JintanManis.Com di Akhbar Harian Metro 14 Disember 2011
| Informasi dan rujukan - Informasi dan rujukan |
| Share |

tertera nama ku dan blog jintanmanis.com..: )
Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, tengahari tadi ros dapat email dari Puan Hajah Farhana, editor ruangan resipi di Harian Metro mengatakan bahawa hari ini resepi Tuna Puff Segera berserta gambar langkah-langkah memasaknye telah diterbitkan.Kelam kabut carik akhbar ni kat area rumah ros, malangnye tak dapat, terpaksa kirim pada kakak ros yang kebetulan akan ke bandar, Alhamdulillah dapat juga ku tatap resepi dan gambar masakan ku itu, sebenarnya kerjasama ros dengan Puan Hajar Farhana ni sudah lama, cuma menunggu giliran sahaja, dan telah ditetapkan akan dikeluarkan pada musim cuti sekolah.
Perasaan sangat gembira, semoga dengan lembaran blog JintanManis.com di media cetak ini akan membawa kesan yang positif pada semua, dan semoga BSM akan lebih dikenali ramai.
Terima kasih pada yang memberi semangat dan sokongan selamat ini. Sayang Semua.

muka depan harian metro 14 december 2011

resepi tuna puff segera dengan step-step nye sekali
| Share |





















Comments
RSS feed for comments to this post.