Pembuka Bicara
Assalammualaikum wbt, buat kawan-kawan dan semua pelawat, terlebih dahulu ingin Ros mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi, kerana diberikan peluang untuk memiliki Blog dengan nama domain sendiri, berkat dari dorongan suami tercinta, maka terhasillah jintanmanis.com.
Makaroni Sarada
Menu lengkap, ade pasta dan sayur-sayuran, makan ni saje pun dah kenyang, ros tiru menu dekat hospital ni, cuma sayuran tu ros guna bahan yang ade kat rumah je, suke rasa creamy makaroni sarada ni nak buat pun senang, resepi ade kat bawah ni ya. : ) Bahan-bahanya 50gram makaroni ( ros guna yang bentuk silinder panjang tu) 1 biji kentang saiz kecil 1/2 cawan mix vegetable beberapa helai daun salad 1/2 biji tomato 3 sudu besar mayonis 1/2 sudu kecil gula sedikit lada sulah secubit garam Cara-caranya 1. Rebus makaroni mengikut arahan pada paket, tos dan ketepikan, kemudian rebus pula kentang hinggga empuk, lecek kentang dan satukan dengan makaroni. 2. Rendam sebentar frozen mix vegetable dengan air panas dan tapiskan bagi mengeluarkan air yang berlebihan, kemudian satukan dengan kentang dan makaroni tadi, campurkan mayonis, lada sulah, gula dan garam. 3. Alas piring dengan daun salad dan letakkan makaroni sarada di atas daun salad, hiaskan dengan hirisan tomato, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
nak tambah dengan hirisan telur rebus pun boleh
Nota: Nak lagi sedap boleh campurkan juga dengan hirisan timun dan bawang besar, lagi tambah seri dan zat sayuran pada makaroni sarada ni nanti. Aiskrim Tembikai
Kat Malaysia sekarang musim durian, manggis,rambutan, jeles je tengok kawan-kawan yang upload gambar buah-buahan ni semua, sedapnye dapat makan buah-buahan tempatan yang segar kan, yang kat jepun pulak musim tembikai, peach, cherry, panas-panas ni sedap je makan aiskrim, ros buat aiskrim tembikai ni dua hari lepas, baru hari ni teringat nak makan, rasa aiskrim yang lain dari yang lain, kalau tak caya, cepat beli tembikai merah dan cuba buat aiskrim ni, bagi ros sedap jugak, cuma aiskrim ni mudah cair sikit, kalau dah scop tu, kena terus makan, tak boleh biarkan lama-lama. Resepi asal dari myresipi, sumbangan Nadia, terima kasih banyak-banyak, izinkan ros copy dan kongsikan di JMC ya..: ) Bahan-bahanya ( sumber resepi dari myresipi Nadia) 300cc tembikai ( ros guna 200ml)1sb madu ( x letak) 300cc fresh cream ( ros letak 200ml) 3 sb gula halus ( 2 sudu besar) Cara-cara 1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus 2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit. ( ros pukul sampai creamy dan agak kental) 3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan. 4. Bekukan dalam freezer 5. Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali. ( ros pukul sekali je, pastu terus simpan dalam freezer- kes malas nak pukul banyak kali lah ni hehheehe)
light je warna pink aiskrim tembikai ni, lawa je nampak...: )
Nota: kalau nak toppingkan dengan sos strawberry ke, hirisan tembikai kiub ke pun boleh jugak, ros makan macam tu je, sebab malas nak topping2...amik gambar pun main snap je tu..: ) 14+8=22 Placenta Previa Part 2
Bersambung dengan Part 2, setelah ros ditempatkan di ICU, keadaan ros masih tidak stabil, mengigil, sakit kepala, berdebar-debar, dan badan lemah, kesan dari ubat yang ros ambil dan disebabkan kehilangan darah yang banyak pada hari sebelumnya, makan pun tak lalu sangat, perasaan dan hati asyik ingat kat anak-anak je, sampai termimpi-mimpi. 14 Hari di tahan di ICU tu memang di jaga dengan rapilah,2 jam sekali nurse datang check, degupan jantung baby dan keadaaan ros, 5 hari duduk bilik sorang, lepas tu ros mintak bilik kongsi-kongsi sebab rasa sunyi sangat, abang pun tak boleh datang lawat ros hari-hari sebab anak-anak takde siapa nak jaga, dalam masa ni abang kena cuti, nasib baik ade annual leave, yang ros rasa bersyukur sangat ialah sepanjang ros berada di hospital, anak-anak sihat je, tak demam. Alhamdulillah Allah permudahkan Hal keluarga dan anak-anak ros. Bila dah terlalu lama di hospital, makanan semua rasa tawar, mengadu juga dengan husband ros, dan ke-esokkan hari nya, abang bawakkan ros kari ayam, dua hari lepas tu cekodok pisang, tak sangka betul, dalam sibuk-sibuk uruskan rumah dan anak-anak tu sempat lagi dia masakkan untuk ros, memang terharu sangat. Masa ni lah, telefon bimbit (i-phone) ros menjadi kawan paling rapat, dapat mesej, call dan dapat juga melayari internet di kala kebosanan, dan masa ni juga, berita yang cukup membuat ros tersenyum, iaitu 13 resepi roti ros diterbitkan di dalam majalah minggu wanita, ramai yang ucap tahniah, gembira di kala duka, dan selang beberapa hari lepas tu, hari lahir anas pula yang ke-2,tiada kek hari jadi, tiada hadiah, hanya ucapan dan gambar anas sahaja menjadi tatapan, hari tu ros hiba dan sedih je. Tarikh penting yang berlaku sepanjang ros di hospital ialah 1-8 Julai = Gambar dan resepi ros masuk majalah mingguan wanita 7 Julai = Genaplah 5 Tahun ros datang ke Jepun, hari rasmi menjadi perantau. 8 Julai = Hari Lahir Anas yang ke-2 tahun. Setelah 2 minggu di Aizenbashi Hospital, 9 Julai, Jumaat, ros ditukarkan pula ke Hospital Osaka Center, masa ni naik ambulance lagi, Hospital biasa yang ros selalu gi checkup tu, ingatkan dah boleh balik rumah dah,rupanya kena tahan lagi seminggu sebab doctor kata margin untuk masukkan air pada ros tak cukup lagi, kecewa sungguh masa ni, abang pun terkejut, yelah kan cuti dah habis, fikir punya fikir, ros minta Kak Tatie tolong jagakan anak-anak ros sementara abang keje, bayangkan lah anak-anak kena bangun se-awal 6 pagi, perjalan pergi dan balik dari rumah kami ke rumah Kak Tatie mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah pergi dan 1 jam setengah balik, lepas hantar anak abang kena pergi keje pulak, kesian sangat dengan anak-anak dan abang masa ni, berkorban demi ros, itu abang kena shift pagi, kalau shift petang pulak kena bertolak dari rumah pukul 10 pagi dan abang ambil budak dalam pukul 10.30 malam dan sampai rumah lebih kurang pukul 12 tengahmalam, anak-anak pun kepenatan terus tido. Ade juga hantar anak dekat rumah Jey dan kak Ayu, memang masa ni berterima kasih sangatlah kat 2 keluarga ni, semua memberi semangat dan ringan tulang menolong kami di kala kami dilanda kesusahan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasn budi baik Kak Ayu dan Kak Tatie sekeluarga. Hari Rabu tu, jumpe doktor dan cakap ros dah tak tahan duduk hospital lagi , sebab kesiankan anak-anak, doktor tu paham dan dia kata esok, khamis dia akan buat pemeriksaan teliti pada kandungan ros, dan Alhamdulillah jumaat tu doktor dah kasi