Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, semalam petang ros buat kuih puteri ayu, suke buat kuih ni sebabnya tak guna masa lama dan hasilnya cukup gebu dan lembut, cuma rasa leceh sikit masa nak mampatkan kelapa ke dasar acuan tu je, tips yang paling penting yang ros nak kongsikan ialah, adunan ni perlu diperap seketika lebih kurang 20 minit supaya ia lebih gebu, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye.

Kuih Puteri Ayu Gebu
Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

3 biji telur
3/4  cawan gula ( blender halus)
2 cawan tepung gandum 
3/4 cawan santan@ susu segar
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil baking powder
beberapa titik pewarna hijau

( nak letak pandan emulco atau esen pandan pun boleh)

Untuk dasar kuih puteri ayu - sedikit kelapa parut yang dicampur dengan tepung sagu ( guna tepung gandum pun boleh) dan garam.

Cara-cara

1. Keluarkan telur dari peti ais dan biarkan pada suhu bilik, kemudian pukul telur hingga berbuih, kemudian baru masukkan gula, pukul hingga betul-betul kembang dan putih.

2. Selepas itu masukkan tepung gandum dan santan berselang seli, kacau sebati. Biarkan adunan lebih kurang 20 minit sebelum di kukus.


3. Sementara itu, tekan kelapa putih dalam acuan, mampatkan betul-betul ke dalam acuan, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com

-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

-. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.

-. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

kuih yang cantik dipandang sedap dimakan

Nota: Kalau kukus kuih ni pastikan guna api sederhana ya, jangan guna api kuat sangat, dan masa kukus tu cuma 7 atau 8 minit sahaja.

Share

 

Comments  

 
+1 #5 ct 2012-04-27 23:39
salam
sy mnt sgt website ros.sy sll follow&nak mnta izin share di blog sy resepi ros.tq.
Quote
 
 
+1 #4 yatie muda 2012-01-26 23:36
Assalamualaikum empunya blog..
saya dah jadi peminat awk pulak (mintak sain) resepi awk ni ngn tips2 segala bagai mmg ikhlas sgt .. byk jugak tgk bloggers masakan tapi yours is purely from the bottom of ur heart i suppose.. tq .. sllu buat menjadik jer.. Allah shaja membalsa budi baik ros.. ilmu yg bermanafaat dikongsi dan org amal .. hemm besar pahalanya.. amin.
Quote
 
 
0 #3 2011-08-23 13:08
salam Ros..dh try resipi ni..menjadi dan lembut.alhamdulillah..thankssss...
Quote
 
 
+2 #2 2011-08-12 13:02
Salam Ros. Puasa tak arini.... Dh lama teringin nak buat kuih ni asyik postpone jer...
Quote
 
 
+2 #1 2011-08-12 12:51
ros, lama dah kak mas tak buat putri ayu..
sedapnya..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh