
Dalam masa pregnant ni baru dua kali makan hati ayam, kata doktor hati elok untuk tambah darah, jadinya ros masaklah hati ayam tumis lada api, campur hirisan kobis dan kacang buncis, sedap jugak, sesekali pekena hati ayam ni, tapi tak boleh makan selalu, tak elok...sebab organ dalaman kan...sesekali takpe : ) , di bawah ni ade resepinya..: )
Bahan-bahanya
200gram hati ayam
1/2 paket kacang buncis ( boleh ganti dengan kacang panjang)
Sedikit hirisan kobis
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili padi ( kalau nak pedas lagi boleh tambah)
garam
sedikit serbuk kunyit.
Cara-caranya
1. Rebus dahulu hati ayam bersama 1 keping asam gelugor dan 1 sudu kecil garam, tapi jangan lama sangat rebus tu, agak-agak lah hati tu dah separuh masak, angkat dan toskan.
2. Kemudian tumbuk halus bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga hancur, kalau nak cincang halus pun boleh. Ros cincang halus je, sbb takde lesung batu.
3. Hiris serong kacang buncis dan hati ayam dipotong 2 atau 3 bahagian kecil , panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi, hingga agak garing, masukkan serbuk kunyit dah hati ayam. Kacau sebati.
4. Jika terlalu kering masukkan suku cawan air, akhir sekali masukkan kacang buncis dan hirisan kobis, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Bila kacang buncis dan kobis agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

kalau tak suke hati ayam,boleh ganti juga dengan hirisan daging atau ayam

Nota: Kalau hati yang telah direbus tadi tu nak goreng kejap pun boleh, lagi sedap rasanya, ikutlah selera masing-masing ya.
|

Raya, raya, raya...belum puasa lagi dah nak raya, menu ala-ala juadah di hari lebaran, bukannya apa, saja je ros buat, sebab stok ketupat segera saiz mini tu ade banyak, pemberian dari Kak Aini tempoh hari, lagipun ketupat segera ni feveret anak-anak, tapi menu anak-anak ros buatkan sup ayam je, ros gandingkan ketupat segera ni dengan rendang ayam daun kunyit, cuma kali ni ros tambah 1/2 biji bawang besar saiz kecil, dan kasi up sikit kuantiti santan tu, guna terus 1 tin santan 400ml, bila dah masak, cantik je pecah minyak nye, kolestrol belakang kira buleh? hihihi...nak buat pun kejap je, main lebur-lebur dan kacau, lepas tu dah boleh makan..antara rendang feveret kami sekeluarga. : )
Bahan-bahanye 3/4 ekor ayam ( dipotong sederhana lebih kurang 7 ke 8 bahagian) 1/2 buku lengkuas saiz kecil ( buleh digantikan dengan halia) 1/2 biji bawang besar 2 batang serai ( 1 batang dikisar, 1 batang lagi dititik) 7-10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah) 1 tin santan segera ( 400ml) sedikit kunyit serbuk ( kalau guna kunyit hidup lagi sedap) garam 1 helai daun kunyit ( kalau nak masukkan kerisik pun boleh juga, ros tak letak sebab kuantiti santan tu dah memadai)
Cara-caranya 1. Kisar halus cili padi, 1 batang serai, bawang besar, kunyit hidup dan lengkuas dengan sedikit air, kemudian curah dalam kuali, biarkan seketika.
2.Selepas itu masukkan ayam dan 1 batang serai yang dititik, biarkan air ayam kering sedikit baru masukkan santan. Sesuaikan rasa, masukkan garam.
3. Masak sehinga ayam empuk dan kuah agak pekat serta pecah minyak, akhir sekali baru masukkan hirisan daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai dimakan bersama ketupat segera atau nasi panas. Selamat mencuba.

rendang ni kalau lagi kerap dipanaskan lagi sedap

Nota: Kalau nak berkuah pun boleh jugak, jangan masak rendang terlalu kering, bila dah pecah minyak tu boleh terus tutup api, kitakan macam-macam selera, ade yang suke rendang kering ade juga yang suke ade kuah sikit, baru sedap bila gaul dengan nasi kan. : )

