Masakan - Kuih Muih

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, jagung, jagung dan jagung, kat dapur tu ade sebesen besar jagung yang belum di masak, dalam 30 tongkol jagung rasanya, dah rebus dah hari-hari, bakar, buat cucur jagung, bun jagung, nanti nak buat bubur jagung pulak, nak perabis jagung yang ade, pagi tadi ros buat cucur jagung manis, bahan-bahanye pun main letak je, guna bahan yang ade, hasilnya cukup sedap, tak sedar dah makan banyak, hihihi, kalau nak cicah dengan sos cili pun boleh, kalau ros, ros suka makan macam tu je, resepi ringkas ni boleh rujuk kat bawah ni ye, selamat mencuba.

Cucur Jagung Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
2 tongkol jagung yang belum direbus
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula
sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Buang kulit jagung dan asingkan batang jagung dan isinya, masukkan di dalam bekas kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, air, garam dan gula, kacau sebati.

2. Biarkan dalam 10 minit baru digoreng, jemput-jemput kan kecil dan goreng didalam minyak panas hingga keperangan, sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

jagung mazola sekinchan

jagung yang belum direbus

kuning cantik dan manis isinya

lembut dan bersarang tekstur cucur jagung manis ni

Nota: Kecairan doh ini same macam kita buat cekodok pisang tu, pastikan adunan boleh dijemput, nak sudukan dengan sudu makan pun boleh.

Share

 

Comments  

 
0 #9 nik 2012-11-26 13:04
sedapnya...simple je resipi dya...
Quote
 
 
0 #8 nik 2012-11-26 13:04
sedapnya...simple je dya pnya resipi...
Quote
 
 
0 #7 chefzul 2012-06-08 22:05
sedap dan simple recipe, I dah try kat kitchen. I cicah dgn butterscoth ermmmm best!!!!
Quote
 
 
+1 #6 2011-06-24 10:33
Quoting zasran:
:-) salam.. ros, sye da try wt cucur jagung nih tp jd keras la ble da sejuk.. xsesedap ros punyer.. huhuuhu busan jer tgk... lg 1, if xde baking powder leh gne sodium bicarb x? :o

keras ya, nnt buleh campurkan telur sebiji ya, nak letak bicarbonat pun buleh gak, good luck ya,
Quote
 
 
+2 #5 2011-06-21 18:11
salam.. ros, sye da try wt cucur jagung nih tp jd keras la ble da sejuk.. xsesedap ros punyer.. huhuuhu busan jer tgk... lg 1, if xde baking powder leh gne sodium bicarb x?
Quote
 
 
0 #4 2011-06-14 23:32
Quote:
sedap nih..kena cuba..

ok, nnt cuba ya, senang je tu, sedap pun sedap
Quote
 
 
+1 #3 2011-06-14 23:31
Quote:
kak ros..baking powder tu sodium bicarbonate ke? sorry bertanya.. :-)

baking powder tu serbuk penaik, dan sangat berbeza dengan soda bikarbonat, nnt klu cari kat supermarket ade jual, kakros guna baking powder jenama royal baking powder, tin kecil warna merah. nnt cari ya
Quote
 
 
0 #2 2011-06-14 20:11
kak ros..baking powder tu sodium bicarbonate ke? sorry bertanya..
Quote
 
 
0 #1 2011-06-14 13:15
sedap nih..kena cuba..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh