagi rasa pada sup ni, resepi ade kat bawah ni ya.

Bahan-bahanya ( untuk dua orang makan)

350gram daging boneless ( bahagi dua) satu dipotong kasar, satu lagi bahagian di blender halus )

1 ulas bawang putih

2 inci halia

1/4 biji bawang besar ( saiz sederhana) boleh ganti denga 4 ulas bawang me rah

1 sudu besar rempah sup ( ros guna jenama faiza)

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

*untuk bebola daging*

daging yang telah blender

2 sudu kecil tepung gandum

1 sudu kecil tepung katatkuriko ( tepung kentang)

sedikit garam

sedikit lada sulah

1/2 biji telur putih

Bahan Pelengkap

mee kuning yang telah dicelur, tauge, bawang goreng dan hirisan daun ketumbar

Cara-caranya

1.( untuk bebola daging)  Di dalam bekas, satukan daging yang telah diblender bersama, lada sulah, garam, telur putih, tepung gandum dan tepung katakuriko, gaul sebati dan ketepikan.

2.  Kemudian blender halia, bawang besar dan bawang putih, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis kulit kayu manis,  bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selalu dan biarkan agak garing.

2. Selepas itu masukkan daging yang dipotong kasar dan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih, masukkan garam dan pes rempah sup faiza, kalau nak letak sup bunjut pun boleh, setelah daging empuk, bulatkan-bulatkan adunan bebola daging dan masukkan ke dalam air sup yang sedang medidih, ulang langkah tadi hingga adunan bebola daging habis. Setelah bebola daging timbul, menandakan bebola daging telah masak.

3. Biarkah sup mereneh seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee kuning dan bahan pelengkap yang lain, selamat mencuba.

mee sup yang serba kekurangan

kali ni bebola daging tu lawa sikit rupanya

takde pegedil n bahan lain pun, main tabur dengan ape yang ade je

mee kuning jepun

Nota: Bila makan dengan sambal kicap, lagi sedaplah, tambah up rasa sup ni, baki sup daging ni buleh juga dimakan bersama nasi putih.

 

Soto Ayam Rempah Segera

Masakan - Mee/Sup

Ni menu segera ni, ros buat soto guna perencah soto istimewa,  cumanya ros tambah pegedil ayam, ketupat segera dan suun goreng , resepi tak payah lah ek, sebab main lebur-lebur je..jamu mata je dulu, nanti kalau sesiapa jumpe rempah segera Soto Istimewa tu boleh cuba rasa, bagi ros sedap jugak, cukup rasa rempahnya tapi yang tak berapa best, pes ni tak digiling halus, masa kunyah tu terasa lagi biji dan kulit ketumbarnya : )

rempah soto segera yang ros gunakan

pegedil ayam, boleh refer resepi pegedil daging ni, gantikan je daging ke ayam.

soto ayam sedia untuk dihidangkan, ros tabur dengan bawang goreng dan kacang goreng, baru sedap nak ngunyah..: )

 

Laksa Sarawak

Masakan - Mee/Sup

Menu yang diupdate dari rumah lama Multiply..ros buat laksa sarawak ni guna pes segera je, pemberian dari Kak As Yamagata, tapi kalau takde pes segera tu boleh ikut resepi dari Netty myresipi ni, ros rasa lebih kurang same je, terima kasih ya  Netty, cara penyediaan pun senang, suke akan aroma rempah dalam laksa sarawak ni, sedap..: ) terima kasih Kak As, dapat jugak ros merasa : )

Bahan-bahan ( 10 orang )

1 paket mee bee-hoon
1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di supermarket)
1 biji kelapa parut
1/2 kg taugeh
1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
1/2 kg udang
3 biji telor ayam
daun ketumbar
limau nipis
* >> Sambal <<
* 2-3 sudu cili kering ditumbuk
* bawang merah dan putih ikut suka
* belacan sebesar 1/2 kotak mancis
* minyak masak untuk menumis

Cara-cara

1. Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
2. Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
3. Masukan udang, rebus sebentar kemudain diangkat.
4. Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan selama 20 minit.
5. Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.
6. Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.
7. Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Kuah lah lakasa tersebut dengan kuah yang disediakan tadi.

pes segera yang ros gunakan

bihun yang siap di celur

kuah laksa yang kaya dengan aroma rempahnya

pelengkap laksa sarawa, isi ayam, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar

Nota: Walaupun nampak macam banyak je menu pelengkapnye tu, tapi bila dah buat sebenarnya kejap je, kombinasi segala pelengkap di atas ni memang sedaplah, ros pun makan bertambah. : )

 