Hari ni mari kita cuba masakan seberang pulak ye, Dah lama buku resepi ni terperap atas para tu, buku resepi ni pemberian Iejay Zakaria tempoh hari, belek punye belek berkenan pulak dengan satu resepi telur ni, bahan pun senang, bila dah siap masak tu, sedap je rasa telur bumbu bali ni, satu lagi variasai masakan telur, kalau tak tu asyik lah buat telur dadar je : )
Bahan-bahanya- sumber resepi dari Chef Sarji Ramli dari buku Kompilasi Masakan Indonesia
250gram tempe 6 biji telur rebus ( ros masak biji telur je) 1 batang serai - dititik 1 sudu makan kicap manis 1 sudu kecil gula merah 1/2 sudu kecil belacan 1/2 sudu kecil garam
Bahan (A) dikisar 6 biji cili merah 4 biji buah keras ( x letak sbb takde stok) 4 ulas bawang putih 4 biji bawang merah 1 inci halia
Cara-caranya
1. Telur digoreng hingga kekuningan. Ketepikan
2. Kemudian goreng tempe setengah masak dan toskan.
3. Tinggalkan anggaran dua sudu makan minyak dalam kuali dan tumis bahan A dan serai hingga naik bau.
4. Masukkan kicap, belacan, garam dan gula merah.
5. Kemudian masukkan telur dan tempe. Kacau sampai rata, biarkan sekejap hingga sebati, tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

ni lah buku masakan Indonesia tu

sedap jugak telur bumbu bali ni : )

Nota: Kalau goreng telur rebus tu jangan garing sangat, nanti keras pulak permukaan telur rebus tu, lagi satu tempe tu ros goreng sampai masak dan garing sikit, baru sedap kunyah nanti : )

Antara menu washoku ( masakan jepun) yang femes, tak kisahlah, untuk sarapan ke, lunch ke ataupun dinner, nak buat menu bekal pun takpe, tapi kalau buat tamago yaki ni kena guna kuali petak nye yang tersendiri, baru cantik je jadinya nanti.
Bahan-bahannya
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk dashi
2 sudu kecil soyu ( kicap cair jepun)
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil bancuhan katakuriko ( tepung kentang)
Cara-caranya
1. Telur dipukul bersama soyu, dashi dan gula, pukul menggunakan garpu sehingga sebati, kemudian masukkan bancuhan katakuriko, pukul lagi.
2. Panaskan kuali petak dengan sedikit minyak dan curahkan sedikit bancuhan telur tadi, biarkan masak sebentar dan gulung, ulang langkah tadi hinggga bancuhan telur habis, lebih kurang 3 kali lah.
3. angkat dan potong beberapa bahagian, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

frypan petak yang ros gunakan
Nak tengok cara penggulungan dan cara memasak tamogo yaki ni, boleh click Youtube ni ye.

dah siap gulung dah

Nota: Rasa tamago yaki ni manis-manis sikit, kalau nak campur hirisan nori ( seaweed) pun boleh, anak-anak ros memang suke sangat dengan tamago yaki ni.

Menu gandingan dengan strawberry cheese cake sabtu lepas, ros buat ayam bakar mayonis ni, resepi dah pernah letak sebelum ni, ros buat setengah ekor ayam je (500gram) , bila dah siap makan tu rasa tak cukup pulak, sedap sangat, sebab lama tak makan kot, menu sampingan bagi ayam bakar ni, ros buat kentang putar dan salad sayuran je. hari ni dengan rajin nya ros copy balik dan paste kan resepi ayam bakar blackpaper mayonis semula, tu ade kat bawah tu, kalau dah takde idea nak masak ape hari ni boleh try resepi ringkas ni ya...: )
Bahan-bahannye ( sumber resepi
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
) 1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu) 1 sudu kecil serbuk lada hitam 2 cm halia ( agak-agak je) 2 ulas bawang putih 1/4 biji bawang besar 1 sudu besar madu 1 sudu besar gula 1 sudu kecil kicap manis 1/2 sudu kecil garam 2 sudu besar mayonis sedikit lada sulah
Caranya 1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam. 2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau satu jam, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.
( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

kentang putar dgn sos lada hitam dan salad sayur-sayuran

sedia untuk dihidangkan

ayam bakar mayonis bahagian dada dan kepak
Nota: Kalau nak perah sedikit lemon atas ayam panggang ni pun boleh, ros suke resepi ayam bakar ni sebabnya senang nak buat, rasa pun sedap, lainkali kalau nak puas makan kena buat satu ekor lah, lagipun satu ekor ayam tu pun 1kg je : )
|
|