Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 343 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Kuih Puteri Ayu Yogurt

Masakan - Kuih Muih

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, Alhamdulillah berkesempatan nak update blog hari ini, sebab ros dah bercuti panjang dari kelas seharian, kuih ni ros buat semalam, tiba-tiba teringin nak buat kuih puteri ayu, sedap bila dimakan bersama teh o panaskan, ros masukan juga plain yogurt dalam adunan ni, hasilnye puteri ayu yang gebu dan lebih lembut, resepi boleh rujuk di bawah ni ya, Selamat Mencuba : )

adunan puteri ayu dan puteri ayu sebelum dikukus

Kuih Puteri Ayu Yogurt
Sumber Resepi: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

3 biji telur
3/4  cawan gula ( nak blender halus pun boleh)
1 1/2  cawan tepung gandum
3/4 cawan santan@ susu segar
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil baking powder
beberapa titik pewarna hijau
2 sudu besar plain yogurt @ natural yogurt


( nak letak pandan emulco atau esen pandan pun boleh)

Untuk dasar kuih puteri ayu - sedikit kelapa parut yang dicampur dengan 1/2 sudu kecil tepung gandum dan garam.

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum dan baking powder, ketepikan, kemudian asing putih dan kuning telur, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan separuh kuantiti gula, pukul lagi sehingga betul2 kembang dan putih ( meringue) ketepikan, selepas itu di dalam bekas yang belainan, pukul kuning telur dan baki gula hingga kembang.

2. Selepas itu satukan kuning dan putih telur yang dipukul tadi, kacau sebati, kemudian masukkan plain yogurt, ovallette, pukul lagi, masukan pula tepung sedikit demi sedikit dan santan berselang seli, kacau sebati. Akhir sekali masukkan pewarna hijau atau pandan emulco, kacau sebati supaya warna hijau sekata,  perap adunan lebih kurang 20 ke 30 minit sebelum di kukus. Panaskan kukusan.

3. Sementara itu, tekan kelapa putih dalam acuan, mampatkan betul-betul ke dalam acuan, tuangkann adunan ke dalam acuan puteri ayu dan selepas air kukusan mendidih kukus lebih kurang 7 minit. Angkat dan boleh dihidangkan sebagai menu minum petang, selamat mencuba.

puteri ayu sedang di kukus, ros tutup penutup kukus tu dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh di atas permukaan kuih puteri ayu

siap dah dapat banyak juga dari aduanan di atas

sesuai sebagai menu minum petang

Lembut dan gebu teksturnya

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

- jika tidak mahu asingkan putih telur dan kuning telur pun boleh, tapi pastikan telur dipukul dengan gula sehingga kembang.

-. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.

-. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

 

Kami Di dalam 2 Keluaran Majalah Mingguan Wanita

Blog - Keluarga

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, lama rasanya tak mencoretkan ape2 di dalam blog kesayangan ros ini, ros sekarang agak sibuk dengan kelas, untuk pengetahuan semua ros sekarang sudah jadi pelajar balik, ros amibl course bahasa Jepun di salah sebuah sekolah bahasa jepun di sini, jadinya hari-hari ros ade kelas, Isnin hingga Jumaat, masa agak terbatas nak mengambil gambar makanan dan menaip sebarang resepi, tapi InsyaAllah jika ade peluang ros akan berkongsi resepi dengan semua jika ade kelapangan nanti.

Seperti yang semua sedia maklum sebelum ni, pada hujung bulan lepas (Nov) dan awal Disember yang lalu gambar ros dan keluarga ade diterbitkan dalam 2 keluaran Majalah Mingguan Wanita, iaitu pada Minggu 22-28 Nov dan 29-5 Disember 2013, ucapan terima kasih ros pada editor dan wartawan Majalah Mingguan Wanita iaitu Sis Suzi kerana memberi peluang pada ros menceritakan serba sedikit mengenai hidup ros di sini.

Pada yang telah mendapatkannye ros ucapkan ribuan terima kasih, dah tau dah kan rupa tuan tanah jintanmanis.com ni....nanti kalau jumpe ros di mana-mana tegur lah ya : )

Tidak lupe juga pada kawan lama ros iaitu Juziana Abd Satar yang sudi snap gambar majalah ni dan war-warkan nye dalam FB serta kawan baru ros iaitu kak Suliati sebab sudi menerbangkan salah satu Majalah Mingguan Wanita ini terus ke Osaka.

Terima kasih atas sokongan semua pada ros dan jintanmanis.com. Semoga ros makin bersemangat untuk meneruskan Blog Bukan Sekadar Masakan ini.

Salam Rindu dari Jauh

Rosmarlina Abd Gani

tuan tanah jintanmanis.com

Osaka Jepun.

sedikit cerita kami di sini

gambar di setiap musim di Jepun

cerita part II

mengenai makanan eksotik Jepun iaitu Sushi

gambar masa ros mengajar cara memasak nasi lemak pada warga Jepun pun ade : )

 

Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)

Masakan - Roti

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua pelawat blog bukan sekadar masakan, Alhamdulillah sempat juga ros nak taip resepi nama kurimu pan ni, ros suke rasa roti yang milky dan lembut, jadinya ros masukkan fresh cream, susu tepung dan guna kan susu segar sebagai bahan cecair untuk doh roti ni,  yang seronoknye, bila roti ni siap masak, punyelah lembut dan gebus, tak payah nak buat water roux ataupun campurkan bread improver atau bread softner, tanpa bahan kimia dan selamat untuk se isi keluarga anda, untuk anak-anak ros letakkan coklat rice dan 2 lagi bahagian biarkan plain sahaja, sedap dimakan bersama sup cendawan atau dicicah bersama sup ayam. Resepi seperti di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
150gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk ( kalau tak letak susu tepung pun takpe)
110ml nama kurimu@fresh cream
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
180ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder

Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

(sedikit coklat rice sebagai variasi pada nama kurimu pan.

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh  dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 3  bahagian, 2 bahagian biarkan plain dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, dan biarkan naik dua kali ganda,  satu lagi bahagina masukkan coklat rice, uli sebati kemudian bulatkan kecil-kecil dan susun dalam loyang kek bulat , Perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali  bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup. Selamat Meroti buat semua.

Tips-tips berdasarkan pengalaman ros sendiri membuat roti, baca dan pratikkan ya, jika bahan dah cukup dan cara juga betul, tak mustahil anda akan dapat hasilkan roti yang lembut, halus dan gebu.

TIPS-TIPS MEMBUAT ROTI KLIK SINI YA

nama kurimu pan yang baru siap dibakar

berkilat permukaanye sebab ade egg wash

tekstur yang lembut dan gebus

makan panas-panas memang sedaplah

makan satu pun tak cukup, sebab lembut

yang ni pula nama kurimu pan yang telah diletakkan sedikit coklat rice

Anak-anak cukup suke yang letak coklat rice ni

rasa bun yang kaya dengan rasa susu dan penuh kalsium

Nota: masa nak mula bakar bun ni, ros tutupkan permukaan nye dengan baking sheets@kertas minyak, bila baki pembakaran ade 5 minit ros buangkan kertas minyak tadi, ni langkah bagi mengelakkan bun terlau perang.

 
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1523
mod_vvisit_counterSemalam6943
mod_vvisit_counterMinggu ini36510
mod_vvisit_counterMinggu lepas43068
mod_vvisit_counterBulan ini111308
mod_vvisit_counterBulan lepas180139
mod_vvisit_counterJumlah7352236
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..