
Salam di hari Sabtu, tak lama lagi nak raya dah, mesti ade yang dah balik kampung, ataupun sibuk membeli persiapan hari raya, sebut pasal raya, hari isnin lepas ros dapat kad raya dari Malaysia, tak sangka betul, dah berapa taun tak dapat kad raya, pengirim nye ialah Pn.Iena dari Puchong, terima kak...cantik kad raya tu..ros suke sangat...orang lain dapat berbakul-bakul kad raya, ros ni dapat satu pun dah gembira sangat, makin meriah dan teruja nak sambut raya.
Kedua ros dapar E-card dari Sue yang duduk di Kajang, dan E-card dari Kak JC di Orlando, America, terima kasih buat dua kawan blogger ros ni, ros hargai sangat-sangat.
Sebelum terlupa ingin ros ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin buat semua kenalan, makan lemang, ketupat ingatklah kami di rantauan ni ye....( mood sayu tak dapat balik raya) ...sob sob..

dari Pn. Iena Pena Mata bulat

E-card dari Kak JC

E-card dari Sue Kajang
Nota: E-card Raya dari kami sekeluarga tak siap lagi, tak sempat nak edit, nanti dah siap ros akan tampal kat dinding Jintanmanis.com ni..tunggu...

3 cahaya mataku...1 orang puteri 2 orang putera
Hari ni 22 hari ros berpantang, Alhamdulillah berat badan pun dah kurang 8.5kg, tinggal berberapa kilogram lagi ke berat asal. Berkat sibuk melayan anak-anak yang masih kecil dan ditambah lagi dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis.
Terima kasih pada keluarga serta kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat dan sentiasa menasihatkan ros supaya tidak banyak bergerak, namun apa kan daya, tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ibu perlu ros tunaikan. Berpantang seorang diri kali ni, bagi ros amat mencabar sekali, lagi-lagi di kala musim panas yang suhu nye sangat panas dan kering.
Bila di ingatkan kembali, ros mula buat kerja rumah pada hari ke-7, Wazhif lahir, hari itu, suami ros sudah mula berkerja, sediakan makanan berbuka untuk suami dan makan tengahari serta makan malam untuk anak-anak, menu pun masa tu ala kadar sahaja, sibuk juga menyusukan Wazhif, pada mulanya memang agak sukar mengatur masa, namun hari demi hari, Alhamdulillah sudah biasa dengan keadaan dan rutin yang baru.
Pada minggu kedua, ros sudah mula buat kuih untuk suami berbuka, menu anak-anak pun dah bertambah, mana yang terlarat ros akan buat, dan jika masa tidak mengizinkan ros akan tangguh dulu tugas memasak atau mengemas, kerana ada kalanya Wazhif agak sukar tidur siang, dan jika Wazhif sudah betul-betul lena, ros akan ke dapur seperti lipas kudung memasak dan menyempurkann kerja rumah yang lain sepantas mungkin.
Layanan untuk kakak damia dan anas juga perlu di ambil berat, mereka masih perlu di perhatikan, Bila malam menjelma pula, sibuk untuk mandikan anak-anak serta memberi makan, lipat baju, memeriksa kerja rumah kumon kakak damia dan menyediakan moreh untuk suami. Saat yang paling ros tunggu ialah, meluruskan badan, iaitu masa tidur, Alhamdulillah walaupun penat seharian, melayan anak-anak serta membuat kerja rumah dapat juga berehat, dan penat itu hilang apabila melihat wajah anak-anak tenang di ulik mimpi. Rasanya disebabkan kesibukan inilah berat badan ros banyak turun.
Suami pun ringan tulang menolong ros, memandikan Wazhif serta sentiasa menanyakan keadaan ros dan abang selalu mengingatkan ros supaya jangan angkat benda berat dan berehat sebanyak mungkin jika ade peluang. Abang juga akan membantu ros membuat kerja rumah mane yang sempat sebelum abang pergi kerja atau balik dari kerja, Perhatian dan sikap ambil berat ni lah yang ros senangi dan amat ros hargai. Terima kasih abang.
Berpantang???....bab makan ni, ros tak pantang sangat, ros hanya elakkan makan udang, sotong, air batu dan sayuran sejuk je, seperti timun dan terung, buah dan sayuran yang lain semua ros makan, ikan, ayam, daging, telur serta ros banyakkan makan tofu dan susu soya, bagi membanyakkan susu badan, Alhamdullillah tiada sebarang masalah serta alah yang ros alami, badan pun sentiasa bertenaga.
Set bersalin HPA tu pun dah nak habis dah ros makan dan minum, segala ubat periuk, akar kayu, teh pegaga, pil spirulina semua ros makan, kali ni memang ros ikut betul-betul lah aturcara set bersalin HPA ini, terima kash pada Kak Zureen kerana perkenalkan produk ini, ros amat berpuas hati.
Namun bertungku ros tak amalkan, pakai barut pada badan bayi serta sapukan minyak angin pada perut wazhif pun ros tak buat, ros ikut nasihat doktor dan nurse kat sini, jangan letak apa-apa pada badan bayi kerana kulit nye masih sensitif, semoga Wazhif tidak kembung dan Ummi akan berusaha memberi susu badan pada Wazhif sekerap mungkin, InsyaAllah.
itulah cara ros berpantang di perantauan, tiada yang luar biasa semuanya biasa sahaja, makan makanan berkhasiat, masakan yang kurang minyak, makan sayur dan buah , yogurt dan makanan serta minuman tenusu yang lain. makanan yang berempah dan pedas juga ros elakkan. InsyaAllah badan akan cepat sihat dan berat badan akan cepat kembali ke berat asal.

