Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 411 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Mi Udon Sizzling

Masakan - Mee/Sup

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, maaf ya ros ambil masa nak taip resepi mi udon sizzling ni, sebabnya byk hal yang perlu ros uruskan awal minggu ini, Alhamdulillah pagi ni ros berkesempatan nak taip bahan dan cara memasaknya satu-satu, bahan nak buat mi udon sizzling ni pun lebih kurang dengan nasi ayam claypot cuma caranya lebih mudah dan gunakan mi, jika tiada mi udon boleh juga diganti dengan yee mi ataupun  mi kuning biasa, so jangan risau, yang penting rasa kuahnye tu kena sedap dan ade rasa mcm mi sizzling yang dijual di kedai tu, takde pan sizzling pun takpe, kita guna je peralatan yang ade, jika cukup bahan boleh cuba resepi di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Mi Udon Sizzling
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

3 ikat udon kering atau ( yee me atau mi kuning)
2 keping ayam tanpa tulang bahagian peha n dada ayam ( dipotong kecil)
6 ketul cendawan shitake kering ( rendam beberapa jam di dalam air biasa sehingga kembang)
2 inci halia di potong nipis
3 ulas bawang putih ( dicincang halus)
2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
sedikit tepung katakuriko ( tepung kanji kentang) atau tepung jagung
1 sudu kecil minyak bijan
4 tangkai cili kering dipotong 3 atau 4 bahagian
1/4 batang carrot ( dipotong seperti anak mancis)
sedikit serbuk lada putih
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
sedikit sawi yang dicelur

Cara-Caranya

1. Rebus udon mengikut arahan pada paket, tos dan ketepikan.

2.Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, hirisan lada kering dan hirisan halia, setelah naik bau, masukkan pula ayam, kacau sebentar, setelah permukaan ayam agak perang dan garing sedikit baru masukkan 2 cawan air, biarkan seketika hingga kuah mereneh.

3. Selepas itu masukan sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, minyak bijan, carrot, cendawan shitake yang dipotong 2 dan garam, kacau sebati. Jika nampak kuah telalu sikit boleh masukkan lagi 1 cawan air, kacau lagi.

4. Akhir sekali ambil katakuriko ( tepung kanji kentang) atau tepung jagung dan campurkan dengan sedikit air, curah bancuhan tepung jagung itu ke dalam kuah sizzling untuk pekatkan kuah, kacau selalu. setelah semua bahan masak dan kuah pekat tutup api dan ketepikan. ( kalau nak masukkan terus udon yang siap direbus tadi pun boleh, kacau sebati dan boleh dihidangkan terus panas-panas), jika mahu pecahkan sebiji telur boleh ikut langkah no.5 dibawah.

5. Cara Penyediaan, ambil udon yang siap direbus tadi masukkan di dalam fry pan kecil curahkan 4 senduk kuah sizzling dan pecahkan 1 biji telur jika suke, tutup fry pan supaya telur cepat masak, kemudian masukkan mi sizzling di dalalm pinggan dan toppingkan dengan sayur  sawi yang siap dicelur tadi. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

udon yang siap direbus dan kuah sizzling yang sedang mereneh

tambah telur sebiji baru up rasanya : )

ros suke letak cendawan shitake banyak-banyak

sangat menepati citarasa kami sekeluraga, pasti ade siaran ulangan nye nnt.

Nota: Kalau nak tabur degan bijan goreng pun boleh, nak letak fish ball ke fish cake pun boleh ikut selera masing-masing ya.

 

Puding Roti Nenas

Masakan - Pencuci Mulut

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, seperti yang dijanjikan hari ni ros nak berkongsi cara buat puding roti  nenas, ros suke rasa nye yang masam-masam manis tu, makan banyak pun tak perasan, puding ni kalau makan dengan sos custard lagi sedap rasanya, tapi  ros hari tu tak buat, kalau nak buat pun boleh tau, topping aja bila nak makan nanti. Resepi dan cara-cara ade di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Puding Roti Nenas
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1/2 tin Nenas ( isi nenas dan air syrup asingkan, isi nenas di potong kecil-kecil)
3 keping roti putih
2 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
10gram serbuk agar-agar
500ml susu segar atau susu sejat
300ml air
200ml air syrup dlm tin nenas
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

sedikit coklat syrup ataupun sos coklat sebagai hiasan, ( untuk dilorek atas puding nnt)

cara-caranya

1. Mula-mula masukkan serbuk agar-agar dan 300ml air di dalam periuk dan kacau sebati, setelah agak mereneh masukkan pula air syrup nenas dan gula, kacau lagi, pastikan gula larut.

2. Di dalam blender, kisar halus, roti, susu segar, 1 biji telur dan tepung kastard, pastikan semuanya hancur dan sebati, kemudian curah bahan yang dikisar tadi didalam periuk agar-agar. Kacau selalu dan jangan tinggal, supaya tidak berketul dan hangus di bawahnya.

