Gadget dari Jepun
Resepi JintanManis.Com di Jelita December 2011
| Informasi dan rujukan - Informasi dan rujukan |
| Share |

cover Jelita bulan ni Siti Saleha
Alhamdulillah dengan IzinNya dan berkat sokongan yang tak berbelah bahagi oleh semua rakan-rakan, blog Bukan Sekadar Masakan aka JintanManis.Com buat kali ketiganya berjaya mengukir nama di media cetak. Majalah JELITA keluaran Disember 2011 telah menerbitkan 9 resepi hasil kerja tangan Ros, Terima kasih tak terhingga Ros ucapkan pada Penyelaras bahagian Sajian di dalam Majalah Jelita ini iaitu Cik Anis, semoga kita boleh berkerja sama lagi di masa akan datang.
Ros hanya berkomunikasi dengan editor Anis ini melalui email sahaja, dan tidak bertentangan mata, jadinya banyak langkah-langkah yang perlu diambil dan semua proses ini memakan masa, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, namun di saat akhir berlaku kesilapan gambar kuih cara manis dan apam coklat urai, kesilapan di bahagian printing katanya, Ros redho dan di bawah ini juga ros sertakan gambar kuih cara manis yang sepatutnya di letakkan.
Di kesempatan ini juga ros ingin ucapkan ribuan terima kasih pada Kak Ummi Kuantan yang terlebih dahulu membuat entry dan membuat hebahan mengenai majalah Jelita ini, serta tidak dilupakan kawan-kawan di FB Rosmarlina dan juga ahli FanPage Bukan Sekadar Masakan di FB yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah pada Ros, terharu rasanya. Sayang Semua.
Bagi menandakan sokongan semua pada ros, Ros harap pelawat semua dapatkan majalah ini dengan segera dan Ros dahului dengan Ucapan Jutaan Terima Kasih.
Ros anggap kejayaan BSM ini juga sebagai Hadiah Harijadi Ros yang akan tiba dalam bulan Disember ini , Bersyukur dengan Nikmat yang diberikan.

terselit juga muka ros tu, agak berisi kan..: )

antara resepi yang diterbitkan

sesuai untuk dihidangkan pada keluarga tersayang

di bawah ni lah gambar yang salah diterbitkan

gambar kuih cara x de, ter.....lapping...gambar sebenar adalah seperti di bawah.

Kuih Cara Manis ku....
Nota: entry dahulu mengenai JintanManis.com di Media Cetak, Majalah Mingguan Wanita dan dalam Novel Resipi Hati.
| Share |





















Comments
tak sangka...
air tangan alang masuk kat majalah
nak cari arr majalah jelita tu
btw
congrate alang
recipe2 ros, sekali lagi masuk majalah ya..tumpang gembira & bangga ..semuga usah2 Ros diiktirafkan seterusnya..
RSS feed for comments to this post.