
Semalam selain tepung pelita, daging masak merah dan sup sayur, ros buat jugak murtabak tuna dan kuah bawang merah, murtabak ni permintaan dari hubby ros, lagipun nak buat kejap je, guna kulit popia, senang keje, tak payah uli-uli tepung. resepi macam biasa je, inti dia ros guna tuna flakes, ros dah pernah letak dalam entry sebelum ni, nak rujuk resepi kat bawah ni pun boleh, gambar murtabak tuna ni kurang memuaskan sikit sebab nye ros salah setting...huhuhu..:(
Bahan-bahanya
untuk kulit murtabak - (beberapa keping kulit popia)
*inti murtabak* 1 tin kecil tuna dlm tin atau seachicken 3 biji telur ayam 1/4 biji kobis saiz sederhana ( dihiris halus) 2 biji bawang besar didadu serbuk kari ikan garam
*untuk kuah bawang merah* 1/2 biji bawang besar ( saiz kecil) 1 sudu besar cuka 1 sudu besar sos cili maggi beberapa titik pewarna merah ( sirap) sedikit gula dan garam
Cara-caranya
1. Campurkan kesemua bahan inti dan kacau sebati, ketepikan.
2. Buat kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.
3. Ambil sekeping kulit popia, dan sendukkan satu senduk bahan inti tadi dan curahkan di tengah-tengah, lipat empat segi dan goreng murtabak seperti menggoreng roti canai, masak hingga permukaan nye perang dan agak garing, angkat dan hidangkan. Sedap dimakan bersama kuah bawang merah atau kari ayam, Selamat Mencuba.

murtabak tuna segera ku

walaupun pakai tuna, rasanya seperti guna daging ayam

kuning je gambar ni semua...gomen ne..

kuah bawang merah
Nota: Tengok lah tu, hasil gambar yang tak lawa lansung, kes nak cepat lah ni, main snapje...bila tengok rupanya salah pilih WB, nak snap lagi sekali tak sempat dah, nak edit lagilah takde masa...janji ade rupa murtabak dan jelas nampak jadilah. : )
|

Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia, walaupun di rantauan semangat nak sambut tetap ade, bersyukur di lahirkan di Negara bertuah Malaysia...,Hari ni semangat sikit nak buat kuih tepung pelita, sebab dah lama teringin nak makan sebenarnya, tapi stok santan pulak takde, bila ada santan serbuk segera terus buat, senang pun senang, sedap pulak tu, biar pulak lama-lama dalam peti ais , kasi sejuk sikit, baru nyaman di makan, resepi dari kak yani myresipi, tapi ros copy dari blog kak hana kanazawa, terima kasih buat kakak berdua ya, ros buat separuh adunan je dari bahan kt bawah tu, dapatlah 5 bekas kecik...: )
Bahan-bahanya ( sumber resepi asal Kak Yani Myresipi) , halal resepi nye ya kak yani. 1 cawan tepung beras ( ros cuma letak 1/2 cawan tepung beras) 1 cawan gula ( 4 sudu besar gula) 5 cawan air ( 2 1/2 cwn air) 4 sudu besar tepung beras(ratakan) - (2 sudu besar tepung beras) 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan ( 1/2 paket santan serbuk+ 1/2 cawan susu segar) 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air ( 1 helai daun pandan di simpul) sedikit kapur dan sedikit garam ( secubit garam, air kapur ros tak letak)
Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. 2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. 3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. 4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan@pisang lagi sedap. 5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat. 6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. 7. Sejukkan

satu bekas ros letak dlm bowl dessert ni

Nota: ros tak letak air kapur pun dalam adunan hijau tu , sebab takde stok, tapi alhamdulilah rasanye tetap menten sedap, daun pandan tu pun ros tak mesin, ros cuma simpulkan dan kacau sekali dalam adunan hijau tu.

Hari ni ade masa sikit nak buat kuih apam pisang, lagi pun resepi ni tak perlu perap-perap, bila dah siap adun, boleh terus kukus, hasilnya cukuplah gebu dan sedap, bila makan dengan kelapa lagi lah tambah up rasanya, resepi ni ros amik dari blog tiffinbiru Cik Mat Gebu, dan CMG pula ambil dari Fotopages Maklang, resepi asal pula dari Diana...terima kasih pada penyumbang-penyumbang resepi ini, ros bagi 5 star....rugi sape tak cuba...: )
Bahan-Bahannya ( resepi asal dari Diana) 1 cawan tepung gandum* 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak) 2 biji telur gred A 100 ml minyak jagung (atau mentega cair) - ros cuma letak 80ml minyak masak. 1/4 cawan gula (mat guna gula perang) 4 biji pisang emas, sederhana besar* 1/2 camca teh soda bicarbonate* Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
Cara membuatnya :-)
1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan. 2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.

toppingkan dengan kelapa kering je

lembut dan gebus je apam pisang kukus ni

Nota: Entry 11 gambar masakan jintanmanis.com di curi tu ros dah disable kan, sebab blog saudari tu pun dah tak boleh buka, baru lah rasa lega sikit, ros ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang bagi komen pada entry tu dan sokong untuk buat laporan website abuse pada blogger.com.

Hari ni ros nak kongsi gambar bekalan makanan frozen yang sempat ros buat sebelum bersalin hari tu, walaupun dah sarat, ros gagahkan juga....hari-hari terakhir sebelum 5 Aug 2010, kuih akhir yang sempat ros buat sehari sebelum hari melahirkan Wazhif tu adalah karipap inti ikan dan inti daging, sempat mengelim dalam 40 biji karipap....Esok nye pagi...dah ke Hospital...untuk bersalin..: )
Ros buat semua kuih muih ni minggu lepas, sebelum hari khamis tu, tiap-tiap hari ros buat satu kuih untuk difrozenkan, ni sebagai bekalan untuk abang dan anak-anak sepanjang ketiadaan seminggu ros nanti, Alhamdulillah semuanya sempat di buat, kecuali kuih pau dan murtabak, baki inti daging tu ade lagi dalam freezer tu, sebab ingat nak buat hari jumaat dan weekend tu, tapi dah bersalin awal pulak...tak sempat...hihihi...
Untuk anak-anak pulak ros buatkan nugget ayam taufu frozen, kari jepun dan sos pasta tomato, semua dah habis dah dimakan oleh anak-anak ros, Alhamdulillah memang niat nak senangkan keje abang bab memasak tu, sebab seminggu tu mesti abang pening nak bagi makan ape kat kakak damia dan anas, tu yang buat siap-siap semua tu...Sekarang ni pulak puasa, lagi memudahkan keje, nak berbuka tinggal goreng je, pilih mane berkenan....
antara kuih muih frozen itu ialah
1. Donut
2. Nugget Ayam Taufu
3. Karipap Inti Daging
4. Popiah Goreng
5. Roti Keramat
6. Karipap Inti Ikan
7. Bubur Kacang Hijau







Nota: Separuh ruang freezer tu dah penuh dengan makanan ni semua, kalau nak susun daging ke ayam ke ikan ke, kena susun betul-betul, silap-silap tak muat peti ais tu : )

Ni menu brunch dan high tea hari ni, ros buat kuih bom pisang, buat sambil duduk je ni, lagi pun senang je, bahan bahan pun main campur-campur je, perkakas masak semua husband yang basuhkan : ), lama nak makan kuih bom pisang ni, baru hari ni nak buat, sebab dulu masa sekolah rendah kt kantin sekolah selalu jual kuih bom pisang ni, antara kuih feveret ros, lepas tu kebetulan hari ni ade tamu datang dari Nagoya, ade jugaklah kuih yang nak dijamu..: )

bahan-bahanya
2 biji pisang yang ranum
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
1/3 cawan air ( ni agak-agak je, klu kurang boleh lebihkan)
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
1. Lenyek pisang sehingga hancur, dan masukkan tepung gandum, gula, soda bikarbonat, garam dan air, air tu boleh masukkan sedikit demi sedikit, kita agak-agaklah, kepekatan adunan ni, macam nak buat cucur udang tu, tak boleh terlalu cair, nanti meresap minyak.
2. kacau adunan hingga sebati, jemputkan adunan dengan tangan, saiz ikutlah selara masin-masing, ros suke comel-comel, goreng deep frying, dan biarkan kuih bom ke-emasan, balik-balikkan kuih bom ini, supaya ia masak sekata, gunakan api sederhana.
3. Setelah agak perang angkat dan boleh dihidang panas-panas, pastikan pinggan di alas dulu dengan kitchen paper bagi meresap minyak yang berlebihan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

ros buat kecik-kecik je, senang nak masuk mulut

Nota: Kuih bom ni rangup di luar lembut di dalam, walaupun telah sejuk namun masih lembut dan gebu. Kakak Damia dan Anas pun suke je makan.
|
|