balik, sebab plasenta dah naik atas balik dah, masa ni gembiranya tak terkata lah, setelah 14 hari di ICU dan 8 hari di wad biasa , total 22 hari menjalani hidup di hospital, dah rasa memang lama sangat dah, tak sabar nak tunggu jumaat, tapi doktor kata ros tak boleh buat keje berat lagi, kena duduk rehat macam o himesama ( tuan puteri ) kerana ros masih di zon bahaya sebab belum mencapai 37 minggu lagi masa tu. Alhamdulillah walaupun ros tidak dibenarkan banyak bergerak,sepanjang di hospital, ros masih boleh lagi solat dalam keadaan duduk, ros pun dapat ramai kawan dari nurse ke doktor, dan juga di kalangan pesakit, diaorang senang cam ros sebab ros pakai tudung, masa ni barulah tahu betapa berharganya bahasa jepun yang ros belajar hari tu, dapat jugalah berkomunikasi dengan warga jepun yang lain. Jumaat 16 Julai akhirnya keluar juga dari hospital, leganya bila dah sampai rumah dan dikelilingi oleh insan-insan kesayangan ros, masa ni Anas asyik duduk dengan ros je, pergi mane-mane dia ikut , bergurau senda dengan kakak damia dan rancak je ros dan abang berborak, terpapar wajah-wajah kerinduan semua pada ros. Di kesempatan ini juga ros ucapkan ribuan terima kasih atas budi baik kawan-kawan di FB dan juga kawan-kawan Blogger yang tidak putus-putus memberi semangat dan mendoakan kesihatan ros, semua komen yang ditinggalkan di JMC dan FB ros baca satu-satu dan ros simpan. Di bawah ini ade list bil rawatan yang dikenakan, mahal kan... Aizenbashi hospital, caj yang dikenakan selama 14 hari di ICU = 43man yen (RM15,500) Osaka Hospital Center, 8 hari di Wad Biasa ,bil rawatan= 7man (RM2,500) Jumlah keseluruhan = 50man - lebih kurang RM18ribu setelah mendapat diskaun insurans, jumlah yang kami perlu bayar ialah= 26man-RM9,360 Masuk Air= 18 hari ( ke tandas dan ke mana sahaja ros kena bawa alat masuk air ni, rasa rimas sangat, 2 hari sekali ros kena tukar tempat masuk air ni, sakit kena masuk jarum tu) suntikan = 2 kali Ubat yang diberikan = untuk tempoh 2 minggu. Makan 3 kali sehari, 7.30 pagi sarapan, 12 tghari , lunch dan 6.15 petang dinner. Pukul 9 malam lampu dah tutup dah, kena tido.
ni lah air yang masuk kat badan ros hari-hari
ke mana sahaja kena usung alat tenteki ( masuk air) ni
list makanan yang ros tak boleh makan, sake, mirin dan gelatin
menu sarapan
menu sarapan
menu lunch
menu lunch
menu dinner Nota: Gambar di atas ros snap guna camera i-phone je, itulah antara menu yang dihidangkan sepanjang ros di hospital, telur, ikan, dan taufu je, sebab ros dah list siap-siap ape yang ros boleh makan dan ape yang tak boleh. 14+8=22 Placenta Previa Part 1
gambar pinjam dari website Babycenter.com Atas permintaan beberapa kawan-kawan ros, hari ni ingin ros berkongsi pengalaman tumpah darah bulan lepas, semoga kawan-kawan semua baca satu persatu ayat dan baca hingga habis ya, boleh juga dijadikan pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan dalam bab-bab mengandung ni. Bermula pada Petang Jumaat 25 Jun 2010 - Selepas ros solat asar, ros rasa lemah sikit, ngantuk je, terus baring kejap dalam bilik tido, kemudian terlelap dalam 20 minit, dan keluar ke ruang tamu untuk melayan anak-anak, pukul 5.30 petang tu ros nak alih siaran tv, sambil berdiri...TIBA-TIBA...., ade satu cecair keluar dari peha, Ya Allah, darah....masa ni berdiri atas carpet, terus beralih ke lantai, dah panik dah, Darah keluar macam air, tak henti-henti, banyak sangat. - Terus capai telefon dan call abang, mula-mula tak dapat, abang tak angkat, cuba call lagi, Alhamdulillah, abang angkat, dan bagitau tumpah darah dan suruh abang balik cepat, lepas tu damia nangis tengok ummi panik dan darah banyak membasahi lantai, ros teringat yang MIL Kak Tatie ade kt sini, terus call kak Tatie pulak, mintak nasihat,MIL kak tatie terkejut dan suruh ros baring jangan berdiri, masa ni darah keluar lagi, lepas baring teringat pulak Mak kat Mesia, call kejap, nangis-nangis bagitau, Mak pun kata suruh baring, tak larat nak cakap dah, last sekali Call pulak Kak Ina Kanazawa sebab masa tu teringat Kak ina pernah bleeding, dia pun terkejut dan risau je bunyi suarannya. - Selang 15 minit lepas tu abang balik, abang capai towel dan bagi ros, abang lap lantai yang dipenuhi darah tu, call ambulance, dan inform hospital, masa ni damia terus nangis-nangis, anas pula masa ni tengah tido, 10 minit lepas tu ambulance datang, bawak ros, abang n anak-anak pun ikut sekali naik ambulance, first time naik ambulance masa ni. Perasaan semuanya ada masa ni, rasa macam dah sampai hujung nyawa dah. - Sampai di hospital yang selalu ros checkup tu, Osaka Byouin Center, terus ke Wad bersalin, nurse bersihkan darah semua dan check, doctor kata bleeding sebab uri bawah, dan dia suruh pergi hospital specialist, untuk kes bayi pramatang, sebabnya hospital ni takde specialist dan keperluan untuk handle bayi pramatang tak mencukupi, naik lagi ambulance dan terus ke Aizen bashi hospital, masa ni kena check lagi dan doctor kata baby dalam keadaan baik, tapi doktor risaukan plasenta yang di bawah tu, doktor buat keputusan nak tahan ros di ICU selama dua minggu. - Masa ni ingat nak kena bedah dah, tapi doktor kata baby baru 33 minggu dan berat baby baru 1900kg, doctor kata biar lebih dari 35 minggu dulu, tapi kalau esok lusa ros bleeding teruk lagi, ros akan dibedah, berdebarnya masa ni, dan lagi rasa sedih bila doktor kata ICU ni, cuma suami, dan parents ros je boleh masuk, kanak-kanak tak boleh, aduhhhh luruh rasa jantung ni, ros kena berpisah dengan anak-anak begitu lama....... - Masa ni kelam kabut dengan anak-anak lagi, mujur Jey dan Kak ayu serta anak-anak ade, terima kasih sangat-sangat sebab tolong jaga damia dan anas sementara doktor bagi penjelasan kat ros dan abang masa tu. Sedara mara takde, jadi kalau dah duduk jauh ni kawan-kawan lah jadi orang paling dekat merangkap saudara mara. - Tanya doktor kenapa boleh tumpah darah, doktor bagi penjelasan, takde sebab , bukan kerana banyak buat keje ke, jatuh ke, memang uri tu nak berpusing ke bawah, jadinya kepala bayi menolak uri tu dan terjadi lah tumpah darah yang banyak. - Terus ke bilik ICU, dan abang datang balik ke hospital pukul 12tghmalam, bagi baju dan keperluan asas lain, Bermula lah kehidupan ros di Aizenbashi dan bermula masuk air 24 jam, Malam tu badan dah mula mengigil dan bleeding pun ade lagi, walaupun tak banyak. PART 1 dah habis cerita .....PART 2 akan ros coretkan lagi....tunggu.....ade lagi kejadian dan pengalaman yang ros ingin kongsikan bersama. Nak tahu lebih detail mengenai Plasenta Previa boleh CLICK SINI ya, banyak ilmu dari website babycenter.com ni. |





























