Laksa Penang @ Laksa Asam Ikan Makarel
| Masakan - Ikan |
| Share |

Asslammualaikum wbt dan selamat petang semua, hari ni ros masak laksa, ros suke sangat makan laksa asam atau pun lebih dikenali dengan nama Laksa Penang, nak buat pun tak susah, main lebur je...menu yang sihat jugak ni...sesuai untuk penggemar ikan dan yang tengah berdiet tu, tanpa penggunaan sebarang minyak untuk menumis, daun kesum tu kawan ros dari Saitama bagi, terima kasih ya kak umie, bunga kantan pula memang ros bawa siap2 dari Malaysia, lama dah kejung dalam peti ais tu, oklah di bawah ni ade resepi laksa penang tu, kalau ade laksa segera dari tepung beras sedap ni, ros guna udon je...takpelah kan asal jadi, asal ade rasa kan, Selamat Mencuba.
Laksa Asam @ Laksa Penang Ikan Makarel
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
8-10 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar
sedikit belacan
1 ekor ikan makarel atau ikan kembung
2 ikat udong kering
( jika di Malaysia boleh guna laksa beras)
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan- dibelah dua
3 keping asam gelugor
Bahan Sampingan
timun
salad
l/2 biji lemon @ limau kasturi
telur rebus
nenas
hirisan bawang besar
cili padi
cara-caranya
2. Di dalam periuk masukkan ikan makarel yang dipotong beberapa bahagian, rebus ikan makarel bersama sedikit garam dan sekeping asam gelugor, setelah ikan masak, angkat ikan dan toskan, asingkan isi ikan dan tulangnya, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan kembali ke dalam air rebusan ikan tadi.
3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dihancurkan menggunakan sudu dan dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, 2 keping asam gelugor dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika, selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam. Biarkan kuah mendidih dan masak kuah laksa sehingga terbit minyak baru tutup api.
4. Udon kering direbus dan toskan, jika guna laksa kering tu, rendam dan rebus seperit biasa, kemudian rebus telur serta sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun, nenas, bawang besar dan cili padi. letakkan udon ataupun mi laksa di dalam bekas dan susun bahan ulam-ulaman tadi kemudian curahkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

menu lunch ros hari ni, laksa penang dan donut kentang

suke sgt makan dengan nenas, makin up rasanye

Nota: rasa kuah laksa ni saling tak tumpah same je dengan rasa kuah jika kita guna ikan kembung biasa tu, cuma nye kat jepun ni ros tak jumpe ikan kembung, tu yang guna ikan makarel tu.
| Share |




















Comments
RSS feed for comments to this post.