Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 990 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Kek

Mocha Chocolate Cake

Masakan - Kek

Assalammualaikum WBT dan salam sejatera semua, di hari Jumaat yang Mulia ni ros nak kongsikan resepi kek coklat mocha yang sungguh lembut dan sedap, kek coklat ni ros guna acuan tak besar, acuan tu ber ukuran 16cm je, ros hias kek ni dengan whipping cream yang dicampur dengan serbuk koko, biar nampak berseri sikit khas untuk anak-anak, resepi ade kat bawah ni ye. Buat kek ni pun saje je, takde ape pun yang special, tetiba je terasa nak makan, kalau nak gandakan adunan ni pun boleh ye, boleh dapat acuan loyang besar sikit. : )

Mocha Chocolate Cake
sumber resepi: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Bahan-bahanya

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula
1/4 cawan susu segar suam
2 sudu kecil instant coffe yang dicampur dengan 2 sudu besar air panas
1/4 cawan serbuk koko
2 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
* 200ml whpping cream+2 sudu besar gula+ 2 sudu besar serbuk koko*

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye) .

2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila serta bancuhan instant coffee, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.

3. Alaskan acuan bulat ber ukuran 16cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 180darjah selama 40 minit ke 50 minit, sejukkan atas redai, untuk hiasan, pukul whipping cream, gula dan serbuk koko hingga kental. kek dibahagi dua dan sapukan whipping cream di atasnya dan sapukan juga pada keseluruhan kek, hias ikut kreativiti anda, selamat Mencuba.

dalam whipping cream tu juga ros letakan biskut oreo

lembut dan wangi je kek ni sebab ade aroma instant coffe

Nota: setelah kek ni dihias ros simpan di dalam peti ais, baru sedap dimakan, biar sejuk sikit whipping cream tu,. Abaikan je, kek ros yang comot ni ye, sebab ros memang tak pandai hias kek, main sapu je cream tu hihihi.

 

Fluffy Chocolate Banana Muffin

Masakan - Kek

Hari sabtu lepas ros buat muffin pisang coklat , ni percubaan pertama buat, alhamdulillah hasilnye sangat memuaskan, muffin yang sedap, cholatey, harum dan gebu, suke sangat, sebab eksperimen berjaya, yang paling banyak makan anas, sempat juga ros bawak muffin ni ke rumah Kak Ayu, sebagai buah tangan, ros memang syorkan resepi ni, pada sape-sape penggemar pisang dan coklat, tak rugi mencuba, resepi ade kat bawah ni ye : )

Fluffy Chocolate Banana Muffin
sumber resepi: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Bahan-bahanya

200gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
80gram mentega
80gram gula
50ml susu segar
70gram pisang yang dilecek+secubit garam
40gram serbuk koko
2 biji telur
beberapa titik esen vanila

*sedikit badam cincang sebagai topping*
* papercup secukupnye*

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye) .

2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula pisang, esen vanila, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.

3. Sudukan adunan di dalam acuan muffin , pastikan adunan di isi 3/4 acuan untuk mendapatkan muffin yang naik mengunung, akhir sekali taburkan dengan badam cincang, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit ke 22 minit, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

yang ni ros tak toppingkan dgn badam cincang, biarkan plain je

muffin yang teksturnya sungguh gebu

sedap dan rangup je bila kunyah badam cincang tu

Nota: Kalau boleh mentega tu jangan tukar pada minyak masak atau pun marjerin ya, sebabnya butter ni lah yang membuatkan muffin lembut dan gebus, aroma nye pun wangi.

 

Tiramisu Swiss Roll Cake

Masakan - Kek

Nak buat tiramisu ni dah lama dah, cumanya kalau di ikutkan resepi asal atau cara-cara buat tiramisu yang sebenar kena ade biskut tiramisu dan guna mascarpone cheese, tapi susah benar ros nak cari dua bahan ni, tak jumpe-jumpe, lepas tu teringat pulak yang Kak Ummi Kuantan pernah buat guna swiss rolls cake, resepi asal dari Chef Hanieliza yang Femes tu, resepi ros copy dari Blog Kak Ummi je...pada Kak Ummi dan Kak Lieza terima kasih ya atas resepi yang sedap ni, ros buat suku adunan je, dapatlah tiga bekas kecik....jadilah buat rasa . : )

