
sumber dari google analytic ( yang warna hijau tu adalah negara yang telah lawati jmc)
Assalammualaikum dan selamat pagi di hari baru pada tahun 2012, seperti yang sedia maklum hari ni genaplah umur blog Bukan Sekadar Masakan ( BSM) atau lebih dikenali dengan JintanManis.Com 2 tahun bersiaran, 2nd Anniversary of this blog, kejap je masa berlalu kan, teringat lagi masa ros mula-mula ber-blog dulu, pada March 2007, kira-kira 5 tahun lepas, dan blog itu ialah damiacyan.multiply.com, 3 tahun lepas tu barulah ros guna domain sendiri.
Pelbagai episod suka dan duka ros harungi sepanjang waktu bersiaran, tidak semuanya indah, namun ros anggap semua tu asam garam dunia blogger, sebab alam maya dan internet ni susah untuk kita kawal, segala kemungkinan boleh berlaku dan sebagai seorang bloger ros kena bersedia.
Namun saat yang paling manis bagi ros ialah, minat dan usaha ros ni dihargai oleh keluarga dan kawan-kawan, terima kasih juga ros ucapkan buat suami yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan. Tanpanya ros takkan pergi sejauh ini.
Bila di imbas kembali pencapaian jintanmanis.com tahun lepas, Alhamdulillah dan syukur tak terhingga, melangkah setapak demi setapak, dan JM.Com juga berjaya mengukir nama di majalah dan akhbar, tiada jalan pintas untuk berjaya, usaha yang tidak pernah putus dan sentiasa memandang ke hadapan.
Antara kejayaan jintanmanis.com ialah, blog ini telah dilawati oleh pelawat dari lebih 100 buah negara, boleh rujuk gambar di bawah berserta dengan senarainye, serta blog ini juga tersenarai nombor satu dalam google malaysia jika keyword "blog masakan" di taip. Pada tarikh hari ini, jumlah akses telah mencapai lebih kurang 2.5 juta. Syukur Alhamdulillah.
Di kesempatan ini juga ros ingin ucapkan ribuan, jutaan terima kasih buat semua pelawat dan kawan-kawan yang selama ini berdiri belakang ros, tidak lupa juga pada senarai jiran-jiran sebelah, kawan blogger, geng-geng memasak, 4043 ahli fan page Bukan Sekadar Masakan di FB, Silent Reader. Sesungguhnya anda semua di hati ros, tanpa semua siapalah BSM. Terima Kasih Sekali Lagi, doakan Umur Blog ni ye, semoga terus maju dan aktif berkarya.
SELAMAT TAHUN BARU 2012

sumber traffic dari pelbagai jenis negara
