Daging Beriani Buah Tamar
| Masakan - Daging |
| Share |

Mari kita cuba letak buah kurma dalam masakan daging, ni hasil eksperimen ros jumaat lepas, tak sia-sia letak buah kurma ni, hasilnya tidak mengecewakan, buah kurma akan menjadikan daging cepat empuk dan memekatkan kuah masakan ini. Apa lagi, kalau ade baki buah kurma masa bulan Ramadhan hari tu, boleh ke dapur buat daging beriani buah tamar ni, tak guna rempah beriani pun dalam resepi ni, ros saje-saje je letak, sebab hasilnya se akan-akan daging beriani tu. Resepi ade kat bawah ni ye.
Daging Beriani Buah TamarSumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
400 gram daging tanpa tulang5 biji buah kurma yang di buang bijinya
1/4 biji bawang besar ( boleh diganti dengan 5 biji bawang merah)
2 biji bawang putih
2 inci halia ( sebesar ibu jari)
1 sudu kecill jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 tangkai cili kering
1 cawan susu segar ( boleh diganti dengan 1 cawan santan pekat)
3 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri atau sos tomato)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
Caranya
1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,jintan manis, jintan putih dan buah kurma. Ketepikan.
2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar tadi, kacau sebati. Setelah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi. Biarkan seketika.
3.Selepas itu masukkan susu segar@santan pekat, tomato ketchup, kicap manis dan kicap pekat dan 2 cawan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam. Sedia untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

Rasa manis yang semulajadi dari buah Kurma@Tamar

Nota: Tak perlu tambahkan gula dalam masakan ni, sebab kurma kan dah manis, sangat sesuai di makan bersama nasi minyak, nasi beriani atau nasi putih, pasti membangkitkan selera.
| Share |















Comments
iejay pun dah buat ye, sedap kan, ros pun suke, lama dah tak buat ni, sure iejay pun suke kan, adik iejay tu menikmati betul2 masakan iejay heheeeee
terliur ya kak, heheeh kasi up sikit gambo tu,heheeh dah cuba nnt kasi sikit ros rasa tau
ok kak, sila2 copy, nnt cuba ye, dah siap bagi ros sikit tauhehehee
letak biji tamar tak taulah pulak kak, cepatempuk daging tu, tp letak buah tamar kisar elok je daging ni empuk, nnt akak try lah, sedap kak, lauk ni, lemak, manis, pedas semua ade heheehehe
heehehe, dua bowl ros kasi lauk ni khas buat sue hehehe, nnt makan masa dinner ya
sedap kak, rasa manis pedas tu, yang sedap tu, nnt akak try ya, makan ngan nasi putih pun sesuai
nampak menggiurkan daging beriani buah tamar tu... kita copy dulu resepinya ye. t.kasih..
Ini yang buat akak meleleh ni, teringat daging..
leh kan?
RSS feed for comments to this post.