Kakak Damia dan adik Wazhif

Wazhif masa amik gambar ni Wazhif 15 hari

abang Anas 2 tahun 1 bulan

tembam dah nampak pipi Wazhif ni

Kakak Damia

Kakak Damia 4 tahun 4 bulan
Nota: itulah serba sedikit coretan dan pengalaman ros berpantang sehingga 22 hari ini, namun nasihat dari mak dan kawan-kawan yang lebih berpengalaman tetap ros hargai, ambil beratkan tandanya sayang. : )

pau inti daging ( BM yang uli)
Salam buat semua, ade yang rindu ke ngan ros? hihi dan salam bersiaran kembali, hari ni 10 Ramadhan, maknanya 10 hari jugaklah ros akan mengganti puasa, huhuhu, sedih rasanya tak dapat nak puasa tahun ni, tapi nak buat macam mana kan...nama pun berpantang...hari ni ros rajin sikit nak buat kuih-kuih, pagi-pagi dah siap dah kuih muih tu, sebab takut Wazhif bangun, kalau Wazhif dah bangun memang tak boleh buat keje lain lah.
Menu untuk cik abe berbuka hari ni ialah
1. Ayam Masak Merah + kacang pis
2. Sup Sayur Sawi+carrot
3. Nasi Putih
4. Pau inti Daging
5. Pau Inti Kaya pandan
6. Samosa inti Udang
7. Air Teh Ais
- Samosa tu ros tak goreng lagi, nanti nak berbuka baru goreng, buat banyak-banyak, lepas tu frozenkan, menyenangkan keje untuk esok lusa. Resepi nanti ros letak ya. : )
-Walaupun berpantang, ros masak juga, sebab hubby ros dah mula kerja, cuti dah habis, sebab dah guna cuti tahunan, masa bleeding hari tu 2 minggu dan bersalin seminggu, cuti kt jepun ni tak banyak, tu yang tak boleh nak cuti lagi tu, menu berpantang tetap tidak dilupa, menu bakar, menu panggang dan sup ditambah dengan lada hitam. : )
- Set bersalin ros pun amalkan, segala pill, ubat periuk, ubat sapu perut, semua ros buat, untuk menjaga kesihatan di masa hadapan, cuma bertungku je ros tak buat.

ayam masakmerah+kacang pis

sup sayur sawi+carrot

pau inti kaya pandan

samosa inti udang

kejap lagi nak berbuka baru goreng
Nota: Kadang-kadang ros masak lauk dua tiga jenis, lepas tu frozenkan, sebab masa sekarang ni tak tentu, sibuk je nak layan anak-anak tiga orang tu : ) rasa 24 jam tu tak cukup je.

