Masakan - Kek

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, list nak updated blog dengan 3 resepi tak tercapai lagi ni, hari ni baru masuk resepi ke dua iaitu pavlova, ni pun dah berkurun masuk list , baru weekends lepas ros ade kesempatan nak buat, bukannye ape, tengok bahan kuantiti gula nye tu buleh pengsan, sebab sure manis pavlova ni, jadinya ros kurangkan separuh kuantiti gula tu, itupun rasa manisnya lagi, lenkali leh kurangkan sikit lagi, bukanye ape, anak ros, Anas tak boleh makan manis sangat, so kena jaga diet nye tu, kalau ros buat kek pun ros tak bagi dia makan sangat, bagi dia merasa je, takut effect nye nanti, Anas tak buleh duduk diam.....ros cari resepi pavlova ni dekat myresipi.com, tertarik dengan satu resepi dari Nurrulagi...bila dah buat dan lepas di hias dengan whipping cream dan segala jenis buah yang warna warni tu, makin nampak berseri pavlova ni, rasa pun selembut kapas....melting in mouth lah senang kira....resepi boleh rujuk di bawah ni ye, pada Nurul, terima kasih atas perkongsian resepi ni ye, izinkan ros kongsikan di jmc pula.

Pavlova
Sumber Resepi Asal: Nurrulagi@myresipi.com

4 biji telur ( ambil putih sahaja)
1 cup gula kastor ( ros letak 1/2 cawan sahaja)
1/2 teaspoon vanilla @ penutup kecil vanilla pun boleh
2 sudu besar tepung jagung
1 teaspoon cream of tartar @ cuka @ lemon juice (tengok apa yang ada dirumah.salah satu boleh guna)
buah-buahan ikut citarasa anda cth strawberry@ kiwi @ sunskist,,jenis yg masam sebab nak serasi manis telur.kalau buah pun manis,nnt manis sgt rasa.

UNTUK TOPPING ;-
1 CUP WHIPPING CREAM (boleh didapati di pasaraya)
1 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 teaspoon vanilla
boleh juga guna buttercream.cuma tambah 1 cup butter gn 1 cup shortening dan gula aising,,putar sampi ringan.

Cara-cara

1.pukul putih telur sampai kembang. jangan lupa masukkan la sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis.pukul sebati.

2.putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh.

3kemudian ayakkan tepung jagung ke dalam nya.dan jangan lupa esen vanilla dan cream of tartar.kacau dengan cara balik kuap.

4.masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak.ratakan...bentukkan sesuka hati ikut citarasa andA.

5.bakar 150 celcius selama sejam. bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. jika retak sedikit tidak mengapa.kemudian keluarkan dari oven

6.untuk topping,masukkan semua bahan dan putar hingga kental.

7.guna sudu ratakan atas pavlova.bolehlah susun buah diatasnya.

8.sedia untuk dimakan. boleh masukkan dalam peti ais kemudian baru makan pun ok...ikut tekak anda... selamat mencuba...

Sedikit Tips dari ros @ jintanmanis.com 

Hari tu ros rasa , ros punye pavlova agak leper dan tidak tinggi sangat sebab ros buat bulatan besar atas dulang pembakar tu, kalau kawan-kawan nak cuba, jangan buat besar sangat pavlova ni, kiranya pandai-pandailah agak ye, sebab kalau kecik sikit saiznya nampa tinggi dan cantik bila siap di bakar nanti.

Lagi satu kalau sesape gula serbuk cream of tatar tu make sure ayak dulu dengan tepung jagung, supaya dua- dua bahan ni sebati, lepas tu baru di campur dalam meringue tu. btw ros sarankan guna cuka atau jus lemon je, sebab cecair senang nak di sebatikan dlm adunan meringue tu.

pavlova yagn siap dihias dengan buah-buahan dan whipping cream

Nota: Sila hias pavlova ni mengikut selera masing-masing ya, nak letak serbuk coklat pun boleh jadilah chocholate pavlova, dessert yang mudah dibuat dan sedap dimakan sejuk-sejuk.

 

Share

 

Comments  

 
+1 #2 zarina 2013-01-16 10:43
salam sis...sy dah buar pavlova ni dah dua kali..kali pertama buat sy bakar dng suhu 120c..dah sejuk semua cantik cuma dalam masih basah. kali kedua buat saya bakar dng suhu 140c..sama jugak semua cantik..dalam still basah. saya x tau kat mana silapnya. saya guna api atas dan bawah...:(
Quote
 
 
0 #1 sue 2012-10-11 13:23
Asslmkum Ros.
Fuhh!..Mengguda lagi tau..Walau benda dah habis..hehehehe.. Terasa2 ditekak ni...Hee
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh