Masakan - Biskut/Pastri

Share

Salam dan selamat pagi di hari Jumaat yang mulia, musim sejuk ni kalau petang-petang tu asyik laporr je, stok biskut oreo dah habis pulak, kesian kat budak-budak ni, nak pergi kedai malas, sebabnya cuaca dah sejuk, nanti nak siapkan budak-budak 3 orang ni dah nak sejam, kena pakai baju berlapis-lapis, jadinya leceh, akhirnya ros decided buatkan biskut koko rangup je, dah dua kali dah ros buat kukis ni, sebabnya senang, takyah guna mixer dan main campur-campur je bahan dia, tak perlu gentel, cuma tekankan padat dalam loyang, senang sangat stepnye, kalau buat satu adunan tak cukup, jadinya ros buat terus 3 adunan, dapatlah satu balang saiz sederhana dan satu balang saiz kecil, jadilah buat oyatsu ( snack) kakak damia dan anas, bila dah siap bakar masing-masing laju je makan. : ) Resepi asal dari kak Yani Myresipi, memang ros rekomen lah resepi ni, rangup sangat hasil biskutnye, tak rugi mencuba, pada Kak Yani terima kasih ya atas resepi yang maveles ni, izinkan ros copy dan kongsikan di JMC ya.

Biskut Koko Rangup
sumber resepi asal: Kak Yani Myresipi

resepi di bawah ros dah gandakan siap-siap untuk 3 adunan,  untuk resepi asal yang satu adunan tu boleh Klik SINI

Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )- ros guna 2 acuan petak berukuran 18cm.

150gram mentega tanpa garam
*210gram tepung
*45gram serbuk koko
*1/2 sudukecil serbuk kulit kayu manis
*1/2 sudukecil baking powder
*120gram gula perang
*secubit garam

Cara-cara
1. potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper

2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.

3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.

4. Bakar selama 25-30 minit.

5. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan. Selamat Mencuba.

sungguh kaya dengan rasa coklat dan harum aroma cinnamon

rangup dan sedap dikunyah

Nota: Ros gunakan butter biasa je, nak cari butter yang xder garam tak jumpe pulak, lagi satu, kalau boleh jangan ganti gula perang tu pada gula pasir ya, sebab nanti tak rangup ataupun doh menjadi terlebih manis, kekalkan je penggunaan gula perang untuk hasil yang memuaskan, anak-anak pasti menggemarinya.

Share

 

Comments  

 
0 #8 Husna 2013-07-31 15:41
Akak yg pakar, saya nak tanya boleh ke kalau sebelum masuk oven kita dah tekap2 siap2 adunan dgn cookie cutter? ada apa perubahan ke dari segi ape2?

sy nak buat ni utk raya ni hehe

thank youuuu sgt
Quote
 
 
0 #7 inari kikada 2012-08-09 22:07
akak, tepung 2 gune tepung ape? gandum bleh ke?
Quote
 
 
+2 #6 2011-08-19 09:04
Ros,
Mana satu bahan2 yang bertanda *? Tq.
Quote
 
 
0 #5 2011-08-18 09:08
Pn ros nak tanya, bahan yg bertanda * yg mana satu ek..ker saya yg tak perasan..thx.
Quote
 
 
+1 #4 2010-12-16 15:21
Quoting suriati ishak:
tumpang lau...tahniah....best sungguh blog ni...banyak info n resepi best...boleh tolong recommend brand breadmaker yang bagus tak? budget >rm500...tak sabar nag 'meroti' mcm awak...tqvm :-)

salam suriati, saya skrg kt jepun, saya tak tau bread maker ape kt malaysia, sori ya tak dpt nak bantu, nnt cuba tanya kwn2 yang lain ya...blog biasa je ni, trima kasih sudi jengah ya
Quote
 
 
+1 #3 2010-12-16 15:20
Quoting fiza:
sangat senang .. tahap rajin jer ada ke x de..

senang sgt, sedap pun sedap, nnt try ya
Quote
 
 
+1 #2 2010-12-10 23:56
tumpang lau...tahniah....best sungguh blog ni...banyak info n resepi best...boleh tolong recommend brand breadmaker yang bagus tak? budget >rm500...tak sabar nag 'meroti' mcm awak...tqvm
Quote
 
 
+1 #1 2010-12-10 12:31
sangat senang .. tahap rajin jer ada ke x de..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh