Masakan - Biskut/Pastri

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua pelawat, resepi kedua yang ros janji nak kongsikan, iaitu crispy crunchy almond chocolate cookies, punyelah panjang namanye kan, bagi ros ni adalah cookies resepi terbaik yang pernah ros ade, sebab hasilnye cukup garing, cukup rangup dan cukup sedap, anak-anak pun sekejap je dah habiskan setengah balang, sampai balang biskut ni ros terpaksa sorok, sebab kalau tak sorok mungkin boleh di habiskan dalam sehari je, resepi ni ros main campur bahan-bahan je, dan terhasilah resepi di bawah ni, jangan tunggu raya je baru nak buat biskut, ade masa dan cukup bahan boleh cuba buat biskut ni ye, pasti ramai yang menggemarinya, amat sesuai untuk penggemar coklat, Selamat Mencuba.

tu anak dara ros damia tengah tolong toppingkan cookies ni dengan white chocolate chip

Crispy Crunchy Almond Chocolate Cookies
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

250 gram tepung gandum
140 gram butter atau marjerin
30gram serbuk koko
120gram gula ( kalau nak senang gula hancur, blender gula hingga menjadi sugar powder)
1 biji telur
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
44gram serbuk kacang badam (almond powder)
secubit garam
2 sudu besar tepung kanji kentang (katakuriko) atau tepung jagung
sedikit white chocolate chip atau coklat cip atau coklat rice sebagai hiasan

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum, tepung kanji kentang,  serbuk koko dan baking powder, ketepikan, kemudian masukkan butter, gula dan telur di dalam bekas adunan, dan pukul menggunakan hand mixer hingga  gula agak hancur dan bahan sebati.

2. Selepas itu masukkan tepung yang diayak tadi bersama almond powder, esen vanila dan secubit garam, uli sebati, setelah menjadi doh, masukkan dalam plastic dan perap di dalam peti ais selama 30 minit hingga satu jam.

3. Setelah di perap, ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan, susun atas dulang pembakar, ulang langkah tadi sehingga semua adunan siap, tekan sedikit permukaan biskut dengan jari dan taburkan white coklat chips di atasnya.

4. Bakar pada suhu 180 darjah selama lebih kurang 25 minit. Sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai untuk selera anak-anak anda. Selamat mencuba.


sedikit tips untuk mendapatkan biskut yang rangup dari pengalaman sendiri @ rosmarlina jintanmanis.com

1. Gunakan mentenga atau marjerin yang sejuk, dan tidak perlu di biarkan terlalu lama di dalam suhu bilik, dalam erti kata lain, nak guna butter utk buat biskut baru keluarkan butter dari peti sejuk. ( maksud saya butter tu jgn lama sgt kt luar sampai teksturnya jadi cair)- biar dlm 5 minit or 10 minit boleh terus dipukul dgn gula.

2. Kuantiti butter atau marjerin haruslah separuh adunan dari kuantiti tepung atau lebih sedikit, jangan kurang, nanti biskut tidak akan rapuh.

3. Pastikan adunan di perap dahalu sebelum dibentuk, di dalam peti ais supaya bahan adunan mesra dan senang untuk dibentuk.

4. Alas dulang pembakar dengan dengan baking sheet atau kertas minyak supaya biskut senang untuk ditanggalkan dan biskut tidak patah apabila ingin di sejukkan.

5. Jangan gunakan air dalam adunan biskut, kecuali bahan telur.

6. Pastikan biskut disejukkan dahulu atas redai besi, baru di masukkan dalam balang kedap udara.

7. Masukkan sedikit tepung jagung atau tepung kanji kentang untuk membuatkan biskut lebih rangup dan ringan.

sebelum dibakar, inilah rupanya

wazhif yang sangat suke cookies ni, penuh dalam mulut...tangan nak capai lagi heheehehe

kejap je dah tinggal setengah balang

rupa agak kurang cun sikit, tapi rasa sangat lah sedap dan rangup

Nota: Kalau nak tambah jumlah almond powder pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya dan ros gunakan pure cocoa powder dalam adunan cookies ni, tu yang nampak gelap sikit coklatnye tu, tapi tak pahit ta.

Share

 

Comments  

 
-1 #2 hairani 2013-01-21 16:02
dah cuba buat semalam...mmg sedap dan rangup...anak2 dan suami mkn sambil tgk tv...tp smlm saya simpan dlm peti ais selama 3 jam..terlupa adunan terus keluar g jalan...tq kak kerana kongsi resepi biskut ni...
Quote
 
 
0 #1 mas 2013-01-16 09:59
amboiiii...menyelerakan betoi tengok wazhif makan sekut tu.....
ni yg tak sabar2 nak try....
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh