Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 448 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Keropok Lekor Perantau

Masakan - Ikan

 Sumber Resepi dari Puan Minami di Myresipi. Terima kasih ye kak Minami, dapat juga Ros merasa makan keropok lekor walaupun di Rantauan.


Bahan-bahanya.

2 ekor ikan kembung/selayamg.( ros guna ikan saba ( makarel)
100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit ajinomoto

***utk sos:*** ( ros tak buat, cicah ngan sos cili biasa je)
3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air
( ros tambah 1 sudu kecil baking powder) biar kembung sikit bila digoreng nanti.

Cara-cara
1.Bersihkan ikan.

2.Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.

3.Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur.

4.Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit-sedikit ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis. Masa ni tambah 1 sudu kecil baking powder.

5.Masukkan garam dan ajinomoto.

6.Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tidak melekat. Ulang sampai habis.

7.Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.

8.Rebus, kemudian angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.

9.Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..

10. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

Nota: Kalau nak tahan lama terus simpan kepok lekor yang telah direbus di dalam frezer ( sejukkan dululah) , bila nak goreng nanti, rebus balik sekejap. Seronok bila ade resepi ni, hilang teringin nak makan keropok lekor Terengganu, janji ade rupa ade rasa sikit, jadilah. : )

 

Roti Doh Asas ( Roti Burger)

Masakan - Roti

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2  besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar  marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.

2) Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

Nota: Variasikan doh asas ini, ikut kehendak masing-masing, nak letak sosej pun boleh, nakbuat jadi roti hotdog pun boleh, ros intikan roti burger ni dengan fillet ayam yang disalut dengan breadcrumbs dan goreng hingga garing, kalau nak cepat guna je daging burger yang sedia ade kat supermarket tu pun boleh, senang keje. : )

 

Terima Kasih Buat Semua dan Anas oh Anas

Semalam ros membuat entry pertama setelah berpindah ke Osaka, tak sangka bila malam nak tido tu Ros check jumlah acces dah melebihi 1000, gembiranya tak terkata, tersenyum je masa tidur tu, Alahmdulillah dari hari ke hari jumlah acces bertambah, berkat sokongan semua kawan-kawan dan pelawat baru, ribuan terima kasih ros ucapkan. Target access bulanan yang ros nak capai ialah 10ribu acces, semoga bulan-bulan akan datang juga akan mempunyai acces seramai ini.

Bila check di article manager jumlah hits bagi entry Rumah Baru Osaka 3564 hits, sekaligus telah mengalahkan hits laksa penang , sekarang ranking popular telah bertukar tempat, dengan kemajuan yang ketara ini, membuatkan ros lebih bersemangat untuk lebih maju dan aktif dalam dunia blog. Terima kasih sekali lagi pada semua pelawat setia. : )

Semalam juga kami sibuk memasang carpet di dalam bilik tatami, tengah sibuk-sibuk pasang carpet tu, anas dah mula merengek, mengantuk rasanya, tapi tak dilayan sebentar, dalam hati, kejap lagi Ummi letak kat bilik ya, bila proses pasang memasang carpet selesai, Ros tengok Anas dah tertido atas box mainan depan TV, ala kesianya anak ummi ni, tido sendiri je, gomen ne Anas,  tadi Ummi dan Abah sibuk, Anas ni memang boleh tido di mana-mana dan dengan apa cara sekalipun, pernah satu hari tu, dia tido duduk sambil pegang kereta kesukaan dia, tu kira dah ngantuk sangat lah tu, lepas diletakkan atas tilam terus lena sampai ke pagi. Bila tengok gambar yang ros ambil dekat i-phone ni terus senyum sorang-sorang, Anas oh Anas....: )

asyik cerita pasal pindah je ye, makanan atau resepi takde ke? hihihi, insyaAllah entry seterusnya cerita pasal resepi pula, tunggu...: )

 
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1878
mod_vvisit_counterSemalam7180
mod_vvisit_counterMinggu ini9058
mod_vvisit_counterMinggu lepas54128
mod_vvisit_counterBulan ini168833
mod_vvisit_counterBulan lepas203406
mod_vvisit_counterJumlah8557742
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..