Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 230 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

PERCUMA

Banner

Nasi Minyak Hujan Panas

Masakan - Nasi

Assalammualaikum WBT dan selamat petan semua, hari tu ros buat nasi minyak hujan panas, alhamdulillah menjadi, rasa macam kt kenduri kendara je, nasi minyak hujan panas ni cantik berseri sebab byk warna, cara nak warnakan nasi, tunggu sampai nasi masak dulu ye, dan boleh ikut resepi di bawah, ros makan dengan ayam masak merah dan acar nenas, Ros guna beras Thai biasa je ni, tak guna beras jasmine pun, tapi klu kawan-kawan ade stok beras jasmine atau beras basmathi boleh guna ya, lagi elok berderai dan sedap, ade masa nanti boleh cuba, Sedap dimakan sebagai menu tengahari.

Nasi Minyak Hujan Panas
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
3 cawan beras biasa ( kalau guna beras basmathi atau beras Jasmine lagi sedap)
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia ( dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar ( dicincang halus)
2 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
3 sudu besar butter@marjerin
2 kuntum bunga lawang
sedikit pewarna kuning, merah dan hijau
susu segar secukupnya @ susu cair
sedikit kismis dan garam

Cara-caranya

1. Basuh beras seperti biasa dan toskan. Kemudian di dalam kuali masukkan butter dan tumis kayu manis dan bunga lawang . Setelah naik bau masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis senbentar hingga semuanye layu.

2. Kemudian masukkan beras yang ditos tadi dan gaul sebati.

3. Masukkan beras yang siap ditumis tadi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan susu segar serta kismis, kuantiti susu segar bergantung pada paras air di dalam periuk nasi masing-masing ya, sesuaikan rasa, masukkkan sedikit garam. On periuk nasi dan tunggu sampai masak.

4. Setelah nasi masak, ambil 3 batang lidi atau chopstick, masukkan 1 lidi di dalam pewarna merah, hijau dan kuning, kemudian cucukkan di dalam nasi, letak kan dua tiga tempat setiap warna, kemudian gaul rata nasi, anda akan dapatkan warna warni yang cantik, jadilah nasi hujan panas.

sedap dimakan panas-panas dan sedia untuk dihidangkan ape jua lauk pauk kegemaran anda. Selamat Mencuba.

- untuk menaikkan seri lagi nasi minyak hujan panas ini, boleh juga ditabur dengan sedikit hirisan daun celery@daun sup ataupun bawang goreng, sedap dimakan panas-panas dan mudah untuk di sediakan.

ros makan denga acar nenas...

dan ayam masak merah

Menu lengkap ala kenduri kendara kami

Nota: Kalau nak guna susu cari lagi sedap tau, dan boleh juga simpulkan satu helai daun pandan bagi menaikkan lagi aroma nasi minyak ini.

 

Banana Cream Cheese Muffins

Masakan - Kek

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, alhamdulilah diberi masa untuk ros berkongsi resepi muffin pisang krim cheese ni, ros suke rasanya muffins ni, rasa nye manis, lemak2 gitu, ros tak hias sgt, cukup dengan taburan gula ising, dan dalam muffins ni ros letak coklat chip dan coklat urai warna warni, bila ros masukkan krim keju tu, membuatkan muffins ni lagi lembut dan rasa pun tambah sedap, tekstur gebu dan tidak kering, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Banana Cream Cheese Muffins
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan

200gram tepung gandum
50gram cream cheese
2 biji telur
90gram gula
1 penutup (2 sudu kecil)  esen vanila
100ml susu segar@bancuhan susu tepung
80gram pisang lecek
secubit garam
75gram butter@marjerin
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda ( ni klu tak mau letak pun takpe)
1 sudu besar madu

( sedikit coklat cip atau coklat urai)

( kalau nak letak sedikit tepung jagung pun boleh, dalam 2 sudu kecil lah)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda, ketepikan. ( kalau ayak dua kali, lagi bagus).