3. Setelah agak pekat, baru masukkan isi nenas yang dipotong kecil-kecil tadi, kacau sebati, curahkan adunan puding di dalam loyang petak atau bulat, ketika puding masih panas lagi, jalurkan sos coklat memanjang dan lorekkan mengikut kreativiti masing-masing.

4. Sejukkan pada suhu bilik dahulu, setelah betul2 sejuk baru masukkan di dalam peti ais beberapa jam. Selepas itu boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut ataupun dijadikan buah tangan pada majlis2 potluck ataupun dihidangkan sebagai juadah majlis keramaian, Selamat Mencuba.

lorekkan sos coklat yang tidak bergitu kemas

puding yang telah semalaman dalma peti ais baru dipotong

rupa dalam nye setelah dipotong

Guna nenas tin dari Malaysia, ade jual kt supermarket Jepun

 

Nasi Ayam Claypot Cik Ros Jintanmanis.Com

Masakan - Nasi

Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua, seperti yang dijanjikan hari ni ros berkongsi pula cara-cara nak buat nasi ayam claypot, caranye lebih mudah dari nasi ayam biasa yang ros selalu buat, bagi ros lah, sebab stepnye tak banyak, nasi tu pun tak perlu tumis2 dulu, boleh rebus terus dengan air stok ayam, rasanya cukup sedap, dan bahagian kerak tu yang paling ros suke, selalunye kita masak nasi ayam dalam periuk nasi kan, apa kata kita cuba masak dalam periuk tanah liat, pasti ade kelainananye, resepi ade di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Nasi Ayam Claypot
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

Untuk Nasi Ayam
3 cawan beras
800ml air@ 5 cawan air rebusan ayam@stok ayam
beberapa hirisan halia
3 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil minyak bijan


Untuk perapan ayam
1kg ayam, asingkan tulang dan isi bahagian peha dan dada ayam.
1 sudu kecil serbuk lada hitam
6 ketul cendawan shitake kering
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar@4 biji bawang merah
1 sudu besar madu
sedikit garam dan gula

untuk topping pada nasi ayam claypot: sedikit hirisan daun bawang dan bijan goreng

Cara-caranya

1. Mula-mula rendam cendawan kering shitake dengan air biasa beberapa jam, setelah kembang toskan airnya dan cendawan dipotong dua, ketepikan.

2. Didalam periuk masukkan 1.5 Litre air bersama tulang ayam tadi dan rebus bersama sedikit halia dan garam , masukkan juga 1 kiub pati ayam. Biarkan mendidih dan tutup api, ambil 800ml air stok ayam tadi dan asingkan ( untuk masak nasi ayam) . Bakinya akan dijadikan sup untuk dimakan bersama nasi ayam nanti.

3. Kemudian,  bahagian peha dan ayam boneless dipotong kecil, tapi jangan kecik sgt, agak-agak lah ye, sagat atau tumbuk hancur halia, bawang putih dan bawang besar, kemudian campurkan pada ayam tadi, masukkan juga, cendawan shitake yang telah kembang tadi,  kicap manis, kicap cair serbuk lada hitam, madu, gula dan sedikit garam, gaul sebati dan perap lebih  kurang selama 30 minit hingga satu jam.

4. Sementara itu boleh masak nasi ayam, beras di basuh bersih dan toskan airnya, masukkan beras di dalam periuk tanah liat@claypot dan curahkan 800ml air rebusan ayam@stok ayam, masukan juga kicap manis dan hirisan halia, masak seperti biasa. Pastikan apabila air nasi sudah kering, perlahankan api dan tutup periuk claypot dengan penututpnya.

5. Setelah ayam diperap 30 minit, di dalam fry pan, masukkan 3 sudu besar minyak, dan goreng ayam yang diperap tadi sehingga permukaan atas ayam agak perang, kemudian curahkan baki perapan ke dalam frypan yang sama dan masak sehingga ayam empuk dan cendawan shitake masak, akan terdapat sedikit kuah di dalam frypan nanti, untuk memekatkan kuah itu, ambil satu sudu besar tepung jagung atau tepung kanji kentang kemudian bancuh dengan sedikit air, curah kan dalam frypan tadi dan kacau sebati, setelah pekat, boleh terus di curahkan atas nasi ayam yang sudah masak tadi, tabukan juga dengan hirisan daun bawang dan bijan goreng.

6. Hidangkan nasi ayam claypot bersama baki sup ayam dan sambal nasi ayam, Selamat Mencuba.

Untuk Resepi Sambal Nasi Ayam boleh rujuk Link Ni Ye

nasi ayam claypot sedia untuk dihidangkan

 
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1360
mod_vvisit_counterSemalam7766
mod_vvisit_counterMinggu ini16306
mod_vvisit_counterMinggu lepas54128
mod_vvisit_counterBulan ini176081
mod_vvisit_counterBulan lepas203406
mod_vvisit_counterJumlah8564990
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..