Bakso Kuah Sapi

Masakan - Mee/Sup

Ni menu kami malam tadi, ros buat Bakso, tapi ros guna mee phad thai, sedap jugak, mee phad thai ni lebar-lebar, nipis, mcm kue tiaw sikit, lepas tu kuah sup bakso ni, ros campur je dengan ayam hihi...kiranya bukan bakso kuah sapi lah, tapi kuah sapi + ayam, suke-suke je meng adjust resepi bakso ni, resepi ni ros copy dekat rumah Kak Hana Kanazawa, kak Hana pulak amik dekat rumah Kak Ika Bangkok, dan Kak Ika pulak amik dekat rumah Deetha, mengikut Deetha, resepi asal ni dari Chef Budi Boga/Sutomo, ape pun terima kasih kepada ke empat-empat individu ni yang yang menyumbangkan resepi dan memfemeskan resepi Bakso Kuah Sapi ini, First time buat, rasa pun boleh tahan. : )

Resepi ni telah dialih bahasa sepenuhnye ke bahasa Malaysia oleh  Kak Hana Kanazawa, untuk lebih senang difahami, terima kasih kak.

Bahan-bahan  ( resepi asal Chef Budi Boga/Sutomo)
60g sawi - celur dan dipotong - ( semalam ros tak letak sbb takde stok)
60g bihun - celur dan toskan      ( ros guna mee phad thai)
60g mee kuning - celur dan toskan ( semalam tak guna)
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup - cincang ( ros guna negi)

Uk Kuah@Sup

1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
4 ulas bawang putih - cincang
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan btg saderi - cincang
1 sudu makan minyak - utk menumis
1 sudu teh garam
1 inci halia - ketuk (nih hana tambah)

Utk Bebola Sapi@Bakso

400g daging lembu hancur ( ros guna dlm 200gram je)
1 sudu makan tepung gandum ( tak letak)
2 sudu makan tepung ubi         ( ros guna tepung katakuriko@tepung kentang)
1 biji putih telur                        ( ros letak 1/2 biji putih telur)
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam

Bahan sampingan

Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
sos tomato - ( tak letak)
kicap manis ABC ( guna kicap kipas udang)

- bahan sampingan yang ros tambah semalam, tauge, hirisan lemon, hirisan ayam dan bawang goreng serta sambal kicap.

Cara-cara

Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso)

Utk membuat kuah - Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.

Utk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.

Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

bebola daging yang tak bulat cantik, tak halus pun rupanye muheheehehehe

Nota: Tengoklah Bakso ros tu, takde seri lansung, sbb takde sawi, hihi, pudar je warna dia kan, sebab guna baha yang sedia ade je dalam peti ais semalam, daun seleri pun takde, guna negi je, lain kali nak buat lagi lah, sebab sedap Bakso ni : )

 

Mee Rojak Campur-Campur

Masakan - Mee/Sup

Mee Rojak campur-campur ni dinner ros malam tadi, nak kata Pasembor lain pulak, sbb kuah nye tu ros tak guna keledek, dan pasembor takde letak ayam goreng dan mee kuning, nak kata mee rojak ayam yang dulu pernah ros buat, lain pulak, tp lebih kurang same je, cumanya malam tadi ros  campurkan kani kama ( crab stick) dan chikua ( jejari ikan) ros goreng dengan bancuhan tepung beras, kasi rangup sikit, jadinya ros panggil mee rojak campur-campur lah..hihi : )

kat bawah ni ade resepinya

Bahan-bahanya
1 bungkus mee kuning ( dalam 300gram)
1/2 biji timun
Tauhu goreng
1 biji kentang ( potong berbaji ( bentuk wedges)
1 keping peha ayam boneless
2 biji telur
1/2 paket kani kama ( crab stick)
3 batang chikua ( jejari ikan)

bancuhan tepung beras untuk salut pada kentang, crab stick, ayam dan chikua
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
garam
sedikit serbuk kunyit

untuk kuah rojak
1/2 cawan kacang tanah ( dikisar kasar)
Bahan Kisar ( 5 tankgai cili kering 1\4 biji bawang besar+1 ulas bawang putih+1 sudu kecil udang kering)
1/2 sudu besar gula
garam
sedikit minyak untuk menumis

untuk kueh rojak
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder ( kalau nak ganti dengan yis pun bole)
1sudu kecil yis mauripan
sedikit kunyit serbuk
garam

-air untuk bancuh kueh rojak ni agak-agak je ye, macam bancuhan buat kuih udang atau jemput-jemput, jgn cair sangat nanti kueh rojak meresap minyak.

1. Mula-mula buat kuah rojak, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan kacang tanah.  Masukkan setengah cawan air dan dan masak hingga pecah minyak dan kuah agak pekat.

2. Buat kuih rojak, satukan semua bahan dan perap lebih kurang 1 jam, kemudian goreng dengan minyak panas, selepas itu  buat bancuhan tepung beras dan celupkan ayam, crabstick, chikua dan kentang, goreng hingga garing, Akhir sekali rebus telur, celur mee kuning dan potong nipis timun dah tauhu goreng. Susun semua bahan dalam piring.

