Masakan - Ikan

Share

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, seperti yang di war-war dalam fanpage bukan BSM di FB hari tu ros ade kongsikan sambal sardin yang ros masak, ade respon dari kalangan ahli yang nak tahu cara ros masak sambal sardin tu, hari ni ros kongsikan caranya ya, ros suke sambal sardin ni sebab tak bau hanyir ikan sangat dan rasa masam dari asam keping dan tomato tu menambahkan lagi kesedapanye. Resepi seperti di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Sambal Sardin Sedap
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

1 tin ( saiz sederhana) sardin - ros guna jenama botan
4 sudu besar bahan kisar ( 4 tangkai cili kering+bawang putih+bawang merah@bawang besar)
sedikit air
1 keping asam gelugor
secubit garam
1 biji tomato dibelah 4 atau enam bahagian
1/2 biji bawang besar dihiris kasar
sedikit minyak untuk menumis dan menggoreng ikan sardin
1 biji cili padi dihiris halus

cara-caranya

1. Keluarkan ikan sardin di dalam tin dan asingkan ikan dan kuahnya, kemudian ikan di belah dua dan buangkan tulang di dalam ikan itu.

2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan sardin tu sebentar, kuantiti minyak jangan banyak sangat ya, agak-agaklah sebab minyak menggoreng ikan sardin ini akan digunakan semula untuk menumis bahan sambalnye nanti.

3 Goreng ikan sardin sebentar, pastikan api jangan terlalu besar, api sederhana, balik-balikkan ikan dan bila nampak ikan agak garing sedikit permukaanye angkat dan ketepikan.

4. Di dalam kuali yang sama dan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan kuah sardin tadi, masukkan juga sedikit air, biarkan agak mereneh baru masukkan ikan sardin yang digoreng tadi bersama asam gelugor, hirisan cili padi, hirisan tomato dan hirisan bawang besar kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.

5. Setelah bawang dan tomato layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih. Selamat Mencuba.

kasi ade kuah sikit baru sedap gaul dengan nasi kan

tudia sedia dah untuk dihidangkan

tahap kepedasan boleh adjust sendiri ya

suke letak bawang besar banyak-banya dalam sambal sardin ni

Nota: variasi yang boleh dibuat dan ditambah dalam sambal sardin ni ialah, masukkan kentang atau suun, kentang tu boleh digoreng dahulu baru dimasukkan dalam kuah, dan suun tu kita rendam dulu pastu boleh campur terus dalam kuah sambal ni dan masak seperti biasa, tapi kuahnye akan jadi sikitlah sebab suun ni menyerap air.

Share

 

Comments  

 
+2 #1 mayang 2013-01-25 15:22
wah tengok pun dah cukup mengiurkan
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh