Etika Copy Dan Paste
| Share |
-Terpanggil untuk menulis entry mengenai salin dan tampal ini, sebabnya Ros dah terkena akan tempiasnya, tipulah kalau ros tak terasa, bagi ros nak copy n paste ni sesuatu yang biasa, ros pun lakukanye, kita suke resepi tu, kita cuba dan kita kongsikan di blog. Namun ade di antara kita ambil mudah langkah ini. ( rasanya bukan ros sorang je pernah terasa, mungkin pernah terjadi pada kawan-kawan blogger yang lain juga)
Maksud ros, ade sesetengah individu tu, hanya copy bahagian bahan-bahan dan cara-caranya sahaja, tanpa menyatakan dari mana sumber asalnya, bagi ros individu ini bukan tak peka tapi mungkin bagi beliau itu semua tidak penting, sedangkan empunya resepi asal itu, memerah otak mencipta resepi dan menyusun ayat sehigga terbentuklah satu resepi yang lengkap. Pendek kata, dengan hanya beberapa saat, beliau senang-senang sahaja select all, copy dan paste tanpa menghiraukan usaha pemilik asal yang mengorbankan masa dan tenaga.
Bagi Ros, Etika yang perlu kita tahu untuk copy dan paste ini ialah:-
1) Copy bahan dan cara resepi itu keseluruhannya. ( nak edit sikit-sikit takde masalah selagi kita mention atau buatkan kurungan atau buatkan Nota bawah yang kita lakukan sedikit perubahan)
2) Paling Penting, Nyatakan dari mana sumber asal resepi itu dan Link-kan terus ke blog atau web, di mana kita dapatkan resepi tersebut. Kalau dapatkan permission atau tinggalkan jejak lagi bagus. ( bagi ros di jintanmanis, tak perlu mintak kebenaran, pilih je mane berkenan, dan amat berbesarkan hati jika dilampirkan link JMC bersama.)
3). Jika ros copy resepi dari blog kwn-kwn ( sebagai ejen pendua) ros takkan lupa juga nyatakan resepi asal tu dari mane, sekurang-kurangnya pemilik asal berasa tidak terpinggir apabila mengetahui resepinye di copy dari sumber yang lain.
4) Berterima kasih kepada pemilik resepi asal atas resepi itu kerana memberi idea untuk mencuba masakan baru. ( manner). baru lah nampak berbudi bahasa kan.
- Bagi ros, setiap resepi itu ade keistimewaan nye sendiri, dan setiap resepi itu ade cerita di sebaliknya, contohnya- ros ikhlas berkongsi semua resepi di jintanmanis ini, ros harap kawan-kawan juga ikhlas mencuba dan berkongsi dengan kawan-kawan yang lain, entry ini hanyalah sebagai ingatan untuk diri sendiri dan mungkin juga boleh dijadikan guidelines kepada sahabat di luar sana. : ) atau juga kepada blogger yang baru.
- Jika ros sudah publishkan sebarang resepi itu, maksudnya resepi itu adalah yang terbaik, ros banyak lakukan try and error, bukan semua resepi yang ros buat tu terus menjadi, cuba dan cuba lagi tanpa jemu, untuk dapatkan hasil yang betul-betul memuaskan , begitu juga dengan segala tips dan idea memasak, semua tu berdasarkan pengalaman sendiri dan amat gembira jika ada kawan-kawan yang mencuba nya dan menjadi dengan jayanya. Itulah satu kebahagiaan bagi Ros.Memasak adalah satu skills yang bukan sehari dua boleh mahir, perlu banyak lakukan latihan.- harap kawan-kawan tak salah anggap ye ros tulis entry ni, inilah hanyalah satu pandangan, pandangan dari seorang blogger : ) dan mak budak yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia cyber yang penuh cabaran ini.
| Share |





















Comments
mohon izin amik rsepi kak ros ni ye!!
nak cube..byk yg best2..trima ksh
bersihkanblogge rcopas.blogspot.com
Saya juga nk minta izin copy & paste resepi dlm blog ini utk simpanan peribadi. Ianya byk menbantu.tq.
RSS feed for comments to this post.