Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 208 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Kek coklat yogurt mayonis ( all in one)

Masakan - Kek

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari ni baru lah ros ade masa sikit nak kongsi resepi kek coklat in one ni, ros buat kek ni isnin yang lepas, ros guna ape yang ade je dalam peti ais tu, nasib baik kek jadi, ros hias kan guna coklat ganache je, senang, sebab ros memang tak pandai nak hias kek guna cream, kombinasi plain yogurt dan mayonis ni membuatkank kek lebih lembab dan lembut, resepi boleh rujuk di bawah ni ye, Selamat Mencuba. : )

Kek Coklat Yogurt Mayonis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1\2 cawan serbuk koko
1 biji telur
3\4 cawan gula
1 penutup (2 sudu kecil)  esen vanila
200ml susu segar@bancuhan susu tepung
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar plain@natural yogurt
3 sudu besar butter ( kemudian dicairkan)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda ( ni klu tak mau letak pun takpe)

( sedikit coklat cip atau coklat urai sebagi hiasan)

(untuk coklat ganache : 50gram coklat masakan dimasak bersama 100ml fresh cream dan cairkan menggunakan double boiler)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum, baking powder,baking soda dan serbuk koko ketepikan. ( kalau ayak dua kali, lagi bagus).

2. masukkan gula dan susu segar dalam bekas adunan dan kacau sebati menggunakan hand whisker , kemudian masukkan sebiji telur dan kacau lagi.

3. Kemudian masukkan tepung yang di ayak tadi sedikit demi sedikit, masukkan juga esen vanila, mayonis dan yogurt, kacau sebati.

4. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan tadi, pastikan semua bahan sebati, gliss acuan bulat ber ukuran 18cm dengan marjerin dan alaskan dasar acuan kek dengan baking sheets, tuang adunan di dalam acuan kek dan perap selama 15 minit baru dibakar.

5. Panaskan oven suhu 170 darjah, dan bakar selama 50 minit atau sehingga kek masak. ( Masa ni boleh buat coklat ganche)

6. Sejukkan atas redai besi, setelah agak sejuk, potong kek menjadi dua bahagian, sapukan kek dengan coklat ganache pada satu bahagian dan  letakkan satu lagi bahagian kek di atasnya, curah baki coklat ganche di atas kek dan  parutkan coklat diatasnye, simpan di dalam peti ais beberapa jam, baru dipotong, Selamat Mencuba.

hand whisker dan cawan yang ros gunakan utk menyukat bahan-bahan kek

kek yang siap dicurahkan dengan coklat ganache

lembut dan sangat moist kek coklat ni

Nota: Kek yang mudah di buat dan tidak mengguankan mixer, senang keje basuh membasuh alatan dan sesuai dihidangkan untuk anak-anak.

 

Satsumaimo Kurumi Pan ( Bun Keledek Kacang Walnut) dan Donut Keledek

Masakan - Roti

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, seperti yang telah di war-warkan didalam fanpage Bukan Sekadar Masakan di FB, hari ini, ros akan kongsikan dengan semua resepi bun keledek kacang walnut, doh yang same juga ros jadikan nye donut keledek, rasa donut dan bun ini amat lembut gebus dan pasti anak-anak sukakanye.

Satsumaimo Kurumi Pan dan Donut  @ Bun Keledek Kacang Walnut dan Donut
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
200gram tepung roti
200gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk
100gram isi keledek ( direbus dan dilecek baru ditimbang)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
165ml air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
30gram kacang walnut ( dicincang kasar)

Bahan-bahanya untuk eggwash untuk gliss pada bun keledek
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh  dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 2 bahagian,  satu bahagian itu masukkan kacang walnut dan uli sebentar kemudian bulatkan kecil-kecil dan susun dalam loyang kek bulat, satu lagi bahagian, dibahagi pada bebola kecil juge dan bentukkan seperti donut , Perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali  bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun keledek perang. Bentuk donut pula di goreng sehiggga ke emasan  dan salut dengan serbuk gula.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup. Selamat Meroti dan Mendonut ya.

bun keledek kacang walnut yang masih belum dibakar

bun yang baru siap dibakar

sangat lembut dalamnye

kegebuan bun keledek ini terserlah

nampak sikit kacang walnut tu

*********************DONUT KELEDEK*************************

Donut keledek dalam proses pengembangan

baru siap digoreng

makan panas-panas sangat lah nikmatnye

anak-anak pun suke, ringan dan lembut wlupun telah sejuk

jemput gigit donut...hiihi....nanti klu tergoda buat sendiri ye

sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang

makan satu tak cukup punye

Jika mahu gantikan kacang walnut dengan kismis hitam pun boleh, ataupun biarkan plain sahaja, ikutlah seleran dan bahan-bahan yang sedia ade di dapur ya.

