Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 392 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Puding Pelangi Biskut Marie Dengan Sos Kastad

Masakan - Pencuci Mulut

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, lama rasanya tidak mengemaskini blog kesayangan ros ini, disebabkan ade beberapa kejadian berlaku dan ade juga sesi merajuk....tapi sekarang dah ok dah, kena berfikiran positif lah, lepas ni...tak boleh toleh belakang dah, kita mulakan siaran bulan October ni dengan resepi puding pelangi biskut marie ni  ye, lama dah  teringin nak buat, lagipun dok fikir2 nak ber eksperimen dengan biskut marie pula, Alhamdulillah menjadi dengan jayanye, kalau berkenan dengan rupa bentuk puding pelangi ros tu, Raya Aidiladha nanti boleh cuba ya...sedap dan rasanye pun tak manis sangat, sesuai dihidangkan pada tetamu yang bertandang : )

Puding Pelangi Biskut Marie Dengan Sos Kastad
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
( bahan  untuk dikisar halus di dalam blender)
1 biji telur 
10 keping biskut marie
200ml susu segar @ susu cair
200ml air

10gram serbuk agar-agar
600ml air
140gram gula

Sos Kastad
3 sudu makan tepung kastad (ros guna jenama bird custard)
3 sudu makan gula
200ml susu segar@susu cair + 150ml air  ( total cecair susu+air 350ml)
1sudu kecil esen  vanila

Cara-caranya

1. Mula-mula patah-patahkan biskut marie beberapa bahagian dan masukkan di dalam blender, masukkan juga susu , air dan telur, kisar hingga betul-betul hancur. setelah siap ketepikan.

2. Kemudian masukkan serbuk agar-agar di dalam periuk dan curahkan air, kacau hingga serbuk agar-agar sebati, selepas itu masukkan gula, masak sehingga gula larut.

3. Kemudian masukkan adunan biskut marie yang telah dikisar tadi, kacau selalu, masak sehingga menjadi agak pekat.

4. bahagi adunan pada 4 bahagian, warnakan dengan warna ungu, pink dan biru laut, dan biarkan satu lagi bahagian dengan warna asal. Sediakan acuan petak dan mula melapis satu persatu, pegerakan mesti cepat, takut adunan agar2  menjadi keras, curahkan adunan warna asal di dasar acuan, dan curahkan pula atasnya dengan warna biru, setiap lapisan pastikan di lapis dengan warna asal dahulu kemudian lapiskan dengan adunan berwarna, ulang langkah tadi sehingga habis.

5. Biarkan agar-agar keras dan sejukan di dalam petiais, sementara itu buat sos kastad, masukkan tepung kastard di dalam bekas kecil dan masukkan sedikit air, kacau hingga sebati, kemudian masukkan di dalam periuk, dan campurkan juga dengan air, gula dan susu, kacau sentiasa supaya tidak berketul, kacau sehingga menjadi sos kastad dan sejukkan.

6. Setelah agar2 dan sos kastad sejuk, potong puding pelangi mengikut citarasa masing-masing dan curahkan di atasnye dengan sos kastad, sedap dimakan sejuk dan sangat sesuai dijadikan pencuci mulut, Selamat Mencuba.

puding yang baru siap dipotong

makan macam tu je pun sedap : )

bila curah sos kastad ni makan up rasanye

sesuai dijadikan pencuci mulut

dan sesuai dihidangkan pada tetamu

- Jika tidak mahu curahkan sos kastad pun boleh dan sedap juga dimakan begitu sahaja, dan jika mahu dibelangkan dengan serbuk koko pun boleh, ikutlah selera masing2 ya.

 

Satsumaimo Pie ( Sweet Potato Pie)

Masakan - Kuih Muih

pie keledek jepun yang masih belum dibakar

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, ros try buat pie keledek ni minggu lepas untuk dijadikan menu minum petang, rasanye sedang elok manis dan rangup pastry puff nye tu, sangat sesuai lah dimakan bersama secawan teh jepun yang tawar, dapat banyak juga dari bahan di bawah ni, cik abang ros siap bawak gi ofis bagi kawan-kawan dia, anak ros pn suke....bijan hitam tu sebagai penyeri, boleh lah cuba ya, sebagai satu kelainan untuk dihidangkan untuk keluarga tersayang, Selamat Mencuba.

Satsumaimo Pie ( Pie Keledek Jepun) - sweet potato pie
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
340gram isi keledek yang telah direbus dan dilecek ( kalau takde jual keledek jepun, nak guna keledek ape ape jenis pun boleh)
35gram gula
40 gram mentega
1/2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

untuk bahagian bawah puff
4 keping pastry puff segera (frozen)

Untuk topping
sedikit bijan hitam
baki telur untuk gliss

- Untuk rasa yang mewah dan sedap, sila jangan tukar bahan mentega ke marjerin ya....supaya doh inti keledek ni lembut dan mudah dipiping nanti.

Cara-caranya

1. Ambil isi keledek yang siap dilecek dan campurkan dengan mentega, gula,telur dan esen vanila, gaul sebati, wrap dan perap di dalam peti ais lebih kurang 30 minit ke satu jam.

2. Kemudian masukkan isi keledek tadi di dalam piping beg dan gunakan ape jua nozel kegemaran anda, ros guna nozel bentuk bunga.

3. Keluarkan puff pastry dan bahagi puff pastry pada lima bahagian, kemudian pipingkan isi keledek tadi di atas pastry puff , cara piping mengikut hasil seni tangan dan kreativiti masing-masing ya.

4. Tabur kan atasnye dengan bijan hitam, kemudian glis perlahan atasnye dengan baki telur, susun atas dulang pembakar, jangan rapat sangat antara satu sama lain ya.

5. Panaskan oven suhu 180darjah dan bakar pie selama 40 minit ataupun sehinga permukaan pie perang. Sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama teh jepun ataupun teh kegemaran anda. Selamat Mencuba.

pie keledek yang baru siap dibakar

kasi garing sikit permukaan nye tu baru sedap

nilah rupa keledek manis jepun

guna puff pastry yang ready made je

rangup dan sedap pie ni

-Kalau nak tebalkan sikit bahagian inti nye tu pun boleh, lebihkan sikit masa pembakaran ya, bahagian pastry puff tu kalau lagi garing lagi sedap tau....: )  Selamat Membakar Pie Keledek....

 

Yogurt Butter Rolls

Masakan - Roti

Assalamualaikum WBT dan selamat tengahari semua, semalam ros cuba buat yogurt butter rolls,  Alhamdulillah menjadi, punyelah malas, ros tak buat pun water roux, guna ape yang ade je bahan-bahan tu, dan ros jadikan yogurt dan telur sebagai agen pelembut, kiranya butter rolls yang ros buat ni dapat banyak juga tau, kalau isi rumah tak ramai, boleh buat separuh adunan je, pastikan kuantiti tepung roti melebihi kuantiti tepung gandum tau, supaya doh elastik dan hasilnya lembut sentiasa, resepi di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Yogurt Butter Rolls
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
400gram tepung roti
150gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk
4 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
40gram mentega
200ml susu suam@air suam
6gram yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar yogurt (plain@natural yogurt)
1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahanya untuk eggwash untuk gliss pada butter rolls
baki telur+ 2 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh  dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 14 atau 16 bebola kecil dan bulat-bulatkan, biarkan selama 7 ke 8 minit baru dibentuk, ambil satu doh dan bentukkan panjang  terap memanjang, kemudian guling seperti butter rolls.

Langkah Menggulung boleh rujuk Di SINI.

5. Biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali  bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan butter rolls perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup. Selamat Meroti.

yogurt butter rolls sebelum proses pembakaran

siap bakar dah

buter rolls dah macam croisant jadinye ni

kasi kilat siki, gliss dgn mentega selepas siap dibakar

makan panas-panas memang sedap

tekstur dalamnye

lembut je bila masuk mulut

Nota: Sebelum disimpan dalam bekas bertutup, disarankan letak dulu semua butter rolls ni dalam plastic bersih dan baru di simpan dalam bekas bertutup, biar permukaan roti tak kering dan bagi mengekalkan kelembutannye sehinga ke esokan harinya .

 
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini4617
mod_vvisit_counterSemalam6485
mod_vvisit_counterMinggu ini40441
mod_vvisit_counterMinggu lepas47958
mod_vvisit_counterBulan ini146380
mod_vvisit_counterBulan lepas272300
mod_vvisit_counterJumlah8331883
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..