Blog - Keluarga

Alhamdulillah bersyukur kami ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya kami telah selamat pindah ke kawasan minato ( pelabuhan) Osaka, segala proses pindah memindah dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Kami juga diberi kesihatan yang baik untuk mengemas dan membersihkan rumah baru ni, keletihan masih terasa, namun bila melihat rumah dah tersusun rapi dan tiada lagi kotak pakcik Duck memenuhi ruang rumah, hati berbunga riang. Ruang pertama yang Ros kemas dah tentunya ofis@makmal eksperimen merangkap dapur ku itu. Segala perkakas alatan, senjata memasak semua telah disusun rapi, cuma projek membaking sahaja belum dimulakan. : )

Semalam hari pertama abang berkerja di tempat baru,  Alhamdulillah nampaknya abang gembira dan bersemangat untuk mulakan kerja, semoga penghijrahan abang ke tempat baru ini memberi sinar dan harapan baru pada kami sekeluarga, Ros sentiasa doakan kejayaa abang, amin.

Apa yang buat Ros berkenan akan rumah baru ini ialah suasana rumah yang terang benderang dan paling seronok bila nampak laut dari balkoni rumah, balkoni untuk anak-anak bermain pun luas, rumah kami lot tepi, rumah paling atas, tingkat 11, 3LDK dan memang anak-anak puas berlari ke depan ke belakang. Rumah kami rumah UR.

Di bawah ini ade beberapa imej rumah ros baru sekarang, tapi gambar ni masa rumah tengah kosong, rumah yang dah di isi perabot belum ambil lagi, nanti ade masa ros upload yang baru ya. Sebelum terlupa ingin ros ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang meninggalkan komen di ruang jom sembang dan di setiap entry JMC ini, Ros amat menghargainya, dan segala komen itu akan di balas dalam sedikit masa lagi. : )

Ruang masuk rumah ( genkan-depan rumah)

Laluan ke dapur dan living room, kiri dan kanan tu pintu bilik dan toilet.

dapur  dan living room.

balkoni tepi rumah- sebelah bilik tatami dan living room. kalau time summer leh bbq  ni.

bilik tatami, dan laluan ke pintu masuk rumah.

permandangan dari depan balkoni, terus ke tepi laut, boleh dah nampak kapal-kapal besar. Dari sini dah boleh nampak bangunan IKEA Osaka. : )

Nota: gambar-gambar ni semua abang ambil masa survery rumah hari tu, guna camera compact digital Lumix panasonic. : )

 

Comments  

 
0 #60 tuan rumah 2010-08-02 15:03
Quoting isangbelacang:
ala bandar kuantan besar lagi keke...

bandar kuantan mmg besorlagi,hehee heee
Quote
 
 
0 #59 tuan rumah 2010-08-02 15:03
Quoting lina:
wah best nyer

tak dok sini dah, pindah area kat situ jugak hehehee
Quote
 
 
0 #58 isangbelacang 2010-08-01 15:19
ala bandar kuantan besar lagi keke...
Quote
 
 
0 #57 lina 2010-07-02 15:15
wah best nyer
Quote
 
 
0 #56 tuanrumah 2010-04-02 12:36
Quoting kak ham:
ross...godang eee umah...den pun suko umoh godang ni.... :lol:

heheeh puas anak berlari kak, tu yan gpenting, tp klu tgk tak lah besar kak, bilik dia kecik2 jeee
Quote
 
 
0 #55 kak ham 2010-04-02 12:12
ross...godang eee umah...den pun suko umoh godang ni....
Quote
 
 
0 #54 tuanrumah 2010-03-05 10:13
Quoting farahby:
cntik umah ros besar :-)

thanks farah, puas lah anak2 berlari sana sini
Quote
 
 
0 #53 tuanrumah 2010-03-05 10:12
Quoting farahby:
ros cntik rumah besar nijauh dari osaka umh farah dulu ek

tak sure lah farah, dekat ke jauh, tp rumah ni yg bestnya tepi laut kot, n dekat ngan aquarium tu heheee
Quote
 
 
0 #52 tuanrumah 2010-03-05 10:12
Quoting aishah:
ari tu landing kat osaka...tp tak sempat ngan ros...kalu idop leh jumpe kat osaka lak ya...

buleh buleh kak, nnt nak balik bagitau ye, leh jumpe seblem balik tu, jom kita gather dulu nak?
Quote
 
 
0 #51 farahby 2010-03-05 00:16
cntik umah ros besar
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh