Masakan - Kek

Share

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, semalam hari jadi cik abang ros, jadinya memang dah decide dah nak buat cheese cake kegemaran dia, ros cuba campurkan bahan-bahan yang ade di dapur tu, Alhamdulillah jadi, kombinasi tepung jagung, tepung gandum dan susu tepung sangat lah memuaskan kerana menghasilkan kek yang creamy dan milky, agak lain sikit dari resepi baked yogurt cheese cake sebelum ni, cukup bahan cukup rajin buleh cuba resepi ros ni ye...pasti menyelerakan.: )

Fluffy Baked Yogurt Cheese Cake
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

ros guna acuan springfoam 18cm

Bahan A
100gram cream cheese
30gram mentega atau marjerin
20gram gula
3 biji kuning telur
2 sudu besar plain yogur@natural yogurt

 

Bahan B
40gram tepung jagung
20gram tepung gandum
20gram susu tepung@skim milk

Bahan untuk meringue
3 biji putih telur
40 gram gula

1 penutup esen vanila

topping
coklat cair atau sos coklat Hesley yang dalam botol tu.


Cara-cara

1. Bakar guna kaedah water bath, letakkan air pada dulang pembakar dan panaskan pada suhu 160 darjah.

2. Bahan A : Mula putar cream cheese bersama gula dan mentega hingga lembut,masukkan pula kuning telur dan pukul hingga agak kembang, selepas itu masukkan plain yogurt dan sebatikan dalam adunan.

3. Satukan semua bahan B dan kacau menggunakan sudu, pastikan sebati. masukkan adunan tepung ke dalam Bahan A dan kacau sebati, ketepikan.

2. Buat meringue- pukul putih telur hingga berbuih, baru masukkan gula, pukul hingga betul-betul kental dan menjadi meringue, cara nak tau putih telur tu dah betul2 kembang, bila kita terbalikkan bekas adunan, putih telur tu elok je terletak dan tidak jatuh.

3. Bahagi adunan meringue pada 3 atau 4 bahagian dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik, jangan terlalu lama mengacau meringue, takut overmix, pastikan meringue betul-betul sebati dalam adunan kek dan jangan gunakan mixer, gunakan senduk kayu atau spatula. Akhir sekali masukkan esen vanila dan sebatikan dalam adunan.

4. Alas dasar springform dengan baking sheet dan sapukan marjerin di keliling acuan, curahkan adunan , ambil coklat cair dan paipkan di atas  permukaan kek dan lorekkan menggunakan lidi mengikut kreativiti masing-masing. balut sedikit bawah acuan kek spring foam hingga separuh ketinggan acuan  dengan alumunium foil supaya air tidak termasuk dalam acuan.

- lorekkan coklat tu kalau boleh guna cooking coklat yang dicairkan supaya nampak jelas bila siap dibakar nanti, ros guna sos coklat je, sebab nak cepat, jadinya bila bakar tu lorekkan nye tak nampak sgt, dan sos coklat tu mendap ke dasar kek...hihihi : ) tapi tak ganggu tekstur kek tu, kerana rasanye tetap gebu dan lembut.

5. Bakar selama 40 ke 45 minit atau sehingga permukaan kek menjadi perang, sejukkan atas redai, setelah sejuk baru masukkan ke dalam peti ais selama 2 hingga 4 jam baru dipotong,  hidangkan sejuk baru sedap dimakan, selamat mencuba.

Nota Tambahan: Ros gunakan acuan yang agak besar iaitu acuan 18cm, jadinya dapat separuh acuan je, dan tak berapa tinggi, jika anda menggunakan acuan lebih besar iaitu 20cm atau lebih sila gandakan adunan ye supaya naik cantik bila siap dibakar nanti.

kek yang telah disejukkan baru dipotong

lorekkan dari sos coklat yang tak nampak sangat : )

gebu dan lembut teksturnya

Nota: Topping nye tu kalau tak nak guna sos coklat pun boleh, biar plain je, dan bila dah sejuk buleh taburkan sugar powder atasnya ataupun sapuan blueberry atau strawberry, selamat mencuba.

Share

 

Add comment


Security code
Refresh