3. Cara Penyedian, susunkan tahu, kentang, kueh rojak tepung , ayam goreng, crabstick, chikua, timun, telur rebus dan mee kuning di dalam pinggan, dan curahkan kuah rojak tadi, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Lain orang lain selera kan, kalau buat rojak ni, ikutlah selera masing-masing ye, ros kalau buat rojak memang suke letak ayam goreng dan mee, memang kenyanglah kami makan malam tadi, bila dah potong semua penuh satu pinggan : )

 
More Articles...
Search
Galeri Olympusku
Jumlah Pelawat dr 1 Jan
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini2130
mod_vvisit_counterSemalam3513
mod_vvisit_counterMinggu ini12462
mod_vvisit_counterMinggu lepas22098
mod_vvisit_counterBulan ini28004
mod_vvisit_counterBulan lepas87939
mod_vvisit_counterJumlah375471
Jom Sembang
Latest Message: 8 hours, 54 minutes ago
  • mimiey : nnt singgah umah eh amek kad raya...
  • mimiey : slmt hari raya kak ros..
  • Leen : salam ros...lamanya tak jengah sini...bizi cikit..hee...nanti dtg umah amik kad yaa...selamat hari raya,maaf zahir batin...
  • fifi : "set syria pin dgn tawaran hebat pos selepas raya tau.."
  • Ika : Salam adik manis yg kakak sayangi di sana, selamat menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta d sana semoga berbahgia di hari yg mulia ini, halalkan segalanyer apa2 ajerrr yg dtgnyer dr ross untuk akak atau akak resepi2 semua, maaf zahir batin dr akak di sini juga, take care! mkn2 byk2 tau! :D
  • syiera : Salam Ros, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga sihat2 dan ceria selalu. Tahun ni saya nak buat Yong Tau Fu guna resepi Ros pd hari raya pertama. Mintak Halal ya. memang sebijik yg beli. Terima kasih banyak2.
  • k.yatie : Salam Ros, Selamat Menyambut Hari Lebaran di perantauan...moga ceria selalu dan sabar selalu..alhamdulillah thn ni akak dpt beraya di Msia bersama keluarga tersayang...mohon maaf zahir dan batin.
  • yatiali : Selamat Hari Raya Ros...
  • Kak Rose : Selamat hari raya maaf zahir batin buat ros sekeluarga... dari ber2 hingga ber5, bila boleh balik mesia? ke menetap terus disana? ppa pun take care!
  • nani : SALAM ROS.... SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR dan BATIN.. :)
  • hana : salam ros.... keitai dah ok! nnti bila2 pree akak kol er.. skang tgh emosi sket! wakakakakaa.. ngada2 sebenonyer.. kekekekeke
  • nur : Salam Ros,sihat ke? Knur sibuk hingga lambat nak reply..sowi ya..hehe..ini skrg baru nak mengukis...Selamat Hari Raya pada Ros yg jauh..knur pohon ampun dan maaf jika ada kesalahan atau kesilapan yg pernah knur lakukan,terkasar bahasa harap dimaafkan ya.Salam syg juga dari Knur yg jauh. Take care.
  • Norasikin : Selamat Hari Raya
  • menn : kak ros..take care n selamat hari raya!!
  • sweetsal : dtg jenguk dr jauh, jgn sedih2 ye ros..slmt hari raya, maaf zahir batin..
  • deetha : salam Ros, apa kabar? aku datang bawakan soto sulung ni... :D oh ya, nanti tunggu card dariku ya, mungkin agak lambat sampai ke jepon. traffic pos hari raya ni kan full. hehe tak apa ya?.. :D
  • ~azatie~ : salam ros...dok ada baby masih rajen buat kukis yer..baby ngah baek yer..ngee
  • maz : salam ros..kmaz mai nk ucp slmat hri rya buat ros sklrga..maap zhir dan btin ye..esk kmaz dah mula brcti..nk blik kpung..hb akak pun dh slmat smpai pgio tdi..smga jmpa lgi ye ros..take care...lebiuuuu..
  • ummi : Salam Ros, apa khabar? Buat jugak ke kukis, or tempah jek...take care, muaaahhh!
  • hana : salam ros.. sama pulak puding kite..tp akak gune air soya... mls btol nk update msk2 lately nih... huhuuu
  • Chik mimi : salam ros panas2 ni nmpk puding ros tu cedappppnya
  • Hazila : Salam ros, dah buat kukis raya?
  • nani : salam ros... :) camne skrg? sihat? dapppp nye puding peach ni.. akak amik sket... nak rasa.. hehehe...
  • JC : Salam dear..banyak mengukis thn ni..jemput ambik kad raya kt rumah akak ia..selamat hari raya buat Ros sekelurga & maaf zahir batin
  • kzai : salam ros..ape kabar..semoa sihat bersama baby yg comel tu ye..dh abis pantang ke..byk ros masak2 ni..xleh dok diam kan..kalau nk mkn mcm2 kt perantauan..ciannye..
  • maz : salam ros..dah tdor ke tu..baby buat apa..rjin btul ros ni msk2..memang kmaz tabik spring la..nsi dgang pun ada..mrtbak pun ada..kmaz dah 2 mngu main bli je ros..hehe..
  • Nor : Ros, juast nak ucap terima kasih sebab ur blog and ur hard work memberikan saya dorongan untuk saya memasak untuk keluarga. Sangat puas hati dapat memasak sendiri untuk keluarga..:)
  • sweetsal : singgah tgk nasi dagang..nampak sedap..raya tak balik mesia ker?
  • hana : salam ros.. dtg bwk samosa inti tuna nih.. jemput la makan.. ko kan tk pose.. kekeke.. ala nasik tuh kompom dah abes. kuah ikan ader lg tak?? akak suker kuah ikan tuh!
  • fiza : sedap nyaa..
  • Ika : Salam ross.. ikan aya tak de lah eehhe... lama tak makan nasi dagang, ala2 nasi lemak tp lg sedap dagang nak buatnyer tu yg malas sikit kena kukus bagai :D
  • JC : Salam..akak pernah mkn seklai jer nasi dagang...nanti bole le cuba wat ikut resipi ni..tapi ikan bole guna ikan lain kan sebab akak tk mkn tongkol/tuna semua tu..take care
  • yantisa : salam ros, saya sekrang kalau ada masa lapang, mesti akan sentiasa ke jintanmanis.com untuk mengikuti perkembanga baru ros & masakan. Sebenarnya kagum, dlm pantang boleh lagi masak macam2, org yang tak pantang pun belum tentu dpat buat apa yg ros buat. Jaga diri & teruskan update jintanmanis.com ye
  • LOVELY KITCH : Salam ros...tq for the wishes...waaa dpt juga tgk bb wazhif dgn anas dan damia...nasi dagang fav tu..sedapnya!!
  • deetha : salam Ros, sehat? lama aku tak singgah sini & update blogku nih, sedang malas mengetik resep.. hehe sudah akhir2 ramadhan ni sibuk @ masjid aja, kerja dah malas, maunya cuti..hahahha
  • sue : Salam ros..hari ni sihat?..Sempat lg buat murtabak ya..Akak ni beli ja tau..ekekkeke..Ros! ada kad utk ros tanda ingatan & persahabatan..
  • fmina08 : ros..akk dah wat dah..tinggal tunggu nk ngap jek..hahahaha...
  • fmina08 : ros..inti tu xyah masak dulu ye? just grg je lam kulit popiah?
  • Kakintan : salam Ros...kakintan mmg tak buat kuih just order dgn kawan2...insyaallah selalu ingat Ros..he..he..
  • Chik mimi : salam ros wah good idea guna tuna,boleh try nnti,ros sihat ke?
  • Ika : Salam ross, akak sejak tahu murtabak ni boleh guna kulit popiah sampai skrg jugak tak pernah nak cuba hihihi.. pdhal senang tp nmpk sgt akak ni pemalas :D
  • fiza : tepung pelita dia lawa
  • inahar ali : salam rindu ross..dh abih pantang ke?? hrp ros & baby sihat sokmo ye!
  • JC : Salam..dah berbuka ke..akak baru start posa ni baru 8 lebih pg..tk care
  • nuzula : Salam singgah n salam perkenalan :)
  • hana : salam ros.. akak pong kdg tk ltk kapur mana2 kuih yg sepupu sepapat cenggini. sbb takut terlebey kapur. naya ko! meh tuko ngan puding akak nak tak??
  • Anawahid : alala ros yg semanis sirap ros hehe.. nak tpung pelita!!!
  • maz : salam ros..waa..rjin btul la adik kmaz ni..buat tpung plita plak..memang kalah org yg xbrpntang ni..asik duk main bli je..baby duk wakpe tu..
  • kamalia : salam ros..arini br berkesempatan nak komen..akak mmg kagumla kat sesape yg bersalin kat obersi nih..yela,sume bnda kite kena buat sndrikn..pastu,emosi pun kena jage jugak,ye tak?alhamdulillah,ros dpt lalui sume tu dgn kuat n tabah..tepung pelita mmg feveret,tp takut bile buat,xde sape yg nak mkn pulak..jaga diri ye..:)
  • Ika : Salam ross, akak sampai dah akhir2 puasa pun tak terbuat lg tepung pelita ni nanti nk buat jgklah kalau rajin ari ni buat :D akak tgh berkecil hati :-( ehehe
View archive


Cuaca
Tetamu JM dari..