TIRAMISU - Versi 2
Resepi oleh Chef Hanieliza

Bahan:-
1 gulung kek swiss roll kopi ( ros guna 1/2 kek swiss roll perasa coklat)
250 gm keju cream philidephia ( ros guna 100gram)
150 ml yogurt asli ( ros ganti dengan whipping cream)
1/2 cawan gula ( ros guna 2 sudu besar gula)
1 biji lemon [ambil jusnya] - (kalau xnak masam sgt, ambil separuh jus jek) - ros x letak.
serbuk nescafe ( ros ganti dengan serbuk koko)

Larutan Agar-agar:-

1/4 cawan air ( ros ganti dengan 2 sudu besar air panas)
1 sudu kecil serbuk agar-agar ( ros ganti dengan 1 sudu besar gelatin)


Cara
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan rata.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan

dapatlah tiga bekas kecik ni

taburkan dengan serbuk koko

tekstur dalamnye yang sugguh moist dan creamy

Nota: ros basahkan swiss rolls tu dengan sedikit air gula, hasilnya  bahagian swiss rolls tu lagi lembut dan sedap apabila dimakan. : )

 

Marble Cheese Brownies

Masakan - Kek

Sebenarnya resepi mable cheese brownies ni dah lama masuk list, tak buat-buat jugak, ntah angin ape datang semalam, terajin pulak nak buat, ros dapat resepi ni dari fotopagess Kak Rinn Chan Apron of Love, kat fotopages Kak Rin chan ni siap ade cara-cara bergambar lagi, membuatkan ros mudah memahami resepi dan stepnya, kata Kak Rinchan, resepi asal nye dari fotopages Jasmeen Nadiya...terima kasih tak terhingga pada Kak Jasmeen dan Kak Rinchan atas resepi yang maveles dan sedap ni, mesti ade siaran ulangan nanti  ni, yang penting semua suke....: ) Pada Kak Rinchan izinkan ros copy dan kongsikan di jintanmanis.com ya.

MARBLE CHEESE BROWNIES  - copy dari Fotopages Kak Rinn Cyan

Bahan-bahan Brownies :
250g butter ( ros guna hanya 150gram butter)
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B ( ros guna 2 biji telur)
1 1/2 cwn gula castor ( ros guna 1 cawan gula)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor ( ros guna 3/4 cawan gula sahaja)
1 biji telur gred B

( ros tambahkan 50ml whipping crema ( nama cream) dalam adunan lapisan cheese tu.
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

lapisan cheese sebelum dibakar, tengoklah lorek yang ros buat tu, tak comel lansung..hehehee

kombinasi coklat dan cheese memang tersangat lah sesuainya...: )

siap dipotong dan sedia untuk dihidangkan.


 

Kek Pisang Marble

Masakan - Kek

Jom makan kek pisang jom, baru je masak ni, panas lagi...hari ni terajin pulak nak membaking, tengok pisang pun ade yang dah ranum sangat, ape lagi terus buat kek pisang, ros saje je marble kan kek pisang ni, kasi beseri sikit, bila dah potong tu memang nampak up sikit rupanya, kakak damia dan anas pun suke makan, sebab ade rasa coklat sikit dalam kek pisang ni, ros tambahkan 1/2 cawan susu segar supaya kek pisang ni tidak terlalu kering, bila makan tu  moist je, resepi ade kat bawah ni ye.

Kek Pisang Marble Susu ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

2 cawan tepung gandum

1 cawan gula

1/2 cawan minyak masak

1/2 cawan susu segar

4 biji pisang yang ranum

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

secubit garam

sedikit esen vanila

3 biji telur

sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu, bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai , Selamat Mencuba.

kek pisang marle sebelum proses pembakaran

kek pisang yang dimarble kan, baru beseri-seri rupanya

Nota: kek pisang marble ni lembut dan gebu je, kalau ade pisang yang dah ranum kt dapur tu, boleh cuba resepi ni ye. : )

 
More Articles...
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini6198
mod_vvisit_counterSemalam8823
mod_vvisit_counterMinggu ini51476
mod_vvisit_counterMinggu lepas62708
mod_vvisit_counterBulan ini219315
mod_vvisit_counterBulan lepas228503
mod_vvisit_counterJumlah8836727
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..