 

Puding Pelangi Biskut Marie Dengan Sos Kastad

Masakan - Pencuci Mulut

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, lama rasanya tidak mengemaskini blog kesayangan ros ini, disebabkan ade beberapa kejadian berlaku dan ade juga sesi merajuk....tapi sekarang dah ok dah, kena berfikiran positif lah, lepas ni...tak boleh toleh belakang dah, kita mulakan siaran bulan October ni dengan resepi puding pelangi biskut marie ni  ye, lama dah  teringin nak buat, lagipun dok fikir2 nak ber eksperimen dengan biskut marie pula, Alhamdulillah menjadi dengan jayanye, kalau berkenan dengan rupa bentuk puding pelangi ros tu, Raya Aidiladha nanti boleh cuba ya...sedap dan rasanye pun tak manis sangat, sesuai dihidangkan pada tetamu yang bertandang : )

Puding Pelangi Biskut Marie Dengan Sos Kastad
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
( bahan  untuk dikisar halus di dalam blender)
1 biji telur 
10 keping biskut marie
200ml susu segar @ susu cair
200ml air

10gram serbuk agar-agar
600ml air
140gram gula

Sos Kastad
3 sudu makan tepung kastad (ros guna jenama bird custard)
3 sudu makan gula
200ml susu segar@susu cair + 150ml air  ( total cecair susu+air 350ml)
1sudu kecil esen  vanila

Cara-caranya

1. Mula-mula patah-patahkan biskut marie beberapa bahagian dan masukkan di dalam blender, masukkan juga susu , air dan telur, kisar hingga betul-betul hancur. setelah siap ketepikan.

2. Kemudian masukkan serbuk agar-agar di dalam periuk dan curahkan air, kacau hingga serbuk agar-agar sebati, selepas itu masukkan gula, masak sehingga gula larut.

3. Kemudian masukkan adunan biskut marie yang telah dikisar tadi, kacau selalu, masak sehingga menjadi agak pekat.

4. bahagi adunan pada 4 bahagian, warnakan dengan warna ungu, pink dan biru laut, dan biarkan satu lagi bahagian dengan warna asal. Sediakan acuan petak dan mula melapis satu persatu, pegerakan mesti cepat, takut adunan agar2  menjadi keras, curahkan adunan warna asal di dasar acuan, dan curahkan pula atasnya dengan warna biru, setiap lapisan pastikan di lapis dengan warna asal dahulu kemudian lapiskan dengan adunan berwarna, ulang langkah tadi sehingga habis.

5. Biarkan agar-agar keras dan sejukan di dalam petiais, sementara itu buat sos kastad, masukkan tepung kastard di dalam bekas kecil dan masukkan sedikit air, kacau hingga sebati, kemudian masukkan di dalam periuk, dan campurkan juga dengan air, gula dan susu, kacau sentiasa supaya tidak berketul, kacau sehingga menjadi sos kastad dan sejukkan.

6. Setelah agar2 dan sos kastad sejuk, potong puding pelangi mengikut citarasa masing-masing dan curahkan di atasnye dengan sos kastad, sedap dimakan sejuk dan sangat sesuai dijadikan pencuci mulut, Selamat Mencuba.

puding yang baru siap dipotong

makan macam tu je pun sedap : )

bila curah sos kastad ni makan up rasanye

sesuai dijadikan pencuci mulut

dan sesuai dihidangkan pada tetamu

- Jika tidak mahu curahkan sos kastad pun boleh dan sedap juga dimakan begitu sahaja, dan jika mahu dibelangkan dengan serbuk koko pun boleh, ikutlah selera masing2 ya.

 
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini713
mod_vvisit_counterSemalam7038
mod_vvisit_counterMinggu ini35364
mod_vvisit_counterMinggu lepas46323
mod_vvisit_counterBulan ini151776
mod_vvisit_counterBulan lepas180139
mod_vvisit_counterJumlah7392704
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..