Masakan - Ayam

Share

 

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadhan kan, jadinya ros di sini dah mula rendam telur masin, kali ni ros guna telur ayam yang kulitnye warna coklat cair dan putih, campur je, janji namanye telur, ros buat 16hb Jun yang lepas, nanti bila dah mula puasa, ngam-ngamlah boleh di makan, ros buat dalam 18 biji, saje buat banyak, sebab nanti kalau nak buat nasi kerabu dan ade majlis berbuka ramai-ramai boleh hidangkan, masa yang diperlukan untuk perap telur ni lebih kurang 20,25 ke 30 hari, terpulang pada size telur dan kemasinan air rendaman, yang pastinya kalau boleh telur tu harus dibasuh bersih, sambil selawat dan jemur kejap kt luar, bila dah kering bawa masuk dan boleh direndam  dalam air masin yang telah sejuk, Resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, Selamat Merendam Telur..: )

gambar telur masin taun lepas (2012)  yang telah direndam selama 20 hari elok je kuning nye : ) - gambar sebagai contoh setelah telur masin direbus

 

Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa ( lebih kurang  250gram ke 300gram gram)
air secukupnya dalam ( 1.5Litre air)

( bila air garam tu sudah sejuk, boleh rasakan kemasinan airnya, kalau terlalu masin boleh tambah sedikit air)

bekas
balang kaca

Cara-Caranya

1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.

2.  Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.

3. susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.

4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 18 hari ke 21 hari, masa dah 18 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi dan kuning telur telah jadi merah, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.

baru 10 hari rendam ni : )

dalamnye tak tau lagi dah serap air masin ni ke belum

nanti mula puasa boleh rebus dah

harap semua elok lah jadinya

gambar yang jadi ni gambar telur masin taun lepas punye 2012, buat contoh je, yang telur masin taun 2013 tengah tido dalam almari tu : )

 

 

Share

 

Comments  

 
0 #14 Iez 2013-07-24 21:19
assalam sis..sy dh download ebook sis..
tq coz share ilmu..

nama: fatin
lokasi : melaka
tarikh :24/7/13
Quote
 
 
0 #13 Atti 2013-07-24 09:08
as salam.saya dah download e-book.terima kasih byk2.
Lokasi: Clayton North, Victoria, Australia
Quote
 
 
0 #12 wina 2013-07-22 09:50
tq Puan Ros
nama wina
lokasi selangor
tarikh 22-7-2013
Quote
 
 
0 #11 hanani niigata 2013-07-20 07:47
salam kak ros!!! menjadi yeyy!! sgt2 hepi nani rendam dlm 21 hari ^^ nnt lps blek dr summer holiday igt nk buat stok lg hehe
Quote
 
 
0 #10 ciktim 2013-07-17 15:17
terima kasih atas ilmu yg dikongsi ,

dari ciktim
negeri melaka bersejarah - pantai puteri
16/07/2013
15:15pm Malaysia time .
Quote
 
 
0 #9 Azlina 2013-07-16 08:51
Nama: Azlina Abdullah

lokasi: Dungun, Terengganu

Tarikh: 16/07/13
Quote
 
 
0 #8 noor ainnilwahida alias 2013-07-14 21:57
alhamdulillah berjaya sy dwnld e-book akak.thanx akak masukkn skali yg thn lps coz last year i can't make it.thanx again

wahida
gua musang,kelantan
12/7/2013
Quote
 
 
+1 #7 linda 2013-07-13 15:26
aslmkum kak ros...saya suka tgk resepi kat blog akak..mohon share ye resepi telur masin ni..selama ni mkn telur masin itik je, telur ayam xpernah rasa lagi..
Quote
 
 
0 #6 Tg Sulaiman Sulong 2013-07-11 15:46
as'kum...puan ros,ayahku mntak izin download e-book untk simpanan saya shj.Pesara dan OKU.
Dari teluk lipat,Dungun,Te rengganu.
15.40 hrs-trkh. 11.07.2013.
Quote
 
 
0 #5 Atiqah 2013-07-11 15:18
Salam Kak Ros.Saya pun dah cuba resepi kak Ros ni dan alhamdulillah telur masin yang saya buat jadi.Sekarang ni ada lagi satu balang telur masin yang masih dalm proses penjerukkan.
Quote
 
 
0 #4 achun 2013-07-06 14:24
mintak izin nak kongsi artikel ni...
Quote
 
 
0 #3 Akmal Aizat 2013-07-06 10:22
Terima kasih atas perkongsian.
Quote
 
 
0 #2 Akmal Aizat 2013-07-06 10:22
Terima kasih atas sharing. Baru tahu proses buat telur masin. Tapi kenapa tak ada disalut habuk hitam diluar macam beli di kedai tu?
Quote
 
 
0 #1 Azira aziz 2013-07-04 00:17
Alamak kena perap lama ker?? Baru dok gugel2 resipi hari ni posa da nak dekat plak huhuhu... Kempunan le nampaknye
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh