Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Home >> Jalan-jalan

Jalan-jalan

Musim Panas di Osaka 2010

Blog - Jalan-jalan

Fuurin Green Clover

Sedar tak sedar dah masuk bulan 8 dah ni, lagi 12 hari due date, berdebar gak ni, sekarang pun dah 38weeks++, walaupun dah sarat tapi hati masih lagi nak pergi matsuri atau pun tengok hanabi ( bunga api), 31 Julai yang lepas, sabtu, lepas je solat maghrib, kebetulan dekat area rumah kami ni ade pesta hanabi, tapi bukan yang besar lah, kecil-kecilan je, di anjurkan oleh peniaga-peniaga kecil kawasan Tenpozan.

Jalan kaki pun tak sampai 10 minit, tu yang gagahkan pegi jugak tu, event dari pukul 7.00 malam sampai pukul 8.30 malam, masuk free je, cuma kalau nak main hanabi kena beli, ade yang 100 yen ade yang 200yen, seronok je kami main hanabi, rasa macam nak raya pulak, Kakak Damia seperti biasa dia memang takut  nak pegang hanabi, anas je excited, ummi dan babah pun join sekali,...penat dah main satu bungkus hanabi tu, kami tunggu acara penutup, tepat pukul 8.30malam tu pelabagai bunga api di bakar, seronok jugak, sebab dekat depan mata, paling cantik bunga api ala-ala air terjun tu, ummi pun tak lepas peluang amik gambar...jadilah buat kenangan natsu ( summer) 2010, walaupun hanabi nye tak sebesar mane, Alhamdulillah dapat gak merasa sebelum bersalin nanti. : )

ni namanya fuurin ( berbunyi jika ditiup angin, ting ting...)

permandangan senja di kala musim panas

sunset dari balkoni rumah tingkat 9

langsir dan slinding door pun nak enterprem...hihihi

poster event

tu aa sibuk je makyong tengah sarat main bunga api....: )

bunga api ala-ala air terjun

meriah bunyi hanabi ni

cantik, leka kejap tgk hanabi

tembak jgn tak tembak

babah dengan anas

Nota: Malam tu boleh tahan jugak panasnya, berpeluh-peluh kami semua, tapi dalam hati seronok sebab berkesempatan juga bermain bunga api musim panas tahun ni. tahun depan berlima pulak, isnyaAllah. : )

 

Kari Jepun Jus Apple

Blog - Jalan-jalan

Kali ni ros buat kalainan sikit pada kari rice yang selalu ros masak, ros tambah 1/2 cawan juice apple, sedap jugak, tambah sedap kuah kari tu, dapat infor letak juice apple ni dari rancangan tv jepun, katanya akan membuatkan kuah kari lagi sedap dan manis, ape lagi ros cubalah, resepi same je macam kari rice yang pernah ros letak dulu, cuma penambahan jus epal je...resepi boleh rujuk kt bawah ni ye.

Bahan-bahanya
250gm daging- dipotong kecil ( nak hiris nipis-nipis pun buleh)
1/2 biji bawang besar- dihiris nipis
1 batang carrot- dipotong kecil
2 biji kentang- dipotong kecil
Beberapa potong labu ( tak nak letak pun takpe)
2 1/2 cawan air
1 susu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
garam
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar serbuk kari S&B
1/2 cawan juice apple (100%)

cara-caranya:

1.panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.Tumis bawang besar dengan api kecil sehingga perang. Kemudian masukkan serbuk kari S&B. Kacau sebati.

2. Selepas itu masukkan daging dan kacau sebentar, kemudian masukkan air dan jus apple, masak sehingga daging empuk, setelah daging betul-betul empuk, masukkan carrot dahulu, biarkan beberapa minit baru masukkan kentang dan labu. masak sehingga kuah pekat dan sayur menjadi empuk.

3. Sesuaikan rasa, masukkan gula, garam dan sos tiram.

4.  Setelah kuah agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih jepun. Cara hidangan, letakkan nasi separuh pinggan kemudian curahkan kari tadi bersebelahan nasi, ni cara orang jepun hidangkan kari rice. letak dalam bowl kecil pun boleh.Selamat Mencuba.

suke letak yukari atas nasi tu, sedap..

tofu lembut yang dimakan bersama soyu dan hirisan daun bawang jepun

salad tuna berjagung pun ade, pelengkap menu

Nota:masa nak empukkan daging tu ros gunakan pressure cooker, biar cepat empuk, dan bila masukkan sayur-sayur tu ros tak tutup dah periuk tu, biarkan sayur tu masak seperti biasa.

 

Makan di Fishermans Market Kobe

Blog - Jalan-jalan

Hari rabu lepas 9 jun 2010, kebetulan abang cuti sehari, dari pagi memang dah sibuk uruskan visa di imgaration, cuma nak transfer  visa ke passport baru ros je, lepas tu, ke pejabat pos dan wardoffice untuk inform dah tukar alamat, lepas selesai tu semua kami decided nak menjamu selera di Fisherman Market Kobe

Nilah first time kami ke sini, dah lama plan nak datang sini sebenarnya, Alhamdulillah ade masa ade rezeki dapat kami merasa dan menikmati makanan di sana, harga pun boleh tahan, tak mahal sangat jika nak dibandingkan dengan pelbagai makanan yang dihidangkakn.

Rambang mata nak pilih, semua nye klu boleh nak rasa hahahaha, tapi ade gak yang takleh makan, sbb campur daging or ayam, kebetulan ade seorang pekerja tu dari indonesia namanya yusuf, dia tegur ros dan bgtau mane yang boleh dan mane tak boleh makan. Dua tiga kali round gak lah ros amik ketam besar tu, makan sampai kenyang, tu belum spaghetti, sushi, pizza, pelbagai jenis nasi, buah-buahan, aiskrim dan pilihan minuman. Lain kali boleh pegi sini lagi, sedap pun sedap.

Harga yang dikenakan untuk lunch buffet ialah

Seorang dewasa - 1,782 yen , kanak-kanak 4 hingga 6 tahun 522 yen bawah 3 tahun free.

di bawah ni ade beberapa gambar yang sempat ros snap, niat di hati nak ambil semua gambar makanan yang dihidangkan tapi agak segan nak bawa camera, ni pun guna camera compat digital lumix je...: )

   tu ade tertera harga yang dikenakan, boleh tahan lah...

first round kongsi-kongsi ni

second round, kongsi dengan kakak damia

third round makan yang sushi telur tu je, yang salmon tu abang makan

dessert - kek, kastera cake ball disalut coklat, buah-buahan dan aiskrim

ni lah spider crab tu, manis sangat, sedap ...

last minum setengah cawan cafe latte..

Nota: Boleh dikatan 95peratus hidangan yang disediakan berasaskan makanan laut, so takde masalah nak pilih, dan paling best tiada had masa, eat as you can...: )

 

Osaka Tennoji Zoo

Blog - Jalan-jalan

main entrance Tennoji Zoo

Hari Khamis lepas 27hb May kami satu family pergi jalan-jalan ke Osaka Tennoji Zoo, bila tanya kakak damia nak tengok ape, terus dia kata nak tengok Lionn....jarak perjalanan pun tak berapa jauh dari rumah dalam 17km je, tapi amik masa nak 40 minit juga sebab banyak traffic light dan ade kesesakan lalu lintas sikit kt tengah bandar tu.

Sampai dalam pukul 12tengahari, dapat diskaun tiket sebab zoo ni buat promotion, selalunya harga tiket 500yen, tapi hari tu diberi 30% diskaun jadinya kena bayar 350yen je sorang, damia dan anas masuk free.

Bila dah masuk tu, penat berjalan, luas gak zoo ni, penuh dengan rambongan kanak-kanak kindergarden je, al-maklumlah hari biasa, ummi pun sibuk lah amik gambar gelagat anak-anak dan binatang yang ade depan mata, tak lama pun kami kt sana dalam 1 jam setengah je, cuaca agak sejuk hari tu,lunch kt sane, makan takoyaki dengan udon tempura , on the way balik tu, kakak damia dan anas tido dalam kereta kepenatan.

Di bawah ni ade beberapa gambar yang sempat ros ambil, buat tatapan semua : ) sesekali gi zoo pun seronok, anak-anak pun happy.

replika kaba ( badak air)

tu yang hommono ( real) tengah berendam

replika anak gajah

gajah dari Thailand...Sawadikap...hihihi

penguin pun ade

damia panggil unta ni Atok Camel hihihihi : )

Anas tengah leka tengok Tiger...

abah, Damia dan Polar Bear

Flamingo....cantik kann..

Anas dah kepenatan,letak dalam stroller pun dok elok je..

Nota: Balik je dari zoo ni malam tu Anas mula demam, sebab cuaca kat Jepun sekarang ni, kejap panas, kejap sejuk...sampai sekarang Anas tak berapa sihat lagi..odaijini ya Anas kun, kena rajin makan ubat ya.

 

Perjalanan Ke Tokyo 24-25 May 2010

Blog - Jalan-jalan

Isnin Lepas memang dari pagi sibuk ke sana ke mari, mula-mula pagi ada appointment di hospital untuk checkup pregnant, petang pula pukul 3 hantar kakak damia ke KUMON, dan lepas je Kakak Damia habis kelas tu, terus ke Osaka Station untuk naik shinkansen( bullet) ke Tokyo.

Jarak perjalanan: 550KM

Menaiki: Bullet train ( Nozomi Ekpress)

Masa yang diperlukan: 2 1/2 Jam

Harga tiket: 27000yen - pergi balik  ( lebih kurang RM891)

Pengiring setia: Kakak Damia

Destinasi : Shin Osaka-Kyoto-Nagoya-Shin Yokohama-Tokyo (Shinagawa)- Shibuya

Tujuan ke Tokyo adalah ingin mengambil passport yang telah siap di perbaharui, di luar negara seperti Jepun, jika renew passport tidak boleh siap hari yang sama, kena tunggu tiga bulan baru boleh ambil, maknanya kita kena alert lah bila tarikh expired , boleh renew 6 bulan awal dari tarikh sah laku.

Alhamdulillah semua perjalanan berjalan dengan lancar, bermalam di rumah Kak Aini, terima kasih atas layanan mesra, makan minum dan tempat tinggal yang disediakan, sempat lagi berjumpe Kak Ila dan juga Adam kun, terima kasih kak Ila hantar ros ke Shibuya eki, seterusnya pula ke Embassy Malaysia dan akhir sekali ke Tokyo Station untuk bertemu kawan-kawan, pada Kak Hani, Kak Umie , Kak ina dan Yusuf Kun, terima kasih tak terhingga juga kerana sudi berjumpe dengan ros, seronok rasanya dapat lunch bersama,  bergurau senda dan gelak ketawa, kejap je masa berlalu, tepat pukul 12:45tengahari 25hb May kami pun bertolak pulang ke Osaka dan selamat sampai rumah pada pulul 4.15petang, penat jugak bila berjalan tengah sarat ni, tapi seronok dan lega kerana passport sudah berada di tangan. Rindu pula pada dua jejaka pujaan yang ros tinggalkan semalam, Abang dan Anas, senyum je bila Ummi dan balik : )

Di bawah ni ade beberapa gambar yang sempat ros ambil, tak bawak senapang Olympus tu, guna digital camera compact aja. : )

tiket bullet train

dapat naik shinkansen baru N700 ( lebih luas, laju dan selesa)

bersama anak-anak kak aini, Nabila, Farah dan Naim

rumah kakitangan kerajaan kedutaan Malaysia di Tokyo

lunch soba di Tokyo station

damia boring dalam bullet train, bagi dia main games jab

ummi dengar surah yasen

Alhamdulillah, selamat sampai Osaka ke-esokkan harinya, tepat pukul 15.09petang

Nota: Pada Kak Aini dan Kak Hani terima kasih atas buah tangan dah hadiah yang diberikan seronok sangat dapat dua hadiah ni, ade rezeki lain kali kita gathering lagi ya.

 
More Articles...
Search
Galeri Olympusku
Jumlah Pelawat dr 1 Jan
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini2159
mod_vvisit_counterSemalam3513
mod_vvisit_counterMinggu ini12491
mod_vvisit_counterMinggu lepas22098
mod_vvisit_counterBulan ini28033
mod_vvisit_counterBulan lepas87939
mod_vvisit_counterJumlah375500
Jom Sembang
Latest Message: 9 hours, 10 minutes ago
  • mimiey : nnt singgah umah eh amek kad raya...
  • mimiey : slmt hari raya kak ros..
  • Leen : salam ros...lamanya tak jengah sini...bizi cikit..hee...nanti dtg umah amik kad yaa...selamat hari raya,maaf zahir batin...
  • fifi : "set syria pin dgn tawaran hebat pos selepas raya tau.."
  • Ika : Salam adik manis yg kakak sayangi di sana, selamat menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta d sana semoga berbahgia di hari yg mulia ini, halalkan segalanyer apa2 ajerrr yg dtgnyer dr ross untuk akak atau akak resepi2 semua, maaf zahir batin dr akak di sini juga, take care! mkn2 byk2 tau! :D
  • syiera : Salam Ros, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga sihat2 dan ceria selalu. Tahun ni saya nak buat Yong Tau Fu guna resepi Ros pd hari raya pertama. Mintak Halal ya. memang sebijik yg beli. Terima kasih banyak2.
  • k.yatie : Salam Ros, Selamat Menyambut Hari Lebaran di perantauan...moga ceria selalu dan sabar selalu..alhamdulillah thn ni akak dpt beraya di Msia bersama keluarga tersayang...mohon maaf zahir dan batin.
  • yatiali : Selamat Hari Raya Ros...
  • Kak Rose : Selamat hari raya maaf zahir batin buat ros sekeluarga... dari ber2 hingga ber5, bila boleh balik mesia? ke menetap terus disana? ppa pun take care!
  • nani : SALAM ROS.... SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR dan BATIN.. :)
  • hana : salam ros.... keitai dah ok! nnti bila2 pree akak kol er.. skang tgh emosi sket! wakakakakaa.. ngada2 sebenonyer.. kekekekeke
  • nur : Salam Ros,sihat ke? Knur sibuk hingga lambat nak reply..sowi ya..hehe..ini skrg baru nak mengukis...Selamat Hari Raya pada Ros yg jauh..knur pohon ampun dan maaf jika ada kesalahan atau kesilapan yg pernah knur lakukan,terkasar bahasa harap dimaafkan ya.Salam syg juga dari Knur yg jauh. Take care.
  • Norasikin : Selamat Hari Raya
  • menn : kak ros..take care n selamat hari raya!!
  • sweetsal : dtg jenguk dr jauh, jgn sedih2 ye ros..slmt hari raya, maaf zahir batin..
  • deetha : salam Ros, apa kabar? aku datang bawakan soto sulung ni... :D oh ya, nanti tunggu card dariku ya, mungkin agak lambat sampai ke jepon. traffic pos hari raya ni kan full. hehe tak apa ya?.. :D
  • ~azatie~ : salam ros...dok ada baby masih rajen buat kukis yer..baby ngah baek yer..ngee
  • maz : salam ros..kmaz mai nk ucp slmat hri rya buat ros sklrga..maap zhir dan btin ye..esk kmaz dah mula brcti..nk blik kpung..hb akak pun dh slmat smpai pgio tdi..smga jmpa lgi ye ros..take care...lebiuuuu..
  • ummi : Salam Ros, apa khabar? Buat jugak ke kukis, or tempah jek...take care, muaaahhh!
  • hana : salam ros.. sama pulak puding kite..tp akak gune air soya... mls btol nk update msk2 lately nih... huhuuu
  • Chik mimi : salam ros panas2 ni nmpk puding ros tu cedappppnya
  • Hazila : Salam ros, dah buat kukis raya?
  • nani : salam ros... :) camne skrg? sihat? dapppp nye puding peach ni.. akak amik sket... nak rasa.. hehehe...
  • JC : Salam dear..banyak mengukis thn ni..jemput ambik kad raya kt rumah akak ia..selamat hari raya buat Ros sekelurga & maaf zahir batin
  • kzai : salam ros..ape kabar..semoa sihat bersama baby yg comel tu ye..dh abis pantang ke..byk ros masak2 ni..xleh dok diam kan..kalau nk mkn mcm2 kt perantauan..ciannye..
  • maz : salam ros..dah tdor ke tu..baby buat apa..rjin btul ros ni msk2..memang kmaz tabik spring la..nsi dgang pun ada..mrtbak pun ada..kmaz dah 2 mngu main bli je ros..hehe..
  • Nor : Ros, juast nak ucap terima kasih sebab ur blog and ur hard work memberikan saya dorongan untuk saya memasak untuk keluarga. Sangat puas hati dapat memasak sendiri untuk keluarga..:)
  • sweetsal : singgah tgk nasi dagang..nampak sedap..raya tak balik mesia ker?
  • hana : salam ros.. dtg bwk samosa inti tuna nih.. jemput la makan.. ko kan tk pose.. kekeke.. ala nasik tuh kompom dah abes. kuah ikan ader lg tak?? akak suker kuah ikan tuh!
  • fiza : sedap nyaa..
  • Ika : Salam ross.. ikan aya tak de lah eehhe... lama tak makan nasi dagang, ala2 nasi lemak tp lg sedap dagang nak buatnyer tu yg malas sikit kena kukus bagai :D
  • JC : Salam..akak pernah mkn seklai jer nasi dagang...nanti bole le cuba wat ikut resipi ni..tapi ikan bole guna ikan lain kan sebab akak tk mkn tongkol/tuna semua tu..take care
  • yantisa : salam ros, saya sekrang kalau ada masa lapang, mesti akan sentiasa ke jintanmanis.com untuk mengikuti perkembanga baru ros & masakan. Sebenarnya kagum, dlm pantang boleh lagi masak macam2, org yang tak pantang pun belum tentu dpat buat apa yg ros buat. Jaga diri & teruskan update jintanmanis.com ye
  • LOVELY KITCH : Salam ros...tq for the wishes...waaa dpt juga tgk bb wazhif dgn anas dan damia...nasi dagang fav tu..sedapnya!!
  • deetha : salam Ros, sehat? lama aku tak singgah sini & update blogku nih, sedang malas mengetik resep.. hehe sudah akhir2 ramadhan ni sibuk @ masjid aja, kerja dah malas, maunya cuti..hahahha
  • sue : Salam ros..hari ni sihat?..Sempat lg buat murtabak ya..Akak ni beli ja tau..ekekkeke..Ros! ada kad utk ros tanda ingatan & persahabatan..
  • fmina08 : ros..akk dah wat dah..tinggal tunggu nk ngap jek..hahahaha...
  • fmina08 : ros..inti tu xyah masak dulu ye? just grg je lam kulit popiah?
  • Kakintan : salam Ros...kakintan mmg tak buat kuih just order dgn kawan2...insyaallah selalu ingat Ros..he..he..
  • Chik mimi : salam ros wah good idea guna tuna,boleh try nnti,ros sihat ke?
  • Ika : Salam ross, akak sejak tahu murtabak ni boleh guna kulit popiah sampai skrg jugak tak pernah nak cuba hihihi.. pdhal senang tp nmpk sgt akak ni pemalas :D
  • fiza : tepung pelita dia lawa
  • inahar ali : salam rindu ross..dh abih pantang ke?? hrp ros & baby sihat sokmo ye!
  • JC : Salam..dah berbuka ke..akak baru start posa ni baru 8 lebih pg..tk care
  • nuzula : Salam singgah n salam perkenalan :)
  • hana : salam ros.. akak pong kdg tk ltk kapur mana2 kuih yg sepupu sepapat cenggini. sbb takut terlebey kapur. naya ko! meh tuko ngan puding akak nak tak??
  • Anawahid : alala ros yg semanis sirap ros hehe.. nak tpung pelita!!!
  • maz : salam ros..waa..rjin btul la adik kmaz ni..buat tpung plita plak..memang kalah org yg xbrpntang ni..asik duk main bli je..baby duk wakpe tu..
  • kamalia : salam ros..arini br berkesempatan nak komen..akak mmg kagumla kat sesape yg bersalin kat obersi nih..yela,sume bnda kite kena buat sndrikn..pastu,emosi pun kena jage jugak,ye tak?alhamdulillah,ros dpt lalui sume tu dgn kuat n tabah..tepung pelita mmg feveret,tp takut bile buat,xde sape yg nak mkn pulak..jaga diri ye..:)
  • Ika : Salam ross, akak sampai dah akhir2 puasa pun tak terbuat lg tepung pelita ni nanti nk buat jgklah kalau rajin ari ni buat :D akak tgh berkecil hati :-( ehehe
View archive


Cuaca
Tetamu JM dari..