senyuman untuk auntie-auntie dan uncle-uncle di luar sana : )
Assalammualaikum WBT, buat semua, Omatase Shimashta ( maaf kerana menunggu) , dah 8 hari Whazif lahir, baru nak upload gambar dia, maaf ya, sibuk sikit dengan anak-anak serta nak biasakan diri dengan keadaan, rutin harian dah berubah sikit, nak updates gambar makanan terbaru pun tak sempat.
Di sini ros sertakan beberapa gambar Dhiyauddin Wazhif Bin Yusop, yang lahir pada 5 Aug 2010 tepat pukul 3.48petang, awal 8 hari dari tarikh yang di jangkakan, Hari Khamis tu, pagi ros dah mula rasa contractions lebih kurang pukul 8.00 pagi, kemudian kejut abang dan bagitau, masa ni boleh pegi mandi dan sarapan, siapkan anak-anak, baru ke hospital, Alhamdulillah dipermudahkan semua, setelah 7 jam menahan sakit, Wazhif pun selamat dilahirkan, ros pilih bilik LDR iaitu bilik besar, boleh bawa anak-anak dan di situ jugalah ros melahirkan wazhif, masa saat-saat genting tu, anas tido atas sofa, damia pulak duduk kt kerusi, abang pulak kt sebelah ros, nasib baik kakak damia tak nangis masa ni, Ros duduk hospital 6 hari, memang kebiasaanya kalau di Jepun jika bersalin, kita akan ditahan seminggu di wad, untuk pemeriksaan lanjut keadaan ibu dan bayi.
Selasa 10hb Aug ros dah boleh balik rumah dah, Alhamdulillah, wazhif tak meragam, elok je tido lepas kenyang menyusu, boleh lah ros rehat dan layan anak-anak. Di kesempatan ini juga ros nak ucapkan ribuan terima kasih pada keluarga di Malaysia, adik beradik, sanak saudara serta tidak lupa juga kawan-kawan yang sentiasa mendoakan ros tempoh hari, sokongan dan ucapan tahniah yang ros terima amat ros hargai.
Fakta mengenai Dhiyauddin Wazhif
Lahir : 05 Aug 2010 ( lahir secara normal)
Jantina: Lelaki
minggu di lahirkan : 38 minggu 6 hari
Tinggi/panjang semasa dilahirkan : 48cm
Berat: 3.067kg
maksud nama Dhiyauddin Wazhif - Sinaran Agama yang tekun dan gigih
Bilangan adik beradik- 2 orang
Musfirah Damia Binti Yusop ( kakak)
Dhiyauddin Anas Bin Yusop ( abang)
- Ros sempat juga snap gambar menu yang ros makan sepanjang di Hospital, tapi kalau ikutkan kt malaysia, tengah pantang semua ni tak boleh makan, ros kena habiskan semua maka nan tu, kalau tidak, nurse akan datang tanya, lagipun setiap makanan yang diberikan pada ros jumlah kalori semuanya di ambil kira dan makanan seimbang dan berkhasiat untuk ibu-ibu selepas melahirkan anak. : )
- sekarang ni selalu tersasul panggil wazhif...anas..tu anak baru 3, dah salah panggil, kalau anak dah makin bertambah macam mane pulak kan hehehehehee...

Dhiyauddin Wazhif baru 30 minit dilahirkan

umur satu hari

mandi time, bersama nurse

mandikan Wazhif, tugas baru abang : )

Wazhif baru 3 hari

posing dengan camera iphone ummi

dah siap-siap nak balik rumah...

buat foot spa masa kt hospital, lega rasa kaki ni, tu belum servis urutan yang lain tu hehehehee

menu makan malam

tempura udang, terung dan scallop bakar

ikan tai goreng

buah meron, nenas dan epal

puding telur

menu tengahari somen dan onigiri

menu makan malam, ikan tengiri bakar, terung bakar dan buah peach

menu makan tengahari, tofu, salad dan nasi
Nota: Ros juga belum berkesempatan nak buat blogwalking, insyaAllah kalau ade masa nanti ros akan kunjung balas, maaf ya lama menyepi nanti ni, rindu nak jenguk dapur kawan-kawan semua, tapi apakan daya masa tak mengizinkan, akhir kata salam rindu buat semua, dan terima kasih kerana sudi melawat jintanmanis.com.
|
|