Donut Tofu Pondering
| Masakan - Kuih Muih |
| Share |

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, lama dah ros buat donut pondering ni, baru lah hari ni nak share akan resepinye, rujukan utama dan resepi first ros refer nak buat pondering ni dari website masakan jepun yg sangat popular iaitu cookpad.com, tajuk resepinye non egg pondering donuts, tapi ros ajust dan tambah sikit dgn tepung jagung dan telur, jadilah resepi di bawah ni.....semoga langkah bergambar di bawah ni dapat membantu ya.

Donut Tofu Pondering
Sumber resepi asal: non egg pondering donuts cookpad.com
Di olah dan ditambah sedikit bahan oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
100 gram tepung pulut
200gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
200 gram tofu
1 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu kecil baking powder
minyak untuk mengoreng
kertas minyak/baking sheets
Cara-caranya
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, tepung jagung, baking powder susu tepung, gula dan tofu ke dalam bekas adunan dan kacau@ramas semua bahan hingga sebati, kemudian masukkan telur, uli hingga menjadi sebentuk doh.
2. Sediakan kertas minyak dan gunting empat segi, besar kertas minyak tu bergantung pada saiz donut yang ingin kita buat, kemudian bolehlah di bentukkan bebola kecil, ambil satu helai kertas minyak yang siap digunting tadi dan susun bebolah kecil seperti gambar di bawah, satu donut memerlukan lebih kurang 6 atau 8 bebola kecil. Jika perlu, sapukan sedikit air bagi melekatkan bebola donut dengan satu sama lain dan supaya donut tidak berderai bila digoreng nanti.
3.Ulang langkah tadi sehingga semua doh habis, panaskan minyak dan goreng kan donut pondering bersama-sama lapik kertas minyak, biarkan kertas minyak tertanggal sendiri baru dibalikkan ke bahagian satu lagi, goreng sehingga donut pondering perang.
4. Angkat dan toskan minyak yang berlebihan, salut pondering donut dengan serbuk gula atau coklat masakan.
5. Sedap dihidangkan panas-panas dan anak-anak anda pasti mengemarinya. Selamat Mencuba.
- di bawah ini ade cara bergambar macammana nak goreng donut pondering tu, harap dapat membantu ya : )

cara menggoreng donut pondering

bila kertas minyak tu dah tertanggal sendiri baru diterbalikkan donut ni ye

setelah siap boleh lah di salut dengan serbuk gula

ros hari tu buat besar-besar supaya cepat kenyang

sedap dimakan bersama teh o songket ni

anak-anak ros suke sangat, cantik dipandang dan senang juga nak pegang

kenyal dan rangup diluar, lembut di dalam

Nota: saiz donut pondering ni ikutlah selera masing-masing ya, boleh buat kecik2 dan boleh juga buat saiz sederhana, paling penting donut tu jgn bederai bila di goreng ya.
| Share |





















Comments
Tq Ros
ros guna tofu jepun, aka silky tofu kt supermarket ade jual, ade lik fanpage BSM tak kt situ ros ade letak gambar tofu yang ros gunakan, tofu kena hancurkan halus, supaya sebati dlm adunan tepung, harap dpt membnatu ya
RSS feed for comments to this post.