Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 894 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Laksam Terengganu Ikan Makarel

Masakan - Mee/Sup

Assalammualaikum WBT dan selamat tenghari semua, alhamdulilah hari ni berpeluang nak update dan taip resepi laksam yang ros buat jumaat lepas, umur dah nak masuk 32 tahun ni baru berkesempatan nak buat laksam, kalau tak tu balik mesia cuti, mesti beli je kt kedai, kiranya cabar diri sendiri lah buat, alhamdulillah jadi dengan jayanya. Resepi boleh rujuk di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Laksam Terengganu Ikan Makarel
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

untuk mi laksam
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam

( air lebih kurang 3 cawan setengah lah, kalau pekat boleh boleh tambah air lagi, tekstur adunan seperti buat roti jala tu)

Untuk Kuah Lemak Laksam
1/2 ekor ikan makarel@saba @ beberapa ekor ikan selayang@ikan kembung
2 inci halia
2 cawan santan
sedikit belacan
sedikit garam
1/2 biji bawang besar atau 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam

untuk sambal lada
4 tangkai cili kering
sedikit belacan yang di bakar sedikit

untuk ulam ulaman
4 batang kacang buncis @ kacang panjang
sedikit tauge
sedikit hirisan timun
sedikit hirsan kobis

Cara-caranya

1. Mula-mula campurkan bahan mi laksam di dalam bekas adunan, kemudian kacau supaya tidak berketul, perap adunan 30 minti sebelum di kukus.

2. Panaskan pengukus, gliss acuan bulat atau pun tudung periuk dengan sedikit minyak masak, supaya tidak melekat, kemdudian layangkan 3/4 senduk adunan mi laksam di atas acuan kek bulat atau pun tudung periuk tadi, pastikan tidak terlalu tebal atau nipis, kukus selama 5 minit ataupun sehingga permukaan agak menggelembung sedikit, maknanya mi laksam sudah masak, ambil spatula dan keluarkan laksam dari acuan, gulung terus dan ketepikan, jika mahu gulung terus dalam acuan kek tu pun boleh, ikutlah kesesuaian ataupun skills masing-masing, ulang langkah tadi sehingga semua adunan mi laksam siap.

Untuk Kuah Lemak

1. Di dalam periuk masukan 3 cawan air, rebus ikan makarel bersama 2 keping asam keping, tambahkan sedikit garam, setelah masak dan kuah agak mendidih, angkat ikan dan sejukkan, air rebusan ikan tu jangan dibuang, akan digunakan nnt.

2. Asingkan tulang dan isi ikan, di dalam blender satukan 2 cawan santan, isi ikan, halia, bawang besar, bawang putih dan sedikit belacan, kisar sampai hancur.

3. curahkann bahan yang dikisar tadi didalam periuk yang berisi air rebusan ikan tadi dan masukkan serbuk lada hitam, sesuaikan rasa dan kacau selalu, masak sehingga kuah agak pekat.

4. Buat Sambal Lada, cili kering di rebus, kemudian masukkan sedikit air di dalam blender dan kisar lada kering tadi dengan sedikit belacan yang dibakar, kisar semuanya hancur, ketepikan.

Cara Penyediaan.

1. Potong mi laksam dan letakkan di dalam mangkuk hidangan, toppingkan laksam dengan hirisan timun, tauge, kacang panjang, kobis dan sambal lada, akhir sekali curahkan kuah lemak, sedia untuk dihidangkan sebagai sarapan atau minum petang, Selamat Mencuba.

laksam terenganu , first time buat ni hihihi

buat jangan tebal sangat nnt pecah bila gulung

siap dah set laksam terengganu nun di Osaka

Nota: Jika mahu lebih pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi, terpulang pada selera ya.