2. Dengan Menggunakan hand mixer,  pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan, cream cheese, pukul lagi selepas itu masukkan telur satu persatu, pukul hingga semua sebati.

3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar.

4. Masukkan pula madu, secubit garam, pisang lecek dan esen vanila, kacau sebati.

5. Panaskan oven suhu 170 darjah, sudukan adunan ke dalam acuan muffin, paras adunan pastikan 3/4 acuan muffin, supaya muffin elok naik nye nanti. Kemudian taburkan coklat chip atau coklat urai di atasnya.

6. Bakar selama 25 ke 30 minit ataupun sehingga permukaan muffin agak perang, cucuk muffin dengan lidi, bagi memastikan muffin benar-benar masak.

7. Sejukkan atas redai besi, dan sedia untuk dihiaskan dengan ape jua cream kegemaran anda. Selamat Mencuba. ( ros cuma taburkan permukaan muffin dengan sugar powder sahaja).

muffins pisang krim keju yang telah dibedakkan dgn serbuk gula

moist, gebu dan tidak kering teksturnya

Nota: Jika ingin letakkan serbuk koko dalam adunan ni pun boleh, dan tambahkan dalam 2 sudu besar serbuk koko serta tambahkan juga kuantiti susu segar 20ml, Selamat Membakar Muffins ya kawan-kawan.

 

Ikan Merah Kukus (steam) mangga muda

Masakan - Ikan

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni barulah ade kesempatan nak taip resepi ikan merah kukus tu, kali ni ros guna hirisan mangga muda bagi memeriahkan lagi rasa ikan merah ni, ros ni suke je yang masam-masam, bila dah letak mangga muda ros tak letak cuka, takut nnt over masam pulak, resepi kalau nak rujuk ade di bawah ni ye, Selamat Mengukus Ikan Merah : )

Ikan Merah Kukus Mangga Muda ( Ikan Merah Stim)
sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com

1 ekor ikan merah ( saiz sederhana)
1 kuntum bunga kantan
4 inci halia ( guna halia muda lagi sedap)
3 helai daun limau purut
4 biji cili padi
1/2 biji lemon@limau kasturi yang diperah jusnya
sedikit hirisan mangga muda
sedikit garam
1 batang serai
1/2 ikat daun ketumbar ( ni taknak letak pun takpe)
1 batang lobak merah
sedikit serbuk lada hitam

Cara-caranya

1. Ikan merah dibersihkan, kemudian diperap dengan separuh kuantiti air perahan lemon@limau dan garam, ketepikan.

2. Bunga Kantan, halia, daun limau purut, cili padi, serai dan mangga muda, dihiris halus dan nipis, kemudian satukan dengan separuh lagi air perahan lemon dan masukkan lada hitam dan sedikit garam, gaul dengan ikan merah tadi, pastikan dalam perut ikan merah itu juga diletakkan bahan-bahan tadi. balut ikan dengan alumunium foil dan letakkan di atas piring bujur yang muat dalam kukusan.

3. Sediakan pengukus, setelah air kukusan mendidih, masukan ikan bersama alas piring bujur tadi dan kukus ikan selama 30 ke 35 minit, setelah ikan betul-betul masak, angkat dan  sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba. Sedap dimakan bersama sos steamboat dan dimakan panas-panas, Selamat Mencuba.

Resepi Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu ade DI SINI

ikan merah yang belum dikukus

berseri je lagi warna nye : )

ok siap kukus dah

siap untuk dicedok isinye

Nota: Jika ingin menaikkan lagi seri ikan merah kukus ini, boleh juga masukkan hirisan lobak merah, dan apabila ingin dihidangkan tabur sedikit dengan hirisan daun ketumbar.

 
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini
mod_vvisit_counterSemalam
mod_vvisit_counterMinggu ini0
mod_vvisit_counterMinggu lepas
mod_vvisit_counterBulan ini0
mod_vvisit_counterBulan lepas
mod_vvisit_counterJumlah0
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..