Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 459 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Satsumaimo Pie ( Sweet Potato Pie)

Masakan - Kuih Muih

pie keledek jepun yang masih belum dibakar

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, ros try buat pie keledek ni minggu lepas untuk dijadikan menu minum petang, rasanye sedang elok manis dan rangup pastry puff nye tu, sangat sesuai lah dimakan bersama secawan teh jepun yang tawar, dapat banyak juga dari bahan di bawah ni, cik abang ros siap bawak gi ofis bagi kawan-kawan dia, anak ros pn suke....bijan hitam tu sebagai penyeri, boleh lah cuba ya, sebagai satu kelainan untuk dihidangkan untuk keluarga tersayang, Selamat Mencuba.

Satsumaimo Pie ( Pie Keledek Jepun) - sweet potato pie
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
340gram isi keledek yang telah direbus dan dilecek ( kalau takde jual keledek jepun, nak guna keledek ape ape jenis pun boleh)
35gram gula
40 gram mentega
1/2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

untuk bahagian bawah puff
4 keping pastry puff segera (frozen)

Untuk topping
sedikit bijan hitam
baki telur untuk gliss

- Untuk rasa yang mewah dan sedap, sila jangan tukar bahan mentega ke marjerin ya....supaya doh inti keledek ni lembut dan mudah dipiping nanti.

Cara-caranya

1. Ambil isi keledek yang siap dilecek dan campurkan dengan mentega, gula,telur dan esen vanila, gaul sebati, wrap dan perap di dalam peti ais lebih kurang 30 minit ke satu jam.

2. Kemudian masukkan isi keledek tadi di dalam piping beg dan gunakan ape jua nozel kegemaran anda, ros guna nozel bentuk bunga.

3. Keluarkan puff pastry dan bahagi puff pastry pada lima bahagian, kemudian pipingkan isi keledek tadi di atas pastry puff , cara piping mengikut hasil seni tangan dan kreativiti masing-masing ya.

4. Tabur kan atasnye dengan bijan hitam, kemudian glis perlahan atasnye dengan baki telur, susun atas dulang pembakar, jangan rapat sangat antara satu sama lain ya.

5. Panaskan oven suhu 180darjah dan bakar pie selama 40 minit ataupun sehinga permukaan pie perang. Sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama teh jepun ataupun teh kegemaran anda. Selamat Mencuba.

pie keledek yang baru siap dibakar

kasi garing sikit permukaan nye tu baru sedap

nilah rupa keledek manis jepun

guna puff pastry yang ready made je

rangup dan sedap pie ni

-Kalau nak tebalkan sikit bahagian inti nye tu pun boleh, lebihkan sikit masa pembakaran ya, bahagian pastry puff tu kalau lagi garing lagi sedap tau....: )  Selamat Membakar Pie Keledek....

 

Yogurt Butter Rolls

Masakan - Roti

Assalamualaikum WBT dan selamat tengahari semua, semalam ros cuba buat yogurt butter rolls,  Alhamdulillah menjadi, punyelah malas, ros tak buat pun water roux, guna ape yang ade je bahan-bahan tu, dan ros jadikan yogurt dan telur sebagai agen pelembut, kiranya butter rolls yang ros buat ni dapat banyak juga tau, kalau isi rumah tak ramai, boleh buat separuh adunan je, pastikan kuantiti tepung roti melebihi kuantiti tepung gandum tau, supaya doh elastik dan hasilnya lembut sentiasa, resepi di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Yogurt Butter Rolls
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
400gram tepung roti
150gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk
4 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
40gram mentega
200ml susu suam@air suam
6gram yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar yogurt (plain@natural yogurt)
1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahanya untuk eggwash untuk gliss pada butter rolls
baki telur+ 2 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh  dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 14 atau 16 bebola kecil dan bulat-bulatkan, biarkan selama 7 ke 8 minit baru dibentuk, ambil satu doh dan bentukkan panjang  terap memanjang, kemudian guling seperti butter rolls.

Langkah Menggulung boleh rujuk Di SINI.

5. Biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali  bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan butter rolls perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup. Selamat Meroti.

yogurt butter rolls sebelum proses pembakaran

siap bakar dah

buter rolls dah macam croisant jadinye ni

kasi kilat siki, gliss dgn mentega selepas siap dibakar

makan panas-panas memang sedap

tekstur dalamnye

lembut je bila masuk mulut

Nota: Sebelum disimpan dalam bekas bertutup, disarankan letak dulu semua butter rolls ni dalam plastic bersih dan baru di simpan dalam bekas bertutup, biar permukaan roti tak kering dan bagi mengekalkan kelembutannye sehinga ke esokan harinya .

 

Apam Marble Mitsuya Cider ( Aiskirm Soda atau Sprite)

Masakan - Kuih Muih

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari ni dah masuk 1 September 2013, kejap je masa berlalu...dah masuk bulan 9 dah, sejak bulan puasa bulan 7 yang lalu ros sudah jarang mengemas kini blog kesayangan ros ni, sibuk sikit dan ade je hal yang perlu di selesaikan, InsyaAllah bermula bulan September ini ros akan aktif kembali, semoga ros diberi masa dan kesempatan untuk berkongsi pelbagai resepi masakan bersama semua, di bawah ini ros sertakan resepi apam marble mitsuya cider yang ros buat minggu lepas, ros suke kan rasa nye yang lembut dan gebus sentiasa, ros gunakan mitsuya cider ataupun di Malaysia boleh diganti dengan aiskrim soda ataupun sprite, jika tergoda dengan rupa apam marble ros ni, boleh cuba buat ya, Selamat Mencuba.

Apam Marble Mitsuya Cider
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan

150gram tepung gandum
3 biji telur
90gram gula
1 penutup (2 sudu kecil)  esen vanila
100ml air mitsuya cider atau aiskirmsoda atau sprite
sedikit pewarna hijau
2 sudu kecil baking powder

Cara-caranya

1. Ayak tepng gandum bersama baking powder, ketepikan, kemudian telur di asingkan putih dan kuning nye, pukul putih telur hingga berbuih sedikit, selepas itu masukkan separuh kuantiti gula, pukul lagi sehingga putih telur menjadi kental (meringue), ketepikan.

2. Selepas itu pukul kuning telur bersama baki gula hingga kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan air mitsuya cider, gaul mengunakan spatula ataupun senduk kayu, masukkan pula esen vanila, gaul sebati, akhir sekali, adunan meringue (putih telur) di bahagi tiga bahagian, dan masukkan satu bahagian meringue di dalam adunan tepung tadi, ulang langkah tadi sehigga adunan meringue habis, pastikan meringue sebati dalam adunan tepung.

3. Adunan di bahagia 2 bahagian, satu bahagian biarkan warna asal dan satu lagi diwarnakan dengan warna hijau, masukkan beberapa titik pewarna hijau dan sedikit pandan emulco ( pandan emulco ni kalau takde pun takpe), sediakan loyang, alas loyang bulat dengan baking sheets ( kertas minyak) sapukan keseluruhan loyang dengan sedikit minyak,  sendukkan satu bahagian adunan asal di dalam loyang dan letakkan satu lagi senduk adunan hijau di atas adunan warna asal, selang selikan adunan, ulang langkah tadi sehingga adunan semua habis.

4. Panaskan Pengukus, biarkan air kukusan mendidih,  Tutup loyang bulat dengan alumunium foil ataupun baking sheet, kukus apam marble selama 40 hinga 45 minit ataupun sehingga apam marble masak, cucuk dibahagian tengah apam dengan menggunakan lidi sate, jika tiada adunan yang melekat, maknanye apam marble sudah masak.

5. Setelah masak, keluarkan adunan dari loyang bulat dan sejukkan, potong dan sedia untuk dihidangkan, boleh juga dimakan bersama kelapa parut ataupun dimakan begitu sahaja, Selamat Mencuba.

apam marble yang baru siap dikukus dan dipotong

lembut je apam ni, wangi dengan aroma daun pandan

makan macam tu je pun sedap, tak payah dengan kelapa parut

- Jika mahu pelbagaikan warna apam marble ni boleh juga, ikut selera masing-masing, Selamat Mencuba.

 
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini5481
mod_vvisit_counterSemalam6627
mod_vvisit_counterMinggu ini47095
mod_vvisit_counterMinggu lepas43068
mod_vvisit_counterBulan ini121893
mod_vvisit_counterBulan lepas180139
mod_vvisit_counterJumlah7362821
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..