 

Pulut Mangga Bersantan

Masakan - Pencuci Mulut

Asaslamualaikum WBT dan selamat petang semua, lama tak mengemaskini blog, alhamdulillah ni ade kelapangan nak taip resepi pulut mangga besantan, tak ingat dah ros buat bila, tapi sebelum puasa hari tu lah....gambar masih ade dlm DSLR, hari ni baru upload kt komputer, pulut mangga ni sedap dimakan sejuk2, tapi tak leh makan byk sangat, sebab pulut kan, nanti bam bam ...dan naik pulak kalori dalam badan, oklah resepi seperti di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Pulut Mangga Bersantan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1 biji mangga ranum saiz sederhana
2 cawan beras pulut
2 cawan air
1 sudu besar mintyak masak
sedikit garam


untuk sos santan
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung beras ( dicampur sedikit dengan air supaya senang larut dlm santan nnt)

cara-caranya

1. Didalam rice cooker, masukkan beras pulut yang telah dibasuh, kemudian masukkan 2 cawan air , 1 sudu minyak masak dan sedikit garam, kacau sebati, kemudian tekan ON dan biarkan sehingga masak.

2. Kemudian buat sos santan pula,  masukkan santan, bacuhan tepung beras dan gula, kacau sehingga santan pekat, angkat dan sejukkan.

3. kupas kulit mangga dan hiris kan mangga bentuk dadu ataupun bentuk yang anda suke.

4. Cara penyediaan, masukkan pulut yang telah dimasak di dalam acuan atau pun boleh juga disenduk sahaja atas piring hidang, nak kepal bulat2 pun boleh, kemudian atur mangga di tepinya, akhir sekali curah sos santan, nikmati pulut mangga ini sebagai pencuci mulut. Selamat Mencuba

mangga dari Thailand yang ranum dan harum

makan mcm tu je pun dah sedap

pulut mangga yang siap dihidangkan

besinar-sinar isi mangga ni

rasa lemak manis santan tu membangkitkan selera.

 

Gulai Ikan Merah Aroma Ketumbar Ibu Mertuaku

Masakan - Ikan

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, Alhamdulillah hari ni baru ade masa nak taip resepi gulai ikan merah style ibu mertuaku ini, bila pertama kali makan kat Terengganu beberapa tahun lepas, terus teruja nak tau resepi, rasa gulai ikan yang lain dari yang lain dan tak muak bila makan, ape lagi sesi menyungkil resepi pun bermula, senang rupanya nak buat, memang klu jumpe ikan merah kan, ros terbayang nak masak gulai ni, memang bertambah lah kalau makan dengan nasi putih tu, resepi di bawah ni ya, terima kasih pada Mak Mertuaku yang berada di kampung wakaf mempelam kuala terengganu, Puan Mariam Abd Rahman, atau cucu cucunya panggil tokyam. : ) resepi dan jasamu di hargai : )

Gulai Ikan Merah Aroma Ketumbar Ibu Mertuaku
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1/2 ekor ikan merah size sederhana di potong berberapa bahagian
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
4 biji bawang merah @ 1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
sedikit kunyit hidup @ kunyit serbuk2 biji tomato
2 cawan santan
sedikit belacan
sedikit garam
4 biji cili padi
1 keping asam gelugor
sedikit gula nisang terengganu

Cara-caranya

1. ketumbar, lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, belacan, gula nisang terengganu dan cili padi dimasukan didalam pengisar, masukkan juga 1/2 cawan air dan kisar hingga halus.

2. Masukkan kesemua bahan yang kisar di dalam bekas kecil dan masukkan juga cili kisar, kacau sebati, Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tadi hingga naik bau, setelah agak mereneh masukkan pula santan, kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

3. setelah  mereneh masukkan pula ikan merah, kacau perlahan, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, akhir sekali masukan 1 keping asam gelugor dan setelah ikan masak dan semuanya sebati, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putiih, Selamat Mencuba.

siap untuk dihidangkan

rasa dari biji ketumbar dan bahan kisar yang lain menaikan lagi aroma gulai ikan merah ini

Nota: Sekali lagi jika anda sukakan pedas kuantiti cili padi tu boleh ditambah ya, dan kalau nak masukkan hirisan kacang buncis atau kacang panjang dalam gulai ikan ni pun boleh, ikutlah selera masing-masing.

 

 
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini7170
mod_vvisit_counterSemalam9182
mod_vvisit_counterMinggu ini43625
mod_vvisit_counterMinggu lepas62708
mod_vvisit_counterBulan ini211464
mod_vvisit_counterBulan lepas228503
mod_vvisit_counterJumlah8828876
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..