Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 545 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Biskut/Pastri

Chocolate Chips Scone ( campuran tepung atta)

Masakan - Biskut/Pastri

Assalammmualaikum WBT dan selamat pagi semua, semalam ros cuba ber-eksperimen dengan tepung atta, bila ros google ape kandungan tepung atta ni, rupanya tepung atta same dengan tepung wholemeal, jadinya ape jua masakan dari tepung atta ni hasilnya akan jadi lebih berat, khasiat yang ade dalam tepung atta ni pun tinggi dari tepung putih biasa, lepas tu laju je ros ke dapur buat scone, alhamdulillah menjadi, untuk anak-anak ros le takkan chocolate chip, bila dah siap bakar tu, semua anak-anak ros suke makan, ingat nak sapu dengan nuttella , tak sempat juga...diaorang makan macam tu je, ros gabungkan sedikit tepung gandum dalam adunan ni supaya scone tidak teralu berat, hasilnye scone jadi rangup di luar dan lembut didalam, pada sesiapa yang nak mencuba, boleh rujuk resepi dibawah ni ye, Selamat Mencuba.

Chocolate Chips Scone (tepung atta)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

150gram tepung atta
115gram tepung gandum
70gram mentega
50gram gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
sedikit coklat chip
50ml susu segar

Cara-caranya

1. Mula-mula cairkan mentega di dalam kuali atau microwave, kemudian pukul telur dengan menggunakan garpu, asingkan 1 sudu besar telur yang siap dikocak tadi ke tepi, telur yang di asingkan ini akan digunakan untuk gliss pada permukaan scone nanti.

2. Didalam bekas adunan, masukkan tepung atta, tepung gandum dan baking powder, kacau sebati menggunakan sudu atau senduk kayu, kemudian masukkan garam, gula, butter yang dicairkan tadi, gaul sebati adunan , selepas itu masukkan susu segar, uli sehingga menjadi doh.

3. Akhir sekali masukkan coklat chip dan uli lagi,balut doh dengan plastik wrap dan perap adunan selama 1 jam di dalam peti ais, setelah diperap, terap adunan, ketebalan lebih kurang 3mm ke 4mm, ambil acuan bulat dan tekap, ulang langkah tadi sehingga adunan habis. Susun scone di di atas dulang pembakar dan gliss permukaan scon dengan baki telur tadi, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit atau sehingga permukaan scone perang. Selamat Mencuba.

scone yang kecik-kecik je ros buat

rangup bahagian luarnya

lembut bahagian dalamnye, cicah dengan kopi susu sedap tau

- scone sedap dimakan bersama jem strawberry ataupun krim coklat. masukkan ape jua perasa kegemaran anda dalam adunan ini, kismis ke, koko ke...mengikut selera masing-masing.

 

Almond Crumble Choux Cream

Masakan - Biskut/Pastri

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni ros nak kongsikan resepi amond crumble choux creram, kiranya choux cream ni cream puff lah, letak krim custard dalamnye, cuma kali ni ade kelainan sikit sebab ros letakkan almond crumble atasnya, ros ikut resepi dari rancangan masakan jepun NHK, cara buat choux cream tu sama je dan boleh ikut cara kak Yani dari website Myresipi, cuma letak kan crumble atasnya, resepi ni dari Chef Sadaharu Aoki.

Almond Crumble Choux Cream
Sumber resepi: Chef Sadaharu Aoki dan rancangan Masakan NHK
Sumber resepi yang di alih bahasa: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
20gram butter tanpa garam
20gram serbuk gula
20gram tepung gandum
20gram almond powder

cara-caranya
1. Campurkan tepung gandum, almond powder dan gula di dalam bekas adunan dan gaul sebati, kemudian masukkan butter dan uli sehingga menjadi doh.
2. kepalkan memanjang dalam ukuran 4cm dan simpan di dalam peti ais sebelum di potong dan di letakkan di atas choux cream nanti.
3. Kemudian buat Cream Puff.

- Sebelum Bakar Cream Puff nanti keluarkan adunan almond crumble dan potong lebih kurang 2.5mm dan letakkan di atas cream puff sebelum di bakar dan bakar cream puff seperti biasa mengikut resepi di bawah.

Cream Puff
Sumber resepi: Kak Yani Myresipi

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

4.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

7.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

10.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

- Sebelum bakar keluarkan adunan almond crumble dan potong senipis 2.5mm dan letakkan di atas cream puff, ayak sedikit tepung di atas cream puff tadi dan bakar mengikut suhu dan masa di bawah.

11.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

12. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Nak lihat step by step Bergambar dari Resepi Kak Yani cara buat Cream Puff boleh Klik SINI Ya

rangup je almond crumble atas cream puff ni

anak-anak sangat suke choux cream ni

krim custard yang lemak berkerim disukai ramai.

Nota: Kalau nak sedap krim kastard boleh letakkan sikit fresh cream dalamnye, tekstur kastard krim puna kan jadi lebih sedap dan senang untuk dipiping dalam cream puff nanti.

 

Crispy Crunchy Almond Chocolate Cookies

Masakan - Biskut/Pastri

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua pelawat, resepi kedua yang ros janji nak kongsikan, iaitu crispy crunchy almond chocolate cookies, punyelah panjang namanye kan, bagi ros ni adalah cookies resepi terbaik yang pernah ros ade, sebab hasilnye cukup garing, cukup rangup dan cukup sedap, anak-anak pun sekejap je dah habiskan setengah balang, sampai balang biskut ni ros terpaksa sorok, sebab kalau tak sorok mungkin boleh di habiskan dalam sehari je, resepi ni ros main campur bahan-bahan je, dan terhasilah resepi di bawah ni, jangan tunggu raya je baru nak buat biskut, ade masa dan cukup bahan boleh cuba buat biskut ni ye, pasti ramai yang menggemarinya, amat sesuai untuk penggemar coklat, Selamat Mencuba.

tu anak dara ros damia tengah tolong toppingkan cookies ni dengan white chocolate chip

Crispy Crunchy Almond Chocolate Cookies
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

250 gram tepung gandum
140 gram butter atau marjerin
30gram serbuk koko
120gram gula ( kalau nak senang gula hancur, blender gula hingga menjadi sugar powder)
1 biji telur
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
44gram serbuk kacang badam (almond powder)
secubit garam
2 sudu besar tepung kanji kentang (katakuriko) atau tepung jagung
sedikit white chocolate chip atau coklat cip atau coklat rice sebagai hiasan

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum, tepung kanji kentang,  serbuk koko dan baking powder, ketepikan, kemudian masukkan butter, gula dan telur di dalam bekas adunan, dan pukul menggunakan hand mixer hingga  gula agak hancur dan bahan sebati.

2. Selepas itu masukkan tepung yang diayak tadi bersama almond powder, esen vanila dan secubit garam, uli sebati, setelah menjadi doh, masukkan dalam plastic dan perap di dalam peti ais selama 30 minit hingga satu jam.

3. Setelah di perap, ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan, susun atas dulang pembakar, ulang langkah tadi sehingga semua adunan siap, tekan sedikit permukaan biskut dengan jari dan taburkan white coklat chips di atasnya.

4. Bakar pada suhu 180 darjah selama lebih kurang 25 minit. Sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai untuk selera anak-anak anda. Selamat mencuba.


sedikit tips untuk mendapatkan biskut yang rangup dari pengalaman sendiri @ rosmarlina jintanmanis.com

1. Gunakan mentenga atau marjerin yang sejuk, dan tidak perlu di biarkan terlalu lama di dalam suhu bilik, dalam erti kata lain, nak guna butter utk buat biskut baru keluarkan butter dari peti sejuk. ( maksud saya butter tu jgn lama sgt kt luar sampai teksturnya jadi cair)- biar dlm 5 minit or 10 minit boleh terus dipukul dgn gula.

2. Kuantiti butter atau marjerin haruslah separuh adunan dari kuantiti tepung atau lebih sedikit, jangan kurang, nanti biskut tidak akan rapuh.

3. Pastikan adunan di perap dahalu sebelum dibentuk, di dalam peti ais supaya bahan adunan mesra dan senang untuk dibentuk.

4. Alas dulang pembakar dengan dengan baking sheet atau kertas minyak supaya biskut senang untuk ditanggalkan dan biskut tidak patah apabila ingin di sejukkan.

5. Jangan gunakan air dalam adunan biskut, kecuali bahan telur.

6. Pastikan biskut disejukkan dahulu atas redai besi, baru di masukkan dalam balang kedap udara.

7. Masukkan sedikit tepung jagung atau tepung kanji kentang untuk membuatkan biskut lebih rangup dan ringan.

sebelum dibakar, inilah rupanya

wazhif yang sangat suke cookies ni, penuh dalam mulut...tangan nak capai lagi heheehehe

kejap je dah tinggal setengah balang

rupa agak kurang cun sikit, tapi rasa sangat lah sedap dan rangup

Nota: Kalau nak tambah jumlah almond powder pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya dan ros gunakan pure cocoa powder dalam adunan cookies ni, tu yang nampak gelap sikit coklatnye tu, tapi tak pahit ta.

 

Biskut Arab Susu dan Salam Aidiladha Buat Semua

Masakan - Biskut/Pastri

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, lama tak mengupdate blog ros ni, ros tak berapa sihat sangat dua tiga hari n, demam...rasa tak larat je, alhamdulillah bila dah makan ubat dan rehat, demam pun dah kebah, cuma tinggal batuk n selsema je, semalam ros buat nasi dagang, lepas tu sempat gak buat dua jenis biskut raya, tart nenas gulung dengan biskut arab, lama dan intai resepi biskut arab ni kat blog kak yatie, baru lah semalam rajin nak membuatnye, mengikut kata kak yatie resepi asal nye dari FB Siti Norhafizah terima kasih ya pada fizah dan kak yatie sebab panjangkan resepi biskut arab yang sentiasa menjadi idaman ros ni, suke rasa biskut ni, sbb ade susu, anak-anak pun laju je makan, izinkan ros kongsikan di sini pula ya kak Yatie...terima kasih banyak-banyak ya kak.

Di kesempatan ini ros sekeluarga nak ucapkan selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pelawat blog jintanmanis.com, maaf zahir batin dan semoga kita bergembira meraikan nye walau dimana jua kita berada, makan sedap-sedap tu ingat kami di perantauan ni ye. Dengan tulus ikhlas dari Yusop Bin Ali, Rosmarlina Binti Abd Gani, Musfirah Damia Binti Yusop, Dhiyauddin Anas Bin Yusop dan Dhiyauddin Wazhif Bin Yusop, Osaka, Japan.

biskut arab yang beratur untuk dibakar

Biskut Arab Susu
Sumber resepi: FB Siti Norafizah dan Kak Yatie Sinar Kehidupanku

Bahan-Bahan ( ros buat separuh adunan dari bahan di bawah)

2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak)
ceri merah secukupnya-potong kecil2

** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara

1. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

3.bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.

4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!

siap salut dengan gula icing dah

sangat rapuh dan sedap bila dimakan : )

sempat juga buat tart nenas gulung semalam : )

Nota: Ros tak hias pun biskut arab ni dengan ceri merah, sebab takde, bulat2 kan je, lepas tu kan kalau nak letak inti kancang tumbuk pun boleh tau, Selamat Mencuba.

 

Biskut Kacang Rapuh

Masakan - Biskut/Pastri

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, hari isnin yang lepas ros buat biskut kacang rangup ni, ros tak guna pun minyak jagung mazola, ros guna minyak masak biasa je, sebab nak buat sangatkan, maknanye guna je lah bahan yang ade kt dapur tu, dan ros tambahkan sedikit tepung kanji kentang dalam adunan biskut ini supaya biskut yang dihasilkan ringan dan rangup, lagi satu kat Jepun ni ros guna kacang yang sedia utk dimakan tu je, kacang tanah mentah susah nak dapat, Alhamdullillah hasilnya tidak mengecewakan, sedap dan biskut kacang yang dihasilkan sangat rapuh, cik abang ros pun suke makan. Kalau nak ikut resepi ros ni dipersilakan, jangan risau, confirm jadi punye..heheehehe : ) Selamat Mencuba.

Biskut Kacang Rangup
Sumber resepi: rosmarlina@ jintanmanis.com

330 gram kacang tanah ( ros guna kacang tanah yang siap goreng dan dibuang kulit tu)
300 gram tepung gandum
110ml minyak masak biasa
150 gram gula castor
2 sudu kecil baking powder
50gram tepung kanji kentang
2 sudu besar mentenga kacang
1 sudu kecil garam

untuk gliss, satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning.

cara-caranya

1. Kacang tanah diblender hancur.

2. satukan gula castor, kacang tanah, baking powder, mentega kacang, tepung kanji kentang dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal. Biarkan adunan selama 30 minit sebelum di bentukkan.

3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan  bakar pada suhu 170 ke 180 darjah selama 17 ke 18 minit atau sehingga permukaan biskut perang.

4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang kedap udara, selamat mencuba.

biskut kacang yang baru siap dibakar

ros buat kecik-kecik je, supaya senang nak makan

rapuh dan rangup teksturnya dan kaya dengan aroma kacang

Nota: Kalau nak lekatkan kacang tanah sebagai hiasan pun boleh, dan bakar biskut ni kejap je tau, namapk dah perang boleh terus angkat.

 
More Articles...
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1344
mod_vvisit_counterSemalam7761
mod_vvisit_counterMinggu ini25416
mod_vvisit_counterMinggu lepas52417
mod_vvisit_counterBulan ini9105
mod_vvisit_counterBulan lepas228503
mod_vvisit_counterJumlah8626517
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..