Masakan - Kuih Muih

Share

 

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, jom join ros jom sarapan apam nasi, kebetulan malam tu ade nasi lebih, banyak jugaklah lebih kurang 2 cawan, jadinya nak buat nasi goreng malas, ros rendam je nasi tu dgn air dan pagi lepas sarapan tu ros terus buat adunan apam, tak guna Eno pun, sebab takde stok, yang bestnya tu rasa apam ni macam apam yang jual kt pasar malam tu, cuma nye tekstur dan rongganye agak besar dan tidak halus namun lembut sentiasa, Resepi boleh rujuk dibawah ni ye, Selamat Mengukus ya.

lepas adunan tu naik macam gambar di atas, baru ros kukus

Apam Nasi
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahannya
2 cawan nasi putih
2 cawan air - atau ikut paras air di dalam blender nanti.
3/4 cawan gula
1 cawan tepung beras
8gram yis
sedikit pewarna hijau
sedikit minyak untuk glis pada acuan
acuan lompang secukupnya

Sedikit kelapa parut yang digaul sedikit garam untuk ditoppingkan atas apam nasi nanti.


Cara-caranya

1. Mula-mula rendam nasi semalaman dan apabila pagi, toskan airnya, masukkan di dalam pengisar (blender) nasi dan air, pastikan paras air melebihi nasi, maksudnya air tu tak boleh kurang dari kuantiti nasi lah (nasi tenggelam) , ros masukkan lebih kurang 2 cawan air, kemudian blender hancur, selepas itu masukkan gula dan tepung beras blender lagi.

2. Setelah semuanya sebati dan siap dikisar, curahkan bahan yang dikisar tadi di dalam bekas dan masukkan yis dan beberapa titik pewarna hijau, tutup bekas dengan plastic wrap dan perap adunan selama 5 jam atau lebih, gliss acuan lompang dengan sedikit minyak, adunan di kacau sedikit dan sudukan di dalam acuan lompang sehingga paras 3/4 acuan, biarkan sebentar lagi sehingga adunan naik sehingga agak penuh, panaskan pengukus dan kukus apam selama 8 minit.

3. Keluarkan apam dari acuan dan letakkan kelapa parut di atasnya, Sedap dimakan pada bila-bila masa dan apam ini lembut sentiasa tanpa penggunaan Eno.

4. boleh disimpan di dalam peti ais dan apabila ingin makan, kukuskan semula beberapa minit ataupun letakkan di atas nasi yang masih panas, iaitu di dalam periuk nasi elektrik, tu cara ros lah, selamat mencuba.

apam nasi yang baru sahaja diangkat dari pengukus

siap letak kelapa parut dah

sedia untuk dihidangkan, lembut sangat apam ni, suke suke

- Kalau nak letak macam-macam warna pun boleh, apam nasi ros ni tak tersenyum pun, jadinya bulat gitu je, tapi tekstur dan rasanya sedap dan menepati citarasa ros.

Share

 

Comments  

 
-1 #2 Osnita Othaman 2013-07-14 14:07
Jari ni nk try cuba la rose...heheh...nasi dh rendam semlm..harap2 jadi la ye..hehhe
Quote
 
 
0 #1 hajar 2013-01-29 19:48
okeh nanti aku cuba ek ros